Wednesday, February 17, 2010

KOLEJ TAHFIZ AL-QURAN DI PERAK – TAHNIAH DR ZAMBRY

Sewajarnya usaha Kerajaan Perak untuk membina Kolej Tahfiz Al-Quran bagi memberi peluang kepada pelajar lepasan Maahad Tahfiz menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi diberikan sokongan padu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir walaupun merasakan langkah ini amat penting tetapi tidak membelakangkan perkenan Sultan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah sebelum menghantar kertas cadangan kepada kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi bagi merealisasikan pembinaan kolej berkenaan.

"Sebagai permulaan, kita akan memastikan setiap Maahad Tahfiz beroperasi di setiap daerah. Sebagai permulaan sebuah daripadanya telah beroperasi di daerah Manjung.
"Kita akan menambah pusat yang sama di setiap daerah dan pelajar yang tamat pengajian di sini (Maahad) boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke kolej ini kelak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh semalam.
Kia bangga dan berharap cadangan pembinaan Kolej Tahfiz itu adalah satu agenda penting negeri yang diperintah Barisan Nasional. Sudah pasi ia sudah dibincangkan kerajaan negeri supaya terdapat satu sistem pendidikan Islam yang menyeluruh di negeri ini.
Yang menariknya, pada ketika kerajaan negeri sebelum ini yang diperinah oleh Menteri Besar daripada parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidakpun memikirkan langkah seperti ini.
Jelas cadangan ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Zambry amat prihatin terhadap keperluan seperti ini.

Zambry berkata, sekiranya cadangan itu diperkenankan oleh Sultan, sebuah kawasan di dalam INTIM akan dijadikan tempat sementara bagi kolej berkenaan.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut mewujudkan satu jawatankuasa khas yang diketuai bekas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Tan Sri Wan Zahir Wan Nordin untuk menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan menjadi sebuah universiti.

"Kita juga akan memohon supaya Kolej Tahfiz dan Kolej Islam Darul Ridzuan ini kelak diangkat menjadi institusi pengajian tinggi awam seperti yang ada di negeri-negeri lain," katanya.

Beliau berkata, pelbagai jurusan akan diwujudkan di kedua-dua kolej tersebut kelak seperti teknologi maklumat dan ekonomi dan tidak hanya tertumpu dalam bidang agama sahaja.

Sebanyak 543 daripada 666 buah SAR di negeri ini menerima peruntukan sebanyak RM9.35 juta sebagai bantuan pengurusan dan bantuan pembangunan manakala peruntukan kepada SAR selebihnya akan dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment