Sunday, March 22, 2009

BERUBAH KE ARAH MANA?

(Sembang Ahad)

Naib Presiden Umno yang dikatakan mudah untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dan bakal Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata
UMNO hanya mempunyai masa empat tahun untuk berubah.

Hakikatnya, UMNO tidak memerlukan masa sepanjang itu. Ia perlu berubah segera. Malah matlamat menjamin tiadanya perlakukan politik wang untuk membeli undi pada pemilihan kali ini adalah perubahan.

Persoalannya, siapa sebenarnya layak untuk bercakap mengenai perubahan?

Sudah pasti untuk memperkatakannya ialah semua ahli UMNO dan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah penunjuk contoh.

Tetapi bagaimana bekas-bekas Presiden UMNO yang masih ada? Apakah mereka sudah tidak layak memperkatakan mengenai perkara ini?

Dengan mengatakan UMNO sudah sampai ke penghujung jalannya dan ia mesti segera berubah untuk mengembalikan pengaruhnya seperti dulu, tidak mencukupi.

Muhyiddin mengatakan semua pihak mesti komited menjayakan usaha memulihkan kembali imej parti termasuk sedia menerima perubahan. Ini amat benar.

Ikan mula busuk di kepala dan untuk menjamin keseluruhan badan ikan tidak busuk, kepala perlu dibersihkan.

Dalam konteks sekarang, sudah pastilah yang akan memegang amanah ialah Datuk Seri Mohd Najib Razak dan bakal timbalannya!

Memang UMNO akan diadili semula oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13 tetapi perubahan segera amat diperlukan.

Muhyiddin, yang akan bertanding kerusi timbalan presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, mengakui bahawa tugas itu bukan mudah, namun Umno harus bersedia melakukannya walaupun terpaksa berdepan dengan tentangan pihak tertentu.

Muhyiddin bercakap seolah-olah beliau kini benar-benar sedang berada dalam pasukan yang akan melakukan pembaharuan dan perubahan.
Apakah cadangan Muhyiddin?

1. Balik ke 'sekolah politik' iaitu kursus (bagi) semua pemimpin Umno, fahami asas perjuangan Umno supaya kita dilihat telah balik ke pangkal jalan, jangan ada lagi nilai-nilai negatif. Nilai negatif yang mesti dibuang daripada dalam diri ahli antaranya sikap mengutamakan diri sendiri agar persepsi mereka mengenai ahli dan parti dapat diperbetulkan. Usaha itu boleh dijayakan melalui penganjuran kursus dan program latihan besar-besaran bagi melatih semula semua peringkat dalam pelajaran politik. (Komen saya: Ia bukan melalui kursus tetapi kesedaran dan keinginan diri sendiri untuk tidak utamakan diri).

2. Elak utamakan diri. Muhyiddin berkata beliau melihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun ni, kita agak lari, banyak orang lihat kita ini self-serving (utamakan diri), apa yang ada... mesti Umno dulu, ada kontrak... Umno dulu, kalau ada projek... Umno dulu. "Sejarah Umno (semasa) Datuk Onn Jaafar dulu tak macam itu. Ada sesuatu dia bagi yang rakyat dulu. Kita ini sebagai pejuang tak apa , kita hidup papa, yang luar mesti hidup selesa.”Sekarang ini tidak (seperti dulu), kita mesti pentingkan kita dulu, yang ketua bahagian mesti jaga ketua cawangan, mesti jadi ahli dulu, padahal ahli-ahli yang di bawah itu untuk bela nasib orang Melayu di luar," katanya. (Komen saya: Majoriti yang mempertahankan UMNO adalah ahli bukan semata-mata pemimpin kerana merekalah pekerja parti dan pengundi. Pemimpin hanya pengarah dan pemerhati)

3. Usaha dan jasa UMNO mesti dirasai oleh masyarakat Melayu khususnya dalam tahun ketiga dan pada tahun keempat dari pemilihan Umno tahun ini supaya bersedia untuk berhadapan dengan rakyat pada pilihanraya umum depan. Muhyiddin berkata Umno tidak harus hanya menjadi parti untuk ahli-ahlinya sahaja, sebaliknya juga parti yang memberi khidmat kepada semua orang Melayu serta rakyat Malaysia. Tambahnya, sikap lama yang mengutamakan ahli untuk pemberian bantuan tertentu misalnya mesti diperbetulkan kerana semua kaum mesti dibantu. (Komen saya: Rakyat bukan kontraktor, perniaga atau yang dapat habuan parti dan kerajaan semata-mata. Rakyat adalah mereka yang menyumbang bakti tanpa meminta balasan bukan seperti sesetengah pemimpin dan pekerja UMNO)

4. Meminta ahli Umno menyelesaikan masalah kaum lain. Bukan lagi seperti dulu iaitu masalah orang Melayu diselesaikan oleh Umno, masalah orang Cina diselesaikan oleh MCA dan masalah India diselesaikan oleh MIC, tambahnya. (Komen saya: Berbakti biar berpada, jangan sampai maruah dan kepentingan Melayu pun dicabar. UMNO perlu pertahankan maruah dan kepentingan Melayu bukan sekadar menyalak tetapi melalui tindakan)

5. "Sekarang saya pusing... bayangkan kalau Pemuda Umno buat gotong-royong di kawasan Cina dan India, begitu juga sebaliknya, apa persepsi masyarakat? Mula-mula orang kata mengada-ngada, kalau dibuat selalu, bukan mengada, atau kita dilihat sebagai membantu bukan saja puak-puak kita, tapi membantu semua."Ini bentuk format gerak kerja yang kita nak buat, sebab rakyat menilai kita daripada segi apa yang kita buat untuk mereka. Ini adalah kandungan pembaharuan dan perubahan. (Komen saya: UMNO jangan lagi menganggap Malaysia milik orang Melayu semata-mata. Dengan bekerjasama dan membantu kaum lain, kita dihormati. Keamanan dan penerimaan bukan-Melayu kepada UMNO akan memperkuatkan UMNO).

6. "Kena ada muafakat antara pimpinan dan ahli tentang apa agenda kita dan dalam proses itu mesti dijelaskan kalau tak buat begini, ini kesannya risiko bagi kita."Yang paling bahaya kita hilang kuasa. Jadi kita kena beritahu inilah pilihan kita. Untuk pilihan ini, kamu mesti bersedia untuk berkorban, ubah gaya (lama) yang tidak secocok dengan gaya baru," katanya. "Kamu nak terus kuasa dan berubah atau kamu nak hilang kuasa? Tidak ada pilihan. Umno dan BN tidak banyak pilihan," katanya. (Komen saya: Yang akan hilangkan kuasa bukan ahli tetapi pemimpin. Yang menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Yang Berhormat dsbnya daripada UMNO bukan untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni tetapi untuk memperjuangkan kepentingan Melayu. Contoh tidak baik mereka ini, khususnya Menteri, Timbalan Menteri, pemimpin masyarakat, YB dan sebagainya yang boleh menyebabkan UMNO hilang kuasa)

7. Pergerakan Pemuda dan Puteri dapat memainkan peranan penting untuk menggerakkan parti ke arah yang lebih positif, terutamanya kerana pada masa ini golongan muda mewakili 50 hingga 60 peratus daripada pengundi. Adalah penting kedua-dua pergerakan itu dibarisi oleh pemimpin yang bukan saja bersemangat, tetapi berpengalaman, rasional, mempunyai ketokohan, pandai menilai situasi dan politik semasa, tahu cara-cara menyumbang kepada kepimpinan sekarang, memikirkan semangat kerjasama, perpaduan dan mesti faham kehendak rakyat. (Komen saya: Dulu Pemuda UMNO adalah kumpulan pendesak dan bentang UMNO tetapi hari ini ramai pemimpinnya melihat kepada kontrak kerajaan, menjadi kaya dan menunjuk-nunjuk. Puteri UMNO sebelum ini adalah pekerja parti menarik orang muda memasuki UMNO. Hari ini Puteri UMNO ramai yang menunjuk lagak yang mementingkan perniagaan, fesyen dan glamour).

8. Lihat kepada dividen politik, bukan kelebihan tapi dividen. "Kita biar belanja RM1, tapi dividennya RM10. Kita tidak boleh macam dulu, seronok, syok-syok sendiri, lepas itu akhirnya harap orang itu akan sokong kita."Sekarang kita buat sesuatu nilai dulu, apa impak kalau ini yang aku buat kesannya kepada kita, kesan kepada masyarakat," katanya. (Komen saya: Sekarang kalau belanja kecil tak canggih. Buat banner, poster besar atau bunting banyak-banyak, pasang di mana sahaja. Ini boleh buat duit. Uniform kerana kain mahal, nanti tiada kelas. Sedozen uniform kain linen baru ok, kalau kain biasa tidak ada standard. Jamuan mesti di hotel mahal dan kereta pemimpin mesti mahal-mahal baru nampak gah. Buat program mesti untung, termasuk ketika pilihan raya, simpan duit untuk sendiri atau untuk bertanding jawatan parti. Biar kalah pilihan raya asal dapat jawatan penting!)

9. Saya ingin menambah, soal penting ialah pemimpin UMNO tidak mengamal rasuah – pilih kroni, tabur duit untuk mendapat jawatan, pentingkan keluarga sendiri serta memaksa orang lain mengambil pemimpin atau orang-orang tertentu untuk kepentingannya. Rasanya ini paling bahaya yang boleh ranapkan UMNO dan kalahnya UMNO dalam pilihan raya.

Mungkin orang lain ada pandangan sendiri. Saya hanya ahli UMNO biasa!

2 comments:

  1. Asmlkm. saya seorang pesara lulusan USM, ketika sdr buat Master di USM.Saya jadi ahli UMNO sejak 1971 kerana hanya membaca akhbar akhbar UMNO dan media Umno/ Tahun 1976 mula membenci UMNO bila hadir bertrugas dlm perhimpunan UMNo , (saya kerja kat RTM ketika itu).Benci kerana lihat perwakilan yg melaram dgn Merz,ketika rakyat/kami masih susah. Dalam mesyuarat Agong tu mereka cakap tak ada tajuk lain melainkan nak ambil kesempatan untuk memperkaya diri! Ngorat wanita UMNO dan yg wanitanya pulak depan suami ok belakang suami , lain cerita. Saya yg berasal dari kampong , jengkil dgn tingkah laku orang orang yg pernah saya sanjung dan hormat selama ini. Saya lihat akhlak mereka tak ubah macam bukan Islam!! Maka saya berani mempersoalkan seorang perwakilan dari sg petani, apa pejuangan tuan, membela melayu atau memperkuda melayu untuk kayakan diri sendiri. saya masih ingat jawapannya (ini dlm tahun 1976) , ya lah Melayu kat kamponhg tu bongok belaka, aku pulunlah, kalau tak buat apa guna aku masuk politik!

    Maka saya rasa tertipu dgn perjuangan orang orang UMNO kerana saya orang susah dari kampong, ingatkan mereka ke KL meeting UMNo bersusah payah perah otak nak senangkan rakyat!! Rupanya lain agenda mereka. saya kecewa. Saya luls STP tahun 1974 , tak dapat masuk U walaupun lulus sijil penuh dgn pericipal A dlm sejarah dan B dalam BM,.Ada orang UMNO kata pi jumpa Dr M, dia boleh tolong. habuk pun tarkk. maKA SAYA SANGAT YAKIN umno DAN PEMIPINNYA GELEMBONG BESAR . aKIBATNYA SAYA TAK PERNAH MENGUNDI KERANA MARAHKAN umno

    Dalam feri le Langkawi tahun 1975, saya terlihat Wanita UMNO dgn kebaya ketat dan seorang orang kuat UMNO dari selatan(jantan) , raba raba je dlm feri tu. Saya lagi meluat kpd UMNO! Nilai kampong dan islam saya di rosakan oleh pemimpin UMNO!
    Di kampong saya pernah rintis jalan agar tanah estate milik sime darby di beli atau apa jalan sekali pun agar orang melayu boleh bina rumah di kg tersusun.(ambil tanah itu). Tetapi AJK UMNO datang rumah saya...minta mai kita buat projekk, maksudnya mai kita buat duit le, buat apa untuk buat kebaijikan kat rakyat ! Lagi sekali hati saya hancor melihat Wakil rakyat dan AJK UMNO, agenda mereka ialah penting diri sendiri!!

    Jadi, jangan tipu rakyat lagilah, saya tak percaya sumpah, janji, dan apa saja kata manis dari UMNO, semuanya tipu dan cakap berdegar degar tapi ekor bergelumang tahi. dah 50 tahun tipu rakyat melayu yg ngok macam saya

    Maka kalau dulu saya benci PAS, kini hati terpaut dan ini adalah satu escapism. Terpaksa, kerana UMNo menipu kami/saya. Umno mengaku Islam, negera Islam tetapi perangai pelaksanaannya tak ubah macam bukan Islam.

    Musa Hitam ketika berkuasa , berucap di singapura kata malaysia bukan Negara islam, tapi la ni ada penipu kata ini negara Islam, tahi minyak le! cajkap macam islam tapi ....sendiri mau fikir kenapa orang melayu/cina/ india mula pilih pakatan rakyat sekarang

    Ketika Lim guan Eng dan Gopalakrishnan mula bercakap dgn istilah istilah Islam, pemipinn UMNO masih bongkaka, lulus lesen judi ,sombong, boros untuk keluarga, makan komisyen , hatta kata orang ramai ada yg sanggup bunuh orang! perasan dan ada kalanya masih macam lanun. Maka negera aja Islam, tapi pelaksanaan.... maka lagi sekali saya kecewa dgn UMNO

    Melihat pergolakan dalam PKR, puihhh, 2 kali lima dgn UMNO. sama sama rosak!! Ia dirosakan oleh diri sendiri dgn orang UMNO (negera islam) tbuat kerja munafik

    Jadi orang Melayu hanya tinggal parti PAS sebagai benteng terakhir , tempat berteduh dan menumpang kasih!

    Nak tumpang UMNO, hampeh!! 50 tahun merdeka , parit main road jalan persekutuan di kampong saya masih macam belum merdeka, . MP nya dari BN lama jugak jadi "raja", tapi apalah dia nak pandang masalah remeh saperti ini. Parit tu depan rumah dia ja, tapi dia tinggal di KL!

    Masa kempen , oo nak dirikan hospital baru yg teruk sangat dah. tapi bila kalah kata oooo tak akan buat sebab hangpa pilih pembangkang!
    Jadi bila masa pemimpin dan UMNo nak berobah, otak lama, lagu lama , elok masuk kursus tu. agaknya ramai pemimpin UMNo ni tak sekolah.

    Ketua UMNO ya Rabbi! Walaupun pernah jadi cikgu, tapi perangai macam samseng
    . Anak anak muda la ni benci tengok gelagat orang tua UMNo yg tak sadar diri, tak tahu formula PR!

    ReplyDelete
  2. NAJIB
    " I thanks for their trust in me...I aspire to carry out the trust and resposibilities to the best of my abilities in addressing all challenges faced by UMNO and Barisan Nasional"
    ~NST 03/11/1908

    Saya yakin ini lah juga akan diungkapkan oleh pemenang dalam pertandingan jawatan di Perhimpunan nanti.

    Saya berani bertaruh bahawa ungkapan ini akan popular.Tetapi hati kecil saya merasa amat ragu dan bimbang ungkapan ini tidak menjadi realiti.
    Sebabnya:

    1.Adakah Najib berani menunaikan kata-kata beliau sebagaimana ungkapan dalam NST seperti diatas.Pada hemat saya,ada dua implikasi yang perlu dihadapi oleh Najib untuk merealisasikan hajatnya itu.Najib tidak akan popular sekiranya beliau melaksanakan hajatnya dengan tegas.sebaliknya UMNO akan popular dikacamata rakyat atas ketegasan melaksana tugas dan tanggungjawab bagai dikata.Disinilah kita akan dapat melihat imej DSN yang sebenar dalam memperjuangkan bangsanya.Tiada siapa yang boleh memberi jawapan bagi pihak DSN.Hanya DSN sendiri yang boleh membuktikan dia berani dan bersedia untuk tidak popular.

    2.Setakat ini hanya 'King Ghaz'(Tan Sri Ghazali Shafie) sahaja tokoh UMNO yang berani untuk tidak popular.Ketegasan King Ghaz dalam menangi isu penyelinapan fahaman komunis dalam Umno dengan peristiwa penangkapan 3 ABDUL dan Sidiq Ghaouse(Setpol Mahathir ketika itu)telah membawa padah dalam karier politik beliau.Kesannya beliau gagal untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO. Bukan setakat itu sahaja malah bertanding MKT beliau tercorok ditangga 13.Sedangkan Timbalan Menteri beliau menduduki tempat teratas daripada beliau.Karier politik beliau yang sebelumnya menuju puncak,akhirnya malap.Tetapi UMNO menjadi teguh dan gagah semula.Persoalannya,BERANI kah Najib menjejaki langkah seperti 'King Ghaz'.????

    3.Bezanya dulu KOMUNIS,sekarang RASUAH. Komunis atau rasuah,kedua-duanya merupakan barah yang boleh memalapetakakan bangsa dan negara.

    4. DSN perlu keberanian yang luarbiasa untuk bertindak dengan drastik. Maksudnya semua ahli yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Parti baru-baru ini diserahkan kepada SPRM untuk diambil tindakan melalui pendakwaan di Mahkamah. Menasihati Ali Rustam melepaskan jawatan Ketua Menteri secara sukarela atau menghadapi pemecatan sehingga pendakwaan selesai. Begitu juga Azalina. KJ (sekiranya beliau menang) hendaklah melepaskan jawatan Ketua Pemuda kerana penglibatan beliau dalam isu rasuah atau pun diberi cuti sehingga kes selesai di mahkamah. (tidak kira tikam sekali atau beberapa kali)

    5.Muhd muhamad Taib yang tidak pandai baca inggeris di Australia. Rahim Tambi Chik yang imej tercemar walaupun beliau didapati tidak bersalah mencabul budak bawah umur, Isa Samad walau pun menang nanti harus juga diketepikan dari menjawat apa-apa dalam kerajaan kerana sejarah rasuah politik dahulu.

    6. Setiausaha Agung dan konco-konco di PWTC yang mengurus UMNO melalui kaedah M.B.I.T.(Management By Ikut Terlintas).

    BERANI kah Dato Seri Najib? Hendak selamatkan UMNO dengan membunuh diri atau selamatkan diri dengan membunuh UMNO.

    Timbalan beliau nanti (tidak kira siapa)akan menyokong sepenuh hati untuk DSN membersihkan UMNO agar DSN tidak popular dan cepat tersungkur macam ‘King Ghaz’. Dengan itu mempercepatkan proses menjadi PM secara instant macam ‘mee maggie’. ( In darkness there lies unknown enemies) Kalau hipotesis ini betul,cepat-cepatlah baca yasin dengan harapan kalau UMNO hendak mati,biar cepat matinya; kalau hendak sihat biar cepat sembuhnya.

    Kita harap dan doakan DSN dapat selamatkan semua;UMNO,DSN,Melayu dan Negara!

    ReplyDelete