Thursday, August 6, 2009

KESIAN DR HASSAN BERKESAORANGAN...

Apakah PAS Pusat tidak yakin dan percaya dengan bantahan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali terhadap wakil rakyat DAP, Ronnie Liu yang juga Exco Selangor?

Hsssssshhh....jangan buka mulut. Menteri Besar marah. Pemimpin PAS Pusat juga akan marah...nanti terjejas kerjasama. Isu arak kecil berbanding dengan kepentingan kuasa.

Pemimpin PAS Pusat skeptikal dengan tindakan Hassan Ali. Yang pasti kepentingan kuasa mengatasi apa yang diperjuangkan Hassan Ali.

Nampak sangat dalam isu ini Hassan Ali berkesaorangan – kecuali Pemuda PAS Selangor - apabila kira-kira jam 3 petang semalam, Dewan itu turut menyerahkan memorandum kepada Liu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan, berkata Dewan Pemuda Pas Selangor menghantar memorandum itu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Liu dan meminta wakil rakyat DAP itu menghormati sensitiviti umat Islam.

Hassan Ali bagaikan terperangkap kerana pada ketika Menteri Besar tidak mahu layan langsung desakannya, beliau akan berdepan pula dengan PAS Pusat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan tegas mengatakan, tidak tunduk terhadap desakan PAS Selangor yang mahu wakil rakyat DAP, Ronnie Liu, digugurkan daripada barisan Exco negeri kerana didakwa mengguris hati umat Islam.

Di pihak PAS, Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS Pusat akan mendapatkan penjelasan daripada Pesuruhjaya Pas Selangor itu berhubung desakan beliau supaya kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu dikaji semula.

Abdul Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco semalam, menegaskan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri itu tidak akan digugurkan kerana ia bukan isu.

Abdul Khalid berkata, isu yang dibangkitkan PAS Selangor itu akan diselesaikan selepas kerajaan negeri membuat keputusan mengenai peraturan kecil penjualan minuman keras pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), esok (Jumaat).

Sehingga keputusan muktamad dibuat, katanya, semua Exco dan pegawai kerajaan negeri dilarang bercakap atau membuat sebarang komen mengenai isu penjualan minuman keras.

Beliau berkata, peraturan kecil penjualan minuman keras di Selangor yang akan diumumkan esok mengambil kira semua pihak, terutama sensitiviti umat Islam dan kepentingan bukan Islam.

Difahamkan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan peraturan kecil melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam di semua 12 PBT di Selangor.

Peraturan itu telah ada sejak 1996, tetapi hanya dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggunakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Apabila dikuatkuasakan, semua premis termasuk kedai serbaneka di kawasan membabitkan Seksyen 1 sehingga 24 di bandar raya ini, dijangka tidak dibenarkan menjual minuman keras.
Salahuddin berkata, penjelasan itu penting supaya tidak timbul salah faham dan kekeliruan mengenai maksud sebenar desakan itu.

Katanya, untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai perkara itu beliau akan bertemu dengan Hasan dalam waktu terdekat bagi mendengar sendiri dalam konteks apakah desakan itu dibuat.

"PAS juga perlu dapat penjelasan dalam konteks apa dia cakap. Ini penting supaya tidak timbul salah faham daripada kenyataan yang dikeluarkannya," katanya kepada Bernama.

Menghairankan, seorang lagi pemimpin PAS yang selalu becot, Datuk Mahfuz Omar pula enggan mengulas mengenai tindakan Hassan Ali.

Dalam soal-soal berkaitan arak seperti ini, Mahfuz melarikan diri.

Baginya yang penting ialah Menteri Besar Selangor itu jangan terasa hati. Sebab itu beliau mengatakan terpulang kepada Khalid untuk menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Menteri Besar.

Mahfuz lari daripada persoalan sebenar apabila berkata, PAS pusat tidak akan campur tangan kerana soal pelantikan seseorang exco dan keputusan mengenai portfolio yang dipegang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar.

"Saya tak nak komen sama ada betul atau tidak tindakan itu.

Semua portfolio di bawah bidang kuasa Menteri Besar dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan tetapi bagi isu seperti mencampuri urusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu dibawa berbincang sesama rakan Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari, "katanya menggambarkan betapa pemimpin PAS ini melihat kuasa lebih penting daripada isu arak berkenaan.

1 comment:

  1. Kata-kata awal yang patut disebut dalam hal ini kpd kepimpinan Pas ialah parti pas kini benar-benar "gila kuasa". Kegilaan untuk mendapatkan kuasa ini mengatasi apa jua prinsip perjuangan Pas hatta untuk menegakkan Islam sekalipun. Jelas sekarang kepada rakyat dan juga pengikutnya bahawa segala yang diperjuangkan mereka itu sebenarnya tipudaya politik semata-mata. Apabila ia melibatkan kuasa terutama dalam pakatan mereka ,walaupun terpaksa mengorbankan prinsip maka semuanya jadi boleh belaka. Inilah kefahaman sonsang yang telah berjaya diserapkan oleh DSAI kepada kepimpinan Pas. Sememangnya Hassan Ali tersepit. Tapi kita tunggu pula sampai bila dia berani berkokok soal arak dan Ronnie ini. Andak sangat percaya Hassan akan senyap terutama apabila ditegur mentornya ,DSAI.

    ReplyDelete