Friday, February 6, 2009

JANGAN PERSENDA DAN CEMARI INSTITUSI RAJA

Saya membaca dengan teliti laman m@rhein sekali lagi malam semalam.

Saya tidak kisah jika ada yang membantah secara terbuka dan berkata mengikut lunas yang tertib dan tidak mempersendakan orang lain.

Hanya kerana Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membuat keputusan meminta Menteri Besar Perak meletakkan jawatan dan tidak bersetuju Dewan Undangan Negeri dibubarkan, institusi Raja dicemari.

Saya kesal kerana selain memaki dan menyumpah seranah kelmarin, laman m@rhein kini kembali seperti laman marhein pada ketika reformasi yang menyumpah-seranah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hari ini saya terkejut dan kesal kerana ada unsur tidak baik apabila laman m@rhein menggunakan kata kesat selain menggunakan perkataan yang menghina Sultan Perak dan istana, umpamanya:

1. Kini rakyat telah mula mempersoalkan, "Perlukah kita kepada payung itu lagi?"

2. Jika perasuah mendapat sokongan istana, apakah yang ada
lagi untuk melindungi RAKYAT?

3. ‘Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance’. Siapa gerangan penulis buku ini?

4. Sayang, sebuah institusi yang telah semakin disanjung rakyat di sana-sana,
kini dicemuh kerana sanggup memayungi pengamal rasuah. Inilah
bukti betapa hebat sesebuah institusi, sebaik-baik berpihak
bersekongkol dengan regim korup - maka bersedialah menerima
palitan najis yang busuk dan amat membusukkan.

5. Baca apa yang mula dipersoalkan oleh rakyat jelata mengenai
Good Governance... titah sudah tak serupa bikin?

Baca dan teliti apa yang ditulis melalui laman m@rhein semalam:

TAKZIAH KEPADA RAKYAT PERAK yang mengimpikan kerajaan bersih dan berintegriti. Namun, akhirnya perasuah serta yang tidak bermaruah juga yang dipandang orang.

KEMBALIKAN SEMULA KUASA KEPADA RAKYAT PERAK! Lebih baik membelanjakan beberapa juta Ringgit untuk rakyat kembali menentukan kerajaan daripada berterusan membiarkan berbillion Ringgit harta milik rakyat dirompak oleh para pemimpin korup.
Keluar dan fahamilah hasrat dan kehendak RAKYAT PERAK. Bijakkah memilih * kerajaan korup sekali gus menjadikan keadaan semakin tidak menentu di negeri Perak?

Sayang, sebuah institusi yang telah semakin disanjung rakyat di sana-sana,
kini dicemuh kerana sanggup memayungi pengamal rasuah. Inilah bukti betapa hebat sesebuah institusi, sebaik-baik berpihak bersekongkol dengan regim korup - maka bersedialah menerima palitan najis yang busuk dan amat membusukkan.

Jika perasuah mendapat sokongan istana, apakah yang ada lagi untuk melindungi RAKYAT?

‘Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance’ Siapa gerangan penulis buku ini?

Google dan baca apa yang mula dipersoalkan oleh rakyat jelata mengenai
Good Governance... titah sudah tak serupa bikin?
Kini rakyat telah mula mempersoalkan, "Perlukah kita kepada payung itu lagi?"

Perak's own Dire Straits and Sultan of Swing

* Satu tindakan paling bodoh ketika RAKYAT sudah semakin cerdik.

Wajarkah kita semai kebencian sebegini?

Apabila bertanya, “Perlukah kita kepada payung itu lagi?” membawa makna bahawa payung atau Raja atau Sultan sudah tidak diperlukan lagi.

Wajarkah kita mendapatkan pendapat rakyat untuk perkara sedemikian?
Marah dan kemarahan lumrah dan naluri manusia. Tetapi perbuatan mencemar dan mempersenda institusi Raja adalah perbuatan melampau.

Kenapakah laman ini yang menyokong pembangkang mengajar dan menanam kebencian sebegini? Sedangkan semua pihak sedikit sebanyak memerlukan Raja dan institusi berkenaan untuk menjamin demokrasi dan kebebasan bersuara dipertahankan di negara ini.

Beringatlah, perbuatan mencemar nama Sultan Perak yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara tidak akan menguntungkan sesiapa. Ia bukan sahaja akan menjadikan rakyat bangun mempertahankan Raja tetapi turut mengguriskan hati orang Melayu.

Nyata sekali, pembangkang tidak boleh diharapkan untuk mempertahankan Raja-Raja Melayu.
Hanya UMNO yang mempertahankan institusi dan kedudukan Raja-Raja Melayu dahulu, kini dan selamanya!

3 comments:

  1. Aku rakyat Perak tapi aku tak nak PR, so that's it, full stop!

    ReplyDelete
  2. Saudara Hambali,
    Tahniah kerana berani masuk gelanggang lawan dan berjaya mematikan dakyah lawan hanya dengan dua perenggan yang terakhir.
    Solzamri

    ReplyDelete
  3. jenis buta hati mane nak nampak...cium la bontot umno tu !!!

    ReplyDelete