Friday, March 5, 2010

Ahmad Awang dendam Mohsin?

Ahmad Awang dendam Mohsin?

Sepatutnya PAS buat solat hajat supaya dihukum oleh Allah terhadap Datuk Ibrahim Ali - bukan ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

Mohsin bukan ahli PAS tetapi Parti Keadilan Rakyat PKR) . Lagipun setakat ini, rekod ‘memburukkan PAS’ tidak ada pada Mohsin.

Mohsin tidak mengutuk sesiapa. Dia dengan jelas semalam mengatakan dia keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Saya ulangi, tidak bersetuju dengan pendirian PKR mengenai Kalimah Allah.

Sebaliknya, Ibrahim jelas membelakangi PAS dan melupakan bantuan PAS ketika beliau mendapat kerusi Parlimen Pasir Mas sehingga memenanginya.

Maknanya, Ibrahim memang ‘tidak mengenang budi’ dan sewajarnya menerima hukuman.
Musyridul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, tidak pun menyatakan sebarang hukuman terhadap Ibrahim atau mengajak penyokong PAS berdoa atau solat hajat terhadap Ibrahim?

Mungkin PAS Kelantan sedar Ibrahim bukan ‘mahu sangat’ bantuan PAS ketika pilihan raya itu tetapi PAS beria-ia mahukan Ibrahim bagi membolehkan PAS tumpu kepada tiga kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Pasir Mas untuk menjamin PAS berkuasa di negeri.

Semalam, Ahli Majlis Syura Ulama yang juga bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

Ahmad akan mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Berikutan itu Mohsin diberikan tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat itu.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Sungguh menghairankan sikap pemimpin PAS seperti Ahmad ini kerana beliau bukan daripada golongan tidak berlatarbelakangkan agama.

Wajarkah meminta Allah membalas atau mengenakan hukuman terhadap sesama manusia hanya kerana Mohsin keluar PKR?

Rupa-rupanya buruk sungguh rupa dendam orang berlatarbelakangkan Islam seperti Ahmad. Kita tidak pasti berapa Ramai lagi dalam PAS yang macam Ahmad.

Jika demikian, kenapa tidak dengan dua ahli parlimen dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang turut keluar PKR?

Apakah ia dendam atau kemarahan peribadi?Kenapa Ahmad Awang berdendam sedemikian rupa?

Apakah Ahmad Awang marah kerana beliau tidak terpilih untuk bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 lalu sedangkan beliau adalah Pesuruhjaya PAS Negeri ketika itu?

Ahmad mengakui program berkenaan bukan dianjurkan oleh PAS negeri sebaliknya ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.
Dendam Ahmad juga terserlah apabila beliau mengatakan “semua orang mengetahui siapa beliau”.

Dengan kata lain, Aghmad marah kerana beliau bertungkus lumus untuk memenangkan Mohsin. Persoalannya, kenapa Ahmad sahaja membuat kenyataan tetapi pihak lain berdiam diri. Apakah tiada sumbangan penyokong PKR di kawasan itu.

Kata Ahamd: “Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya.”

Jelas Ahmad lupa bahawa walaupun dia berusaha ‘memenangkan Mohsin’ tetapi segala-galanya kerana pertolongan Allah.

Dan apabila Mohsin bertegas keluar PKR kerana isu kalimah Allah, kenapa Ahmad begitu marah?

Apakah ini menggambarkan PAS dan Ahmad menyokong PKR dalam isu kalimah Allah atau Ahmad marah beliau tidak dicalonkan dan Mohsin ‘merampas’ kerusi Parlimen Bagan Serai daripadanya?

1 comment:

  1. Memang la dia marah dengan Mohsin. Dua kali bertanding, dua kali kalah.

    Memang tak patut buat sembahyang hajat nak turun bala kepada saudara se-Islam. Nabi Muhammad yang berjuang sampai kena baling najis pun tak pernah doakan kecelakaan kepada umat Islam yang lain.

    PR baru kena uji sikit, dah mengelabah nak sembahyang hajat.

    ReplyDelete