Sunday, March 28, 2010

SEPANDAI-PANDAI DR MAHATHIR...


Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tersenyum lebar membaca kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad ini.

Apa tidaknya, orang yang pandai dan bijak seperti Dr Mahathir pun boleh ‘dikelentongnya’.
Anwar ketika ‘bersama’ Dr Mahathir menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai ‘bapa’,
Semalam, bekas Perdana Menteri mengakui Anwar sememangnya licik merancang konspirasi.

Dr. Mahathir mengakui beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

Baca apa kata Dr Mahathir semalam:

'Saya pernah jadi mangsa konspirasi'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah.
Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.

"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama, di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.

"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya.

Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.

"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.
"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya.

6 comments:

  1. Kah kah TDM baru nak cerita selama ini beliau dah kena auta dengan Nuar Brahim yang berlagak alim dan berpenambilan ala2 Tok Sheikh.
    Tengok manusia yg bijak macam TDM pun boleh kena gula2 ini kan pula rakyat biasa yang terlampau taksub denga bang Nuar.
    PENAMBILAN TIDAK SEMESTINYA MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN.

    ReplyDelete
  2. Salam bro, manusia yg pakar segala-galanya, kalau tak kerana kebijaksanaan si Nuar, masakan ramai yg sanggup tadah pungkoq untuk dia sodom........

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum sdr Hambali;

    Manusia/menate/Analwar merancang;
    Allah jua merancang;tetapi sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah.

    Al-duburi boleh menipu sesiapa sahaja termasuklah Tun M, tetapi Allah Taa'ala masih sayangkan hamba2Nya di Tanah Melayu nih,
    itu sebabnya Peliwat tegar nih tak jadik2 PM lagi.

    Itupun kalu manusia Melayu X mudah lupa!

    Allah hu akbar!
    Allah hu akbar!

    ReplyDelete
  4. Salam kepada Pengomen Pengomen yang biadab, anda tak berhak mengelar DSAI Peliwat Tegar, Anda kena ingat siapa yang merancang Kes Liwat DSAI pada tahun 1998. sedangkan Kes itu ada lah di rancang, kerana Wang Manusia sangup membuat Fitnah, itu lah nama nya Manusia seperti AWAK, terlalu taksub.

    ReplyDelete
  5. Betul kata2 TDM tu. TDM sebenarnya mangsa konspirasi, sebab tu beliau kekal berkuasa, manakala Anwar pula pembuat konspirasi, sebab tu beliau meringkuk dalam penjara selama 6 tahun dan hilang jawatan TPM.

    ReplyDelete
  6. Mahathir sebenarnya lebih licik dari Anwar. Dia takut kena singkir, terus buat fitnah anwar kena liwat. Kat dunia ni bolehlah cakap besar. Dah masuk kubur nanti baru tahu langit itu tinggi rendah.

    ReplyDelete