Mohd Sayuti Omar (MS) marah sangat dengan YB Zulkifli Nordin.
Bukan setakat itu sahaja – mungkin saya banyak memetik Zulkifli menghentam DAP dan pakatan pembangkang – link saya di laman beliau turut terpelanting.
Bukan sekali MSO buangkan link laman saya dan letakkan kembali. Tidak mengapalah, angin MSO turun naik. Bilka dah Ok nanti, kembalilah semula link saya di lamannya.
Marah benar MSO hingga mengatakan Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak.
Kata MSO: “Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasanya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu.
Dan sekrianya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehawal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio.
Usalahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah dan sesiapa saja dalam PKR rasanya suka dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja. Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya.
Eloklah kalau Zulkefli nak serta Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kaloimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Zulkefli. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.
Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan teloran kepada orang yang sudah membenci kita. Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan.”
Tidak diketahui apa salah Zulkifli. Apakah salah macam Datuk Husam Musa dan Datuk Ibrahim Ali menyebabkan MSO marah begitu sekali?
Apa yang menarik dan terbaru ialah kenapa Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bulu dalam mengenakan tindakan disiplin?
Kata Zulkifli, PKR tidak pernah berniat pun untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap dua YB lain. Zulkifli mendakwa, beliau dimaklumkan oleh sumber dalaman yang sahih dari PKR menyatakan tiada notis tunjuk sebab dan prosiding disiplin akan diambil terhadap YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim, malahan kenyataan-kenyataan yang dibuat hanyalah retorik politik sahaja.
Apakah kerana mereka adalah "kroni" bagi kepimpinan PKR?
Kata Zulkifli: “Sekiranya benar, saya percaya ini adalah satu helah politik yang sangat saya kesalkan dan membuktikan sikap "double-standard" yang jelas. Oleh itu, bagaimana saya boleh menghormati Lembaga Disiplin yang ditubuhkan kononnya untuk menyiasat saya sedangkan "kroni" mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan? Oleh itu, saya mendesak supaya kepimpinan PKR untuk "walk the talk" dan mengambil prosiding disiplin yang sama terhadap kedua-dua kroni tersebut dan tidak bermain silap mata politik murahan”.
Zulkifli dukacita kerana notis tunjuk sebab hanya dikeluarkan terhadapnya, YB Datuk Seri Zahrain dan YB Tan Tee Beng sedangkan YB Ketua Umum PKR dan YB Setiausaha Agong telah mengumumkan selain mereka bertiga, YB Wee Choo Keong dan Datuk Zaid Ibrahim juga akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin.
“Saya tidak mahu ada Firaun-Firaun Kecil yang akan mengambil kesempatan untuk mendakwa kononnya saya takut berhadapan dengan Lembaga Disiplin,” kata Zulkifli.
Siapakah Firaun Kecil itu dan apakah mereka yang berkuasa dalam PKR?
Makin kusut nampaknya dalam PKR ini.
Mana ada keadilan dalam Parti Keadilan Rakyat sekiranya main pilih bulu?
No comments:
Post a Comment