Tuesday, July 21, 2009

SEKS BEBAS PELAJAR DI KOTA BHARU

Terkejut beruk saya membaca ulasan dalam blog http://lawi-ayam.blogspot.com yang membawa berita bahawa seks bebas di kalangan pelajar berleluasa di Kota Bharu.

Berita ini berita sahih. Ia memetik kenyataan polis. Yang membuat kenyataan ialah Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah.

Persoalannya, apakah yang dilakukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Daerah dalam konteks tingkah laku dan disiplin pelajar?

Apakah dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan ada kelemahannya?

Bagi ibu bapa pula, kenapakah boleh membiarkan keadaan itu berlaku sedangkan persekitaran di Kelantan dikatakan penuh dengan ‘keIslamanannya’ termasuk sebagai Serambi Mekah dan Bandaraya Islam?

Di mana silapnya? Apa komen Exco Agama Kelantan?

Kita tunggu apa kata kerajaan PAS Kelantan mengenai masalah pelajar di Kelantan. Apakah mereka mahu cuci tangan? Apakah mereka akan kata ini diakibatkan oleh dasar Barisan Nasional?

Baca posting dalam http://lawi-ayam.blogspot.com untuk mengetahui lebih lanjut:
SEKS BEBAS PELAJAR SEKOLAH KB MEMBIMBANGKAN

Polis menyifatkan perlakuan seks bebas di kalangan pelajar di beberapa sekolah di jajahan Kota Bharu makin ketara dan membimbangkan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu,

Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, sekurang-kurangnya 40 kes dilaporkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Salah siapa? Salah Sekolah? Ibu bapa? Kerajaan Negeri atau Membangun Bersama Islam yang gagal?

Polis mengatakan kurang didikan agama. Hairan sungguh kerana di negeri Serambi Mekah, tak kanlah didikan agama kurang kerana di mana-mana sahaja laungan Membangun Bersama Islam menjadi agenda utama pentadbiran negeri. Sementara Kota Bharu pula ialah Bandaraya Islam.

Di manakah kejadian ini berlaku?
Sudah pasti Kerajaan PAS Kelantan akan menyalahkan ibu bapa atau pelajar kerana masalah ini. Namun, dengan slogan dan kepimpinan ulamak yang diagung-agungkan di Kelantan, apakah kerajaan negeri tidak merasa turut terpalit dengan keadaan ini.

Ini kes-kes yang dapat dikesan. Bagaimana dengan kes tidak dilaporkan? Zaharuddin mengakui tentunya banyak kes lagi tidak dilaporkan dan orang ramai juga sering memperkatakan dan merungut mengenai gejala itu.

Hasil siasatan polis mendapati, kurangnya pendidikan agama, pergaulan yang tidak terkawal serta masalah keluarga menjadi penyumbang utama gejala itu.
''Apabila berlakunya seks bebas di kalangan pelajar sekolah bawah umur, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Walaupun ia dilakukan secara suka sama suka, disebabkan mereka bawah umur, polis boleh menjalankan siasatan apabila menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Bulan Cakna Disiplin, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, di sini hari ini. Zahruddin memberitahu, program berkenaan bertujuan menanam dan menyemarakkan semangat sikap cakna disiplin dan prihatin guru terhadap salah laku pelajar.

Beliau berkata, selain perlakuan seks bebas, ada pelajar yang dikesan terlibat dengan penyalahgunaan dadah, lumba haram dan kutu rayau. Bagaimanapun, katanya, jumlah pelajar yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada tahun ini berkurangan berbanding pada tahun lalu seramai 48 orang ditahan.

Beliau berkata, penurunan amat ketara sekali apabila pada tahun ini hanya hampir 10 orang pelajar yang ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah termasuk ada yang ditahan di sekolah kerana memiliki dadah jenis pil kuda.

Katanya, untuk mengatasi mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar, ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik dan mengawasi pergerakan anak masing-masing, apabila mereka berada di luar sekolah. "Ibu bapa yang mempunyai sikap 'tak apa' akan memberi peluang kepada mereka melakukan jenayah atau sebaliknya.

"Sebagai contoh, apabila anak mereka keluar dan tidak balik ke rumah, sikap tak apa itu ada pada ibu bapa, ia akan merosakkan anak mereka sendiri," katanya. Zahruddin berkata, dalam usaha membantu pihak sekolah dan ibu bapa, polis sudah banyak mengadakan kempen-kempen di sekolah termasuk mengadakan ceramah atau pameran kepada pelajar agar mereka mempunyai kesedaran pada diri masing-masing.

"Kita tidak mahu melihat kejadian yang tidak diingini berlaku di rumah seperti berlakunya kes penderaan atau sumbang mahram,'' katanya. Persoalannya, apakah kerajaan PAS Kelantan akan lepas tangan dan menuding jari kepada pihak lain apabila masalah sebegini menimpa mereka?

Kita tunggulah jawapan daripada kerajaan negeri.

3 comments:

  1. aku tak salah..umno bn yang salah..aku baik, aku maksum , kena dengar cakap aku..kerajaan pusat yang salah..aku ikut nabi..nabi pakai serban , aku ikut pakai serban..nabi keluar fatwa..aku bpun keluar fatwa..apa nabi buat..aku boleh buat..ahahahahahahhahhhhhaahhaa..

    ReplyDelete
  2. macamne nak wujudkan utopia. pas dah usaha buatkan yang terbaik. kalau ko merintah kau nak buat apa kat rakyat? dorang yg buat benda benda ni memang perlu dipersalahkan bapa..tgk dari akar umbi lagi..parent asuh anak, tapi kat sekolah drg berkawan..what drives them all surrounding dorang .. utopia?jadikan trauma ada la, buat shopping centre.. pub..disko.. semua ni bagi manusia benda kat atas ni..tempat enjoy berlebihan.
    kelantan? cuba la fikir, hiburan apa yg ada kat negeri kelantan berbanding negeri lain.. just 10percent je hburan kat klantan yg wujud. disko pon diharamkan..kat kuantan nu kenapa tak korek..

    semua ni takkan berlaku kalau ada kesedaran dalam diri, tapi tu mustahil sebab manusia mmg byk mslh.
    pemerintah tak boleh slesaikn mslh mnusia..kecuali turun ke padang n bantu mslh rakyat..cuma Allah je dapat bantu manusia dgn bagi hidayah. MasyaAllah

    ReplyDelete
  3. AGENS128 Adalah Situs Judi Online Taruhan Sepak Bola, Casino, Sabung Ayam, Tangkas, Togel & Poker Terpopuler di Indonesia
    Pasang Taruhan Online Melalui Agen Judi Terpercaya Indonesia Agens128, Proses Cepat, Banyak Bonus, Online 24 Jam dan Pasti Bayar!
    Sabung ayam
    sbobet online
    casino online
    tembak ikan
    daftar bisa langsung ke:
    LINE : agens1288
    WhatsApp : 085222555128

    ReplyDelete