Thursday, August 6, 2009

JEFF OOI ANTI-ISLAM?

So what? Baru tahu? Siapa pilih orang ini menjadi ahli Parlimen Jelutong?

Tentunya di Jelutong ada orang Islam tetapi kenapa undi Jeff Oii? Tidak ada orang lainkah?

Selain itu, berapa lama lagi kerajaan mahu membiarkan sensitiviti agama Islam terus dipermainkan?

Kenapa tidak bertindak keras kepada pihak yang menyentuh sensitiviti Islam yang menyebabkan orang Islam sebaliknya membenci dan memarahi kerajaan?















Kenyataan Jeff Oii, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM) kini menjadi kemarahan orang Islam khususnya di Pulau Pinang.

Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim semalam mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam.

Jelas, kemarahan kini bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.

Apakah kita perlu mengatakan bahawa Jeff perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan disaran menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada kerajaan negeri?

Apa mahu diharapkan daripada Jeff Oii. Dia tidak akan merasa bersalah apabila menyinggung perasaan umat Islam.

Abdul Malek berkata: "Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.

"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.

Jeff juga menempelak portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.

Berikutan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menuntut peletakan ketua kakitangannya, Jeff Ooi yang menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah sebuah kumpulan pelampau.

Desakan tersebut dibuat oleh gabungan yang mewakili 27 pertubuhan Islam. Mereka cuba menyerahkan memorandum tersebut ke pejabat ketua menteri semalam.

Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau. Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.

Setelah enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.

Rasakan, bagaimana kerajaan pimpinan DAP melayan NGO Islam. Gara-gara dihalang, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.

Manakala di luar kompleks kerajaan negeri itu, kira-kira 300 anggota gabungan berkenaan berhimpun untuk memberi sokongan kepada wakil mereka.

Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau.

"Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSCC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan semalam.

Hakikatnya, mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam - bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.

Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.

"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.

Bagi JIM, ia akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi

2 comments:

  1. MASA UMNO-BN PERINTAH P PINANG LEBIH DARI 50 TAHUN DULU MANA PI MANGKUK DEPA NI SEMUA ? BUTA KA ATAU MATA TAK ADA SAMPAI UMNO-BN PELINGKOP PENANG SAPA PUN TAK BERSUARA ? DAH ADA SUARA LEBIH TAPI MCM PONDAN LORONG GAHARU BAGI GERAKAN PUNYA KETUA MENTERI YG PELINGKOP PENANG DENGAN SERANGAN TERSEMBUNYI HABIS KAMPONG-KAMPONG MELAYU PUNAH ! DARI TG TOKONG,JELUTONG,BATU UBAN,SG ARA,TG BUNGA,BT FERINGGI ,TELOK BAHANG,SG NIBUNG DAN KINI SAMPAI KE BALIK PULAU WALAU DULU ADA SEKOR HILMI YAHYA UMNO PUNYA BARUA ! BUTA KA MATA DEPA NI TENGOK KINI APA DAH JADI KAMPONG-KAMPONG TU DOK TINGGAL NAMA ! SAMPAI SEKEPING TANAH WAKAF DIJALAN DATUK KERAMAT ALLAHYARHAM TUAN HJ KASSIM PUN UMNO PAKAT DENGAN MAJLIS AGAMA YAHUDI OOOPS ISLAM P PINANG NAK SELEWENG NASIB BAIK ADA ALLAHYARHAM PAK SALIM HASHIM DGN SEDIKIT PEJUANG MENENTANG PENYELEWENGAN TU JIKA TIDAK LINGKOP JUGA TANAH WAKAF YG BERNILAI JUTAAN RM TU DITENGAH GEORGE TOWN ! TAPI SEKOR BARUA MELAYU DARI UMNO PUN TAK BANGKIT TENTANG RANCANGAN TU SEMUA ! SEKIAN LAMA PENYELEWENGAN TANAH-TANAH & KAMPONG-KAMPONG MELAYU DIPENANG OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TADAK SAPA BANGKANG TAPI BILA SIJEFF OOI NI MCM KILAT BANGKIT DARI LENA MEMBANTAH (ADA MASYUK KOT?)! MANA DEPA PI MASA DULU UMNO-BN PERINTAH PENANG ? MELAYU UMNO SELEWENG BUAT BUTA TAK NAMPAK TAPI BILA SEKOR CINA PUNYA LA NAK JADI 'CHAMPION' NAK TUNJUK HERO ATAU MAU NAMA ? BARU PADAN DENGAN MELAYU PENANG BILA ADA CINA MCM NI TERANG-TERANG 'SCREW' DEPA BAGI SEDAR DARI LENA YG MEMANJANG ! DAH LAMBAT NAK BANGKANG BILA UMNO-BN DAPAT ASAP DI PENANG ,MASA DEPA PEGANG TADAK SATU APA KEMAJUAN LANGSUNG UNTUK MELAYU/ISLAM DIPENANG TAPI NAK PELINGKOP BANYAK ADA ! KINI BIAR ADA SEORANG CINA YG BERANI BERDEPAN DALAM APA SAJA WALAU NAK PELINGKOP ATAU MEMBINA DARI ADA MELAYU PENGKHIANAT DARI UMNO-BN YG MENYALAHGUNA KUASA,PWNYELEWENG & KORUP SECARA DIAM-DIAM ,CINA INI TERANG-TERANG KITA BOLEH NAMPAK WALAU BUTA AKAL ATAU PERUT DAN SENANG BERTINDAK DARI MENGHADAPI MELAYU UMNO-BN YG PENGKHIANAT MCM MUSUH DALAM SELIMUT ATAU GUNTING DALAM LIPATAN YG SUSAH KITA NAMPAK TAPI BILA DAH NAMPAK SEMUA DAH KANTOI,LINGKOP ,KAPUT & POCIK ! PODAAAH PADA YG NAK TUNJUK 'TERER' KONON TAPI LEBIH 50 TAHUN BUKAN BATANG HIDUNG SAJA TAPI BATANG APA PUN TAK NAMPAK ! PANDAI BETOI BERLAKON !

    ReplyDelete
  2. Walaupun dulu GERAKAN/UMNO/BN memerintah tak pernah ada org kafir mempertikaikan dan mencaci agama ISLAM.. ini senang-senang CINA KAFIR ni tuduh orang itu EXTREMIST ISLAM?? Adakah mengamalkan AJARAN SECARA TOTAL itu EXTREMIST??

    Bab dunia itu hal dunia tetapi BAB AKIDAH dan KESUCIAN AGAMA jangan ambil mudah,ini lah punca KURAFAT,SYIRIK dan MURTAD..

    TAhu kah AMURURIA bahawa JEFF OOI ini lah salah seorang yg MENYOKONG KEs MURTAD LINA TEOH dan beberapa KES MURTAD lagi..

    Adakah masih ramai MELAYU ISLAM yg sanggup mengadaikan maruah dan AKIDAH mereka kepada CINA KAFIR yg tak pernah menghormati AGAMA ISLAM??

    ReplyDelete