Wednesday, February 17, 2010
BLOGGER PRO-PEMBANGKANG MAIN ‘WAYANG KULIT’
Berikutan keluarnya begitu ramai pemimpin dan ahli PKR dari terus menganggotai parti "tak guna seduit" tersebut, maka blogger-blogger pro-pembangkang pun mulalah memainkan "wayang kulit" mereka. Sememangnya sudah dijangka propaganda-propaganda perang saraf tersebut akan terkeluar dari entry-entry mereka kebelakangan ini.
Maklumlah, mereka sendiri panik dan terkejut dengan fenomena "kesedaran secara besar-besaran" rakyat yang selama ini ditipu hidup-hidup, maka mereka mula "mengalabah" mencari alasan demi alasan untuk "memujuk hati" mereka yang lara.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor percaya jejak langkah ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim keluar PKR, akan diikuti oleh pemimpin lain parti tersebut.
Katanya, tindakan Zahrain itu akan memberi kesan besar kepada parti itu kerana bekas pemimpin PKR Pulau Pinang itu amat rapat dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Zahrain itu, tambah Ezam, sekaligus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.
"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.
"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi kesan yang besar kepada parti PKR," katanya kepada pemberita selepas
berucap di majlis ceramah perdana di Jasin malam kelmarin.
Zahrain, yang jugas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu pada Jumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.
Jelas kini, ada di antara blogger-blogger pro-pembangkang yang secara terang-terangan "mengalu-alu"kan pemimpin dan ahli-ahli PKR yang keluar dari parti. Kononnya, mereka yang keluar dari parti PKR itu "pengkhianat perjuangan parti", "duri dalam daging", "api dalam sekam", malah "tidak ikhlas" dalam perjuangan parti PKR. Hampir nak "muntah" pula mendengar dakwaan mereka! Bagaikan "buta hati", mereka begitu "buta" dengan fakta dan kebenaran. Itulah yang dikatakan "sokong membuta tuli".
Tahukah mereka bahawa pemimpin PKR dan ahli-ahlinya yang keluar parti tersebut sudah bosan dengan "kerenah kepimpinan PKR" yang suatu masa dahulu sangat disanjungi oleh mereka?
Kononnya memperjuangkan "keadilan", hingga sanggup menamakan parti mereka dengan "Keadilan", bagaikan merekalah sahaja yang "adil". Tahukah mereka bahawa selama ini Anwar sedang membohongi mereka dengan perjuangan peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri, sedangkan dirinya begitu hampir dengan jawatan itu suatu masa dahulu?
Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadinya sendiri, sebab itulah dia sanggup menelan "kahak hijau" yang pernah "diludah"nya pada Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi dan sebagainya. Sanggup dia men"jilat balik ludah"nya setelah puas meng"kahak"kan ramai tokoh pembangkang suatu masa dahulu?
Siapa yang tidak kenal Ezam, Muzaffar Chandra, Nallakaruppan, Zahrain dan ramai lagi pengikut setia Anwar yang sudah menyatakan "serik"nya mengikut telunjuk nafsu serakah Anwar.
Mereka yang pernah masuk penjara dan menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk Anwar pun sudah "serik". Berapa ramai pembantu peribadi Anwar yang sudah mendedahkan salah laku dan tabiat buruk Anwar. Tapi masih ada lagi yang masih "tegar" menyokong "pengkhianat bangsa" ini. Mungkin setelah mereka "dijolok" Anwar, maka baru nak "serik"?
Kepada blogger-blogger pro-pembangkang, tak payahlah "memujuk hati sendiri" dengan alasan-alasan bodoh, "duri dalam daging" dan sebagainya. Pemimpin PKR dan ahli-ahli yang keluar parti itu tidak bodoh seperti kamu semua. Mereka punya kualiti yang mampu membuat Anwar sendiri yang "merayu menjemput" mereka menyertai PKR bersama satu "perjuangan palsu" suatu masa dahulu. Dan kini, setelah menyedari bahawa perjuangan Anwar itu hanya "kosmetik" semata-mata, maka masing-masing kembali ke jalan yang lebih baik dan lurus. Mereka pun "tak ingin" berpartikan parti "sehina" PKR!
Jangan kata UMNO "pancing beli" mereka pula kerana UMNO tidak pandai "taktik buruk lompat melompat 16 September" yang dipelopori Anwar. Ada yang pemimpin PKR yang "jual diri" pada UMNO, itupun "tak laku" se"sen" pun! Usahlah "menghalau" bekas pemimpin dan ahli-ahli PKR yang keluar parti, sedangkan mereka pernah di"pujuk rayu" menyertai "perjuangan palsu" suatu masa dahulu.
Janganlah disamakan senario pemimpin BN yang keluar parti seperti Anwar dan Jui Meng, kerana Anwar sememangnya dipecat atas salah laku dan salah guna kuasanya ketika memerintah, manakala Jui Meng hanyalah pemimpin "kecewa" yang "gilakan jawatan" dan kalah bertanding. Kenalilah perjuangan sebenar.
"Buta"kah penyokong PKR dan PAS dengan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di negeri-negeri "jajahan" Pakatan Rakyat?
Rasuah, salah guna kuasa, perebutan kuasa, "kuda diperkudakan", pertelingkahan dasar dan pergaduhan "ala-ala budak sekolah rendah" dijadikan "hidangan" oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan demi pendedahan tentang penyelewengan pemimpin Pakatan Rakyat terus dibongkarkan. Masih lagi dalam "denial sindrom"?
Anda semua punya akal, jadi tolonglah buktikan bahawa anda semua punya "akal"!
Sumber: http://dukeofumno.blogspot.com/malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment