Saturday, February 6, 2010

MENCARI SEBAB SEBENAR AJAKAN NIK AZIZ

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan PAS. Apa hasil?

Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh PAS, apa hasilnya?" kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikutan itu kata Nik Aziz, PAS dan UMNO kena duduk semeja.

Pusingan 360 darjah. Muslihat apa ini? Subhanallah!
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini menolak usaha kerjasama PAS dengan UMNO melalui hujahnya bahawa PAS akan masuk perangkap UMNO. Sementara kerajaan perpaduan hanyalah boneka UMNO.

Saya tidak mengatakan pelawaan Mursyidul Am PAS itu tidak baik untuk umat Islam dan Melayu di Malaysia.
Cuma pelik sedikit nada Nik Aziz ini selain dalam mengajak untuk duduk semeja, Nik Aziz terus kutuk UMNO.

Terkejut kerana pada ketika Nik Aziz ajak untuk berbincang, beliau masih mengatakan UMNO menentang gerakan Islam PAS. Apakah PAS tidak menentang gerakan Islam UMNO?
Gerakan Islam oleh UMNO bukan sahaja diangggap ‘tidak setaraf’ gerakan Islam PAS malah ia tidak bernilai langsung – tidak layak untuk masuk syurga!

Juga terkejut ialah kerana sebelum ini beliaulah paling lantang menentang sebarang usaha mengadakan rundingan dengan UMNO.

Namun semalam nada beliau agak berbeza sama sekali.
Menurut laporan Utusan Malaysia, bercakap selepas menutup Seminar Pemikiran Islam Semasa - Pemakaian Kalimah Allah di Kota Bharu, Nik mencadangkan PAS dan UMNO duduk semeja.

Ia bertujuan mengadakan perbincangan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu.

Persoalan asasnya ialah perseteruan itu dibuat oleh siapa? UMNO atau PAS yang sering mahu berseteru dan menganggap saingannya sebagai seteru?

Siapa yang mengkafirkan sesama Islam?

Siapa yang mengatakan mereka lebih Islam dan siapa pula yang menganggap ‘syurga’ itu milik penyokong dan mereka yang mengundi PAS?
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan.

"Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.
Menurut beliau, jika majlis perbincangan antara pemimpin berlainan agama boleh dilangsungkan dengan baik, maka tidak ada masalah untuk PAS dan UMNO - yang sama- sama Islam - duduk berbincang.

"Saya bersyukur kepada Allah kita berjaya mengadakan seminar mengenai penggunaan kalimah Allah hari ini. Saya datang hanya untuk menutup majlis, tapi saya sangat gembira kalau boleh majlis macam ini dibuat antara PAS dengan UMNO.
Ujar Nik Abdul Aziz, PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan PAS dan PAS ini dibuat oleh alim ulama UMNO,’ katanya.
Salah UMNO lagi. Dalam beliau mengajak untuk duduk semeja, Nik Aziz memulakan langkah pertamanya dengan terus menyalahkan alim ulama UMNO.

Apakah alim ulama PAS semuanya maksum?

Kata Nik Aziz: "Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya PAS, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.
"Jadi apa pentingnya UMNO bertengkar dengan PAS, sedangkan PAS bawa Islam. SelePAS kita mati, Melayu tidak ada guna, Cina tak ada guna, Arab tak ada guna.., yang guna Islam dan bertakwa kepada Allah," katanya.

Jelas beliau, jika isu pembangunan yang menjadi punca UMNO memusuhi PAS, ia tidak sepatutnya berlaku kerana beliau mendakwa PAS juga membawa pembangunan kepada negeri yang diperintah.

Nik Abdul Aziz berkata, sehubungan itu beliau meminta tokoh-tokoh UMNO agar menimbangkan permintaannya itu.

Mungkin sudah masak dengan gelagat Nik Aziz untuk berdamai dengan UMNO, ajakan itu dianggap banyak pihak hanyalah 'gula-gula' untuk terus menuntut royalti minyak bagi negeri Kelantan.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Mohamed Mustapha Ishak berkata, selain itu, tindakannya juga mencerminkan keresahannya untuk menutup kemelut politik dalam pakatan pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu, katanya, sebelum ini dengan tegas mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, justeru tidak mungkin sewenang-wenangnya beliau mahu menamatkan perseteruan itu.

''Sukar untuk mentafsir Nik Abdul Aziz, kerana beliau boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah untuk membuat sebarang keputusan.

''Sememangnya kita terkejut dengan cadangannya semalam, tidak ada ribut dan angin tiba-tiba ubah pendirian sedangkan selama ini beliau yang menjadi penghalang besar untuk PAS dan UMNO berdamai,'' katanya.

