Siapa gabrah dan buat fitnah sebenarnya apabila Pemuda UMNO disahkan tiada kaitan peluru?
Siapa jahat dan siapa ‘celaka’?
Ternyata polis tidak menemui apa-apa bukti bagi mengaitkan Pemuda UMNO dengan dua peluru yang diterima oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di rumahnya di Jalan Utama di sini pada 20 Feb lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, sehingga hari ini juga, belum ada mana-mana pihak atau individu tampil membuat keterangan mengatakan mereka terlibat melakukan perkara itu.
"Tiada keterangan atau maklumat mengaitkan kes tersebut dengan Pergerakan Pemuda UMNO malah tiada mana-mana pihak atau individu sekali pun (dikaitkan dengannya setakat ini).
"Siasatan membabitkan kes itu sedang giat dijalankan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu polis," katanya pada sidang akhbar semalam.
Karpal pada 19 Februari lalu mendakwa menerima sekeping sampul mengandungi sepucuk surat berserta dua butir peluru hidup yang diposkan ke alamat rumahnya di Jalan Utama, di sini.
Pada persidangan Dewan Rakyat 25 Februari lalu, pemimpin pembangkang yang sering mencetuskan kontroversi itu menyebut perkataan 'celaka' kepada Pemuda UMNO dan menuduh mereka yang mengirim peluru tersebut.
Keesokan harinya, suasana di pekarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor mendesak Karpal meminta maaf berikutan tuduhan itu.
Hingga hari ini pun Karpal tetap berdegil.
Apa langkah Pemuda UMNO selanjutnya?
Dan apa pula hukuman terhadap orang yang membuat tuduhan palsu di mata polis? Lebih buruk tuduhan ini bersifat politik dan berbau perkauman.
Bolehkah kita membiarkan Karpal Singh ‘bebas’ begitu sahaja daripada tuduhannya?
No comments:
Post a Comment