Wednesday, August 19, 2009

IMAN PAS LEBIH BAIK DARIPADA UMNO?

Mursyudul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat patut saman dua akhbar perdana kerana salah petik beliau mengatakan ‘Ahli Umno tak akan masuk syurga.’

Menariknya bagi laporan itu Berita Harian meletakkan selonggok byline wartawannya yang bermakna bukan seorang sahaja mendengarnya. Tidak tahulah mungkin ‘tuli semua telinga’ wartawan berkenaan.

Sebelum ini sebuah akhbar perdana sudah kena tarik balik kenyataan sekali. Kali ini buat hal lagi?

Saman ‘Tok Guru’, jangan tak saman. Kalau tak saman nanti orang kata akhbar di pihak yang benar. Mana boleh ‘Tok Guru’ salah, akhbarlah yang salah.

Nik Aziz menjelaskan beliau tidak bermaksud anggota Umno tidak boleh masuk syurga sebagaimana media memetiknya sebagai berkata semalam.

Menteri Besar Kelantan itu menafikan beliau menyebut anggota Umno tidak dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.

"Saya baca dua akhbar arus perdana, ada perkataan Palestin. Saya nafi sekeras-kerasnya. Tak ada. Saya tak biasa guna perkataan ahli Umno. Ahli Umno dan penyokong Umno lain, dua perkataan berbeza," katanya.

Nik Aziz berkata mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

"Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya.
Ni betul kah yang dilaporkan ni?

Maknanya orang UMNO pun boleh masuk syurga. Jadi syurga bukan ekslusif untuk PASlah?
Betullah seperti kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya semalam.

Cuma terkejut sikit apabila Nik Aziz kata “Usaha Umno nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala,"

Apa maknanya ini? PAS saja yang ada iman. Siapa menentukan iman seseorang? PAS dan Nik Aziz atau Allah?

Apa itu iman? Pastinya paling asas untuk mengukurnya ialah merujuk kepada Rukan Iman. Apa dia? Setiap orang Islam mestilah percaya dan yakin kepada enam perkara Rukun Iman:-

1. Percaya kepada Allah

2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul

3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat

4. Percaya kepada Kitab-Kitab

5. Percaya kepada Hari Akhirat

6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

Berbezakah rukun Iman yang diyakini PAS dengan UMNO?

Mungkin kenyataan Nik Aziz mengenai iman ini sekali lagi diputarbelitkan. Kali ini bukan sahaja akhbar perdana akan terpalit tetapi dengan BERNAMA sekali akan terpalit kalau Nik Aziz nafikannya.

Saya perturunkan laporan Berita Harian semalam:

Islam Umno tidak masuk syurga: Mursyidul Am Pas

Oleh Fazli Abdullah, Anwar Hussin, Mohd Anwar Patho Rohman, Norakmah Mat Youb dan Amin Ridzuan Ishak

Nik Aziz samakan agama dibawa Umno seperti diamalkan di Palestin

BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membuat tuduhan terbaru terhadap Umno dengan mendakwa Islam dibawa parti itu sama seperti Islam diamalkan di Palestin.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nada sinis, berkata ajaran Islam dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim untuk ke syurga.
"Ada perbezaan antara Islam dibawa Pas, berbanding Islam dibawa Umno kerana Islam mereka (Umno) tidak membawa ke mana-mana dan tidak membolehkan seseorang itu masuk syurga.

"Atas perkara itu, saya percaya penduduk di Permatang Pasir akan memilih calon Pas (Mohd Salleh Man) sebagai wakil rakyat mereka, bukannya calon Umno (Rohaizat Othman)," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di sini, semalam.

Pengundian akan diadakan pada 25 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abd Rahman, pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Sebelum ini, ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berbentuk tuduhan terhadap Umno dengan menyatakan parti itu sama seperti komunis.

Selain itu, beliau turut menyamakan Umno yang majoritinya dianggotai orang Islam seperti Ayah Pin, iaitu individu yang pernah menyebarkan ajaran sesat di Terengganu, beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, Nik Aziz tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Kenyataannya itu dibidas pemimpin Umno antaranya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Nik Aziz sanggup menghalalkan tindakan menghina Islam tanpa memikirkan sentimen orang lain hanya kerana pihak menghina adalah dari rakan Pakatan Rakyat.

4 comments:

  1. rosak..memang rosak akidah si pokcik aziz ni..
    makin banyak dia bercakap makin sesat manusia yg taksub dengan dia..

    orang yg berilmu lebih dasyat siksaan nanti daripada org yg tidak berilmu yg melakukan kemungkaran..

    cakap macam orang takde iman..berlagak seperti TUHAN sama ertinya tidak mempercayai kekuasaan tuhan kerana boleh berkongsi kuasa dengan ALLAH..na'uzubillah..kemudian langsung tak boleh terima qada' dan qadar tuhan.kalau tak percaya tuhan dan tak percaya qada' dan qadar,siapa yg tidak ada iman sekarang??

    NIK AZIZ....bertaubat lahh.

    ReplyDelete
  2. ikut kata TPM serah pada ahli agama...so apa tunggu lagi buat debat terbuka live kat TV baru tau kebenaran...jgn cakap jauh2 bertemu face 2 face...

    ReplyDelete
  3. Nik Aziz sangat merbahaya kepada orang Melayu dan agama Islam . Beliau adalah " Political Animal = Political Satan "

    Begitulah bahayanya seorang manusia spt Nik Aziz yang telah diangkat oleh pengikutnya ke tahap Tok Guru yang juga Mursyid kononnya. Dia dah jadi lupa diri dan menganggap dirinya menyamai Nabi yang maksum. Masyaallah . Itulah dia Nik Aziz sekarang ini. Dia akan terus begitu kerana ramai yang taksub dan tertipu yang akan terus mendewakannya.

    ReplyDelete
  4. Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

    PAS memperalatkan Islam

    Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

    UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
    PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

    Ingatlah;

    Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

    Salam Perjuangan..

    ReplyDelete