Friday, July 31, 2009

JANGAN LUPA KE PESTA MAKANAN DAN BUAH-BUAHAN TERENGGANU...ESOK!

Tempat – Letak Kereta B Stadium Bukit Jalil

Tarikh - 1 Ogos 2009


Jam – 6 petang hingga 12 malam.

TETAMU UTAMA – MENTERI BESAR, YAB DATUK AHMAD SAID.


MAFIN UBI GADUNG ANTARA YANG MENARIK

Kempen menarik 10,000 warga Terengganu ke Pehimpunan 1T3F (1 Terengganu Food Fruits Fiesta) semakin rancak apabila Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sejak Ahad lalu meminta rakyat Terengganu hadir beramai-ramai ke tempat letak kereta B Stadium Bukit Jalil Sabtu ini (1 Ogos 2009), 6 petang hingga 12 malam.

Program bagi mengukuhkan lagi silaturahim di kalangan anak Terengganu itu menjadi tajuk perbincangan dalam slot ‘Selamat Pagi Malaysia’ yang disiarkan secara langsung dari Kuantan antara jam 9.05 pagi hingga 9.15 pagi semalam.

Menurut Ahmad Said, warga Terengganu boleh menikmati makanan dan buah-buahan Terengganu dengan percuma selain berhibur dengan artis tempatan yang akan turut serta memeriahkan acara itu.

Satu daripada istimewanya sajian Sabtu ini ialah mafin dan biskut gadung selain kueh-mueh tradisional lain.

Difahamkan Universiti Malaysia Darul Iman (UDM) sudah dimaklumkan untuk beberapa kakitangannya terbabit sama pada fiesta itu bahawa ‘gadung tidak memabukkan tetapi menyedapkan’.

Awal tahun ini kerajaan negeri memaklumkan kepada UDM kelulusan untuk penyelidikan mengenai ubi gadung sebanyak RM2.2 juta untuk tempoh dua tahun.

Ahmad Said berkata, program 1T3F itu akan dipenuhi dengan acara makan buah-buahan dan makanan tempatan selain diselang-seli dengan persembahan rakyat dan kebudayaan serta huburan.

Program ini akan melibatkan semua daerah di negeri ini di mana setiap Pegawai Daerah akan diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menyediakan makanan serta produk yang menjadi identiti daerah masing-masing.

Antara makanan yang akan disediakan termasuk nasi dagang, laksa, ketupat sotong, rojak kateh, pulut nyor, bekam, otak-otak dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment