Sunday, August 9, 2009

PENGKHIANAT UNTUK ANWAR

Hmmmm...bersungguh nampak UMNO Johor untuk berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berapa ratus juta pula Anwar akan saman?

UMNO Johor akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran dalam waktu terdekat untuk melaungkan perkataan 'pengkhianat' ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia cabaran kepada ketua pembangkang itu mengambil tindakan saman 'beratus-ratus juta ringgit' terhadap peserta perhimpunan.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta bertujuan menutup mulut mana-mana pengkritik ketua pembangkang itu.

Tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.

"Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," katanya.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Adam Hamid berkata, pihaknya percaya puluhan ribu ahli UMNO negeri akan menyertai perhimpunan yang dirancang diadakan di Padang Merdeka Batu Pahat.

''Di situ nanti, puluhan ribu orang akan menjerit melaung-laungkan perkataan pengkhianat terhadap Anwar.

''Dan tengoklah dia nak saman berapa ratus juta pula," katanya semalam.

Beliau mengulas ketegasan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ia berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Ketegasan Muhyiddin itu turut mendapat sokongan padu daripada badan bukan kerajaan Melayu.

Adam yang percaya tindakan saman oleh Anwar itu bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwatnya turut mempersoalkan keikhlasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bercakap mengenai kebebasan dan demokrasi.

''Dan Anwar bukan seorang negarawan berikutan tindakannya membenarkan demonstrasi jalanan. Pada saya, tidak tergamak seseorang itu pergi berlindung di Kedutaan Turki semata-mata mahu menggambarkan keadaan di Malaysia tidak selamat. Kalau dia negarawan sejati, dia tidak akan berbuat demikian,"

1 comment:

  1. Baca Blog House PK - Kenapa Anuwar tak saman semua ?

    Yang paling menarik pada saya ialah Taib Azamudin , bekas Imam Besar Masjid Negara yang kini orang kuat Pas , juga tergolong orang yang kufur nikmat Allah.

    Taib ni dulu siap buat video wawancara dengan pesalah rakan penyedap Anwar dan kemudian mengedarkan rakaman video itu kpd orang ramai. Masa tu Taib masih lagi Imam Besar di masjid negara ! Kenapa Anuwar tak saman ?

    Yg paling patut sekali disaman ialah Ezam ,bekas setiausa politiknya dan Dato Nallakarupan. Saman ajelah.

    ReplyDelete