Menurut Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan pemimpin paling popular dalam PAS itu telah menimbulkan kemusykilan banyak pihak.

''Nik Aziz benar-benar memeningkan kepala ramai orang, dia sudah tidak tahu apa dia sendiri cakap, adakah ini strateginya untuk tarik sokongan atau pun sebaliknya, kita belum PASti.

''Pendirian beliau tidak menentu, dulu siap letakkan syarat jika UMNO mahu duduk semeja dengan PAS, tapi semalam tiada sebarang syarat pula, apa sebenarnya beliau mahukan,'' katanya.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang pula mengalu-alukan cadangan baik Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau berharap, kali ini Nik Abdul Aziz benar-benar ikhlas dengan apa yang diperkatakannya itu.

''Kita minta supaya Nik Abdul Aziz tidak mempolitikkan cadangannya itu kali ini kerana jika tidak, beliau akan memburukkan imejnya sendiri sebagai guru agama yang disegani.

''Di pihak UMNO, saya merasakan mereka dari awal telah menunjukkan keikhlasan untuk sentiasa bersedia berunding dengan PAS tetapi kali ini terpulang kepada UMNO untuk mentafsir bahawa ia sebagai satu muslihat atau sebaliknya,'' kata beliau.

Bagi saya, pelawaan Nik Aziz ini bolehlah dianggap sebagai ajak-ajak ayam yang beliau sendiri tahu bahawa UMNO tidak mungkin melayannya.

Ia dibuat hanya untuk tujuan dan kepentingan politik PAS Kelantan. Kalau UMNO termakan ajakannya, ia akan memberikan keuntungan mutlak kepada PAS dan jika tidak dilayan ia akan digunakan dalam ceramah PAS bahawa UMNO tidak terima ajakan PAS untuk berbincang demi Islam.

Kalaupun ada yang tertarik dengan ajakan ini mungkin Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed seorang sahaja) kerana pendekatannya yang ‘sejuk’ dengan PAS dengan harapan PAS tidak menyerang UMNO atau beliau sendiri.

Tetapi hakikat sebenar ajakan Nik Aziz ini sendiri pun sebenarnya ‘panas’ dengan pandai-pandailah UMNO Kelantan menepis ceramah PAS yang akan bertubi-tubi menyerang UMNO gara-gara pelawaan politik dan bermakna oleh Nik Aziz itu.

Inilah sebenarnya tawaran terbaru Nik Aziz yang sebetulnya memberikan keuntungan kiri dan kanan kepada PAS, khususnya di Kelantan.

Jika UMNO tersilap langkah, lebih mudah untuk PAS menghumban UMNO gara-gara termakan pancingnya!

3 comments:

  1. tuan,
    Inilah langkah-langkah terakhir TGNA yang agak pelik dan janganlah kita terikut-ikut dengan rentak yang dipalu. Seolah-olah sudah terdesak mempelawa UMNO, tetapi dalam masa yang sama meletakkan segala kesalahan dipihak UMNO. ABAIKAN saja.

    ReplyDelete
  2. salam tun blog.

    maafkan saya kerana dah lama tak sempat singgah ke blog ini.

    saya rasakan memang benar nik aziz sudah pun tertekan dengan berbagai skandal dan isu yang menyebabkannya tersepit.

    hingga tak malu untuk membina hubungan baru dengan umno.

    taktik ini perlu diperhalusi oleh pimpinan tertinggi negara agar jangan terperangkap dengan isu ini.

    ReplyDelete
  3. Salam 1M...

    Kita menegur lebih 3 kali tetapi orang itu masih tidak menjawab teguran disebab beliau marah kepada kita, rasanya kita telah bebas dari dosa kalau selepas itu kita tidak menegurnya lagi.

    Conclusionnya dalam dalam kes perlawaan Nik Aziz tersebut rasanya Umno sudah berkali2 dipermainkan. Dari zaman Tun Mahadhir, Pak Lah dan DS Najib lagi cadangan Umno itu ditolak bahkan dituduh pula dgn perkara bukan2. Ada dikalangan pemimpin mereka cuba bersuara menyokong Nik Aziz menganggapnya pemimpin tersebut sebagai sampah dalam pas dan mencabar ianya keluar dari pas dan masok Umno...

    Sepatutnya cadangan itu dipersetujuan dalam musyuarat pimpinan tertinggi pas pusat bukannya dari mulut Nik Aziz.

    Salam perjuangan utk semua...Pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete