Thursday, December 4, 2008

RUPA-RUPANYA SUDAH ADA ‘MAIN BELAKANG’

Laku betul Datuk Zaid Ibrahim. Macam ‘goreng pisang panas’ lagaknya Pas tawar, Parti Keadilan pun tawar kemasukannya ke dalam parti mereka.

Cuma PAS bersyarat sedikit. Zaid kena ‘jadi Islam’ sebelum masukl PAS.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata semalam, PAS sedia menerima dan memberi tempat kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan syarat beliau insaf dan ikhlas untuk berjuang di dalam sebuah parti yang mendokong dasar politik Islam.

Pas sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Zaid dan kaum lain berjuang bersama dengan parti itu, katanya.

"Kami terbuka, usahkan Zaid, orang Cina dan India pun kami terima. Cuma yang tinggal kini ialah mekanisme penerimaan itu (sebagai ahli) terpulang kepada jawatankuasa teknikal parti, saya hanya bercakap mengenai dasarnya sahaja.

"Saya lebih suka begini, mana-mana pemimpin UMNO yang telah lama berjuang dalam parti itu dengan menyerang Pas dan Islam. Kalau bolehlah biar dia pula puji Islam, marah balik kepada sekular yang dia pertahan sebelum ini, lepas tu barulah isi borang Pas," katanya menurut Utusan Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula turut mengakui pernah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan Datuk Zaid Ibrahim dan secara terbuka mengalu-alukan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kata Anwar, pertemuan antara mereka berdua itu diadakan pada hari Zaid meletakkan jawatan beliau daripada Kabinet lagi.

Mmm, jadi sudah lama juga mereka ‘intim’. Dua musuh duduk bersama bagi merangka untuk menyerang satu musuh – UMNO.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas selesa dengan prinsip Zaid yang dilihat sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam menentang undang-undang zalim termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kini hanya keputusan Zaid sahaja memilih yang mana.

Rasa saya Zaid dalam pilihan ini dia lebih berminat dengan Keadilan kerana dua tiga sebab.
Sebab pertama perjuangan Keadilan rasanya lebih sesuai untuk Zaid, khususnya dalam isu-isu yang menyebabkan beliau kena pecat, khususnya Akta Keselamatan Dalam Negeri; kedua, ‘cara kehidupan Zaid’ mungkin kurang sesuai dengan pemimpin PAS dan ketiga budaya politik PAS yang lebih tertutup mungkin kurang selesa bagi Zaid., lebih-lebih jika mahu duduk semeja dengan mereka.

Rasanya Zahid lebih selesa duduk dengan Anwar, Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng daripada dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Iraq.

Lagipun, jelas Zaid sebelum ini sudahpun ‘main belakang’ dengan UMNO seperti yang diakui oleh Anwar bahawa mereka pernah bertemu banyak kali secara sulit sejak Zaid meletakkan jawatan.

Kesian kat Majlis Tertinggi UMNO, bincang pasalnya dan berbagai-bagai lagi. Kalau tahu awal ada permainan di belakang, rasanya lebih mudah untuk memecat beliau.

Mungkin Tan Sri Muhyiddin tahu fasal Zaid ini kerana itu bersungguh-sungguh mahu UMNO memecat beliau.

Tetapi tidak tahulah kalau-kalau selepas ini Zaid mungkin mengubah cara politik dan pergaulannya selepas dipecat oleh UMNO Selasa lalu memilih PAS.

Hakikatnya, apabila Zaid digugurkan daripada bertanding dalam pilihan raya umum lalu apabila dikatakan akan menyertai PAS, beliau menolaknya.

5 comments:

  1. Betapa bodohnya Pak Lah digula-gulakan oleh Zaid Keling semasa dilantik dan menjadi anggota kabinet kerajaan.

    ReplyDelete
  2. bro... main belakang ke atauwa belakang main....

    tajuddin anak maharajalela pasir salak sudah menyalak dah... tapi siapa nak dengar dulu.

    anuar ibrahim juga kena dengar jeritan anak babi merah di kawasan kg ambo iaitu di terbak, ketek tengah, bunuhan dll. janganlah dengar suara anak dayak, anak cina, anak hindraf saja.

    tapi anuar tak dengar anak kelantan yg dulu lagi gila kat dia.

    ReplyDelete
  3. Apabila Zaid masuk PAS dan ramai orang yang terbuang dari UMNO masuk PAS...maka PAS akan menjadi spt UMNO dan UMNO pula akan menjadi spt PAS. Baru hakrak namanya.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. zaid dapat publisiti percuma, dia terhutang budi kat Dollah, only ppl like Dollah would take him on-bord..

    ReplyDelete