Saturday, July 11, 2009

NASARUDDIN PENYELAMAT PAS DI MANEK URAI?

Mulanya PAS ingat boleh menang mudah pada pilihan raya kecil Manek Urai apabila menganggap calonnya, Mohd Fauzi Abdullah boleh dianggap galang ganti kepada Pak Su Wil.

Namun ternyata apabila Fauzi sukar menandingi calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, PAS makin menggelabah.

Apabila melihat sukar untuk ‘makan UMNO/Barisan Nasional’ kali ini, mereka melakukan pelbagai taktik, termasuk cuba mengaitkan calon BN, Tuan Fauzi Tuan Mat dengan rasuah.

Kemudian ‘spin’ pula kononnya berlaku perpecahan kepimpinan UMNO di Manek Urai.

Tidak berjaya dengan taktik itu PAS sengaja menuduh BN membazir wang semasa kempen pilihan raya kecil ini bagi menutup kelemahan sendiri.

Hakikatnya wang dibelanjakan oleh BN bertujuan membantu penduduk di kawasan itu yang diabaikan oleh PAS sejak 20 tahun lalu.

Gagal dengan usaha itu, mereka mengatakan wujud salahguna kuasa tetapi apabila PAS Kelantan turut menawarkan ‘rasuah’ untuk rakyat umpamanya projek Armalah (sedekah atau sumbangan ikhlas), mereka terperangkap.

PAS ada sahaja majlis, termasuk di PASti Manek Urai Baru dengan memberi RM150 kepada tiap-tiap pengundi yang hadir dan mereka gunakan nama anak yatim. Wang tersebut diisi di dalam sampul surat.

Akhirnya, untuk menunjukkan mereka bertaut kembali, kini PAS Kelantan terpaksa memanggil Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, 'turun padang' dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Betul kata Khairy Jamaluddin bahawa PAS begitu terdesak di Manek Urai sehingga perlu memanggil Nasharuddin turun berkempen.

Pemuda Umno menyifatkan keputusan PAS Kelantan membenarkan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, 'turun padang' dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, selepas pertengahan kempen adalah tindakan yang terdesak.

Khairy berkata beliau percaya tindakan itu terpaksa dilakukan selepas pemimpin PAS Kelantan menyedari sebahagian penyokong mereka di Manek Urai tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk segelintir pemimpin dalam parti berkenaan yang meminggirkan Timbalan Presiden PAS.

"Pengundi Manek Urai patut tahu perpecahan ini ketara, mereka memang tak suka dan sebab itu nak tolak calon PAS kali ini bagi menunjukkan protes mereka terhadap apa yang sedang berlaku dalam PAS.

"Saya dengar Ustaz Nasha nak datang Sabtu ini (hari ini), tetapi pokoknya dia dilarang dari awal dan bila jadi isu dan (pemimpin PAS Kelantan) tahu sebahagian besar penyokong mereka di Manek Urai marah sebab masalah yang dicetuskan puak Erdorgan, barulah Tok Guru Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pujuk beliau datang," katanya selepas ceramah Pemuda Umno di Peria.

Kebimbangan akan kalah menyebabkan Nik Aziz sendiri turut panggil Timbalan Presiden PAS berkenaan.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan mempelawa Nasharuddin untuk turut sama berkempen pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai dan mengakui pada peringkat awal beliau tidak mahu timbalan presiden PAS itu datang berkempen atas alasan strategi politik.


Nasharuddin yang sebelum ini menjadi sasaran kemarahan Nik Abdul Aziz berikutan isu
kerajaan perpaduan, juga tidak kelihatan ketika hari penamaan calon bagi mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Nasharuddin yang sebelum ini menjalani pembedahan kecil dijangka turun padang hari ini.

Khairy berkata, larangan terhadap Nasharuddin untuk turun berkempen di Manek Urai terbukti berikutan tiada poster yang memaparkan gambar pemimpin nombor dua PAS itu bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

3 comments:

  1. Sudah lah tu, tak habis2 nak perbodohkan rakyat.

    Bagaimana pula Najib yang tak pernah turun-turun ke Manik Urai? Adakah bermakna ada pergeseran antara Najib dan Muhyiddin?

    ReplyDelete
  2. Kita tengok ler nnt keputusan kat manek urai...

    Parti mana yg kalah, adalah parti yg paling SIAL dlm dunia..

    ReplyDelete
  3. parti yg kalah adalah parti yg gagal dalam PRK je,bukan gagal di dunia atau di akhirat..jika PAS kalah adakah mereka sume akan masuk ke neraka kerana di anggap SIAL di dunia dan juga sebaliknya.

    rasionalnye,mereka yg menjadi pengundi di MANIK URAI tidak rase dendam,marah,kecewa dan juga ingin rase memberontak..mereka hidup aman di sane.kempen pun di lihat begitu aman tanpa ada sebarang pergaduhan fizikal..dan mereka di sana akan kembali sebagai masyarakat MANIK URAI bersaudara selepas PRK ni..

    apa yg di lihat sekarang masyarakat di LUAR manik urai lebih pandai memainkan sentimen perpecahan...

    wallahualam.

    ReplyDelete