Monday, December 29, 2008

KUCAR KACIR PKR SELANGOR

Tidak boleh disorokkan lagi bahawa Pakatan Rakyat (PR) Selangor semakin dilanda krisis dan ia bukan sekadar rebut dalam secawan kopi.

Krisis semakin panas ketika Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang berada di luar negara sehingga 6 Januari depan.

Yang pasti dalam setiap krisis, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terlibat dan menggambarkan betapa Khalid walaupun disegani sebagai tokoh korporat tetapi lemah mentadbir negeri.

Dan apa yang boleh dilakukan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Syed Husin Ali ialah mengadakan mesyuarat biro politik , lusa (Rabu) bagi membincangkan isu utama dan berkaitan dalam usaha "untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai".

Beliau sendiri semalam meminta supaya komponen PKR hendaklah duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan perbezaan dan konflik secara dalaman.

Menurutnya, terdapat banyak saluran dan prosedur untuk berbuat demikian.
Perbezaan pendapat antara mereka semakin menyerlah Jumaat lepas selepas Anggota Parlimen Kapar (S Manikavasagam) mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat atas alasan tidak bersetuju dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

Dr Syed Husin semalam mahu pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR), gabungan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR, yang terbabit dalam perang mulut supaya berhenti dari menimbulkan perbezaan di antara mereka melalui media.

Kenyataannya berbunyi seperti berikut: “Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Klang. Mereka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di luar negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utamanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.”

Jumaat lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, beliau akan keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan Khalid dan cara Menteri Besar itu mentadbir negeri itu.

Khalid pula dilaporkan menjawab bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan jika beliau mahu berbuat demikian dan beliau tidak berminat untuk berjumpa Anggota Parlimen itu atau untuk memintanya menimbang semula keputusannya. Menteri besar Selangor itu bagaimanapun hari ini menafikan berkata demikian.

Bagaimanapun, Santiago dilaporkan bingung selepas Teng menuduhnya bahawa beliau telah dibeli oleh BN dan bersikap seperti seorang pembangkang.
Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Dr Syed Husin selain mendakwa bahawa isu berhubung ancaman Anggota Parlimen Kapar untuk meninggalkan PKR telah didedahkan seara berlebihan oleh media yang dikawal oleh BN.

Dr Syed Husin juga jelas cuba menutup kelemahan PKR apabila mengatakan niat mereka (BN) adalah untuk memesongkan perhatian orang ramai daripada beberapa krisis dalaman BN dan juga di antara parti komponen di dalam kerajaan sehingga kepada pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Krisis menjadi semakin mengelirukan apabila akhbar the Star turut diseret dengan mengatakan laporan oleh akhbar itu silap.

Pejabat urusetia media Menteri Besar Selangor memandang berat tindakan the Star yang dituduh memutarbelit fakta dan berharap akhbar berkenaan lebih bertanggungjawab dan tepat dalam laporannya mengenai kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.

Pejabat itu menafikan yang memetik Khalid sebagai berkata beliau tidak berminat untuk menemui Manikavasagam atau meminta beliau menimbangkan semula keputusannya untuk meninggal PKR.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan hari ini, urusetia tersebut menegaskan bahawa dalam sidang akhbar tersebut, Khalid tidak pernah pada bila-bila masa pun membuat kenyataan seumpama itu.

"Apabila menteri besar ditanya sama ada beliau bersedia untuk menemui ahli Parlimen Kapar itu, beliau menjawab, sebagai seorang ahli parlimen, ia adalah lebih baik bagi ahli Parlimen itu menemui pemimpin parti," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Khalid tidak pernah mengatakan bahawa Manikavasagam bebas untuk meletak jawatan, seperti dalam laporan akhbar tersebut.

"Dalam sidang akhbar tersebut, menteri besar, apabila ditanya, telah menegaskan bahawa ahli Parlimen Kapar itu bebas untuk membuat keputusannya dan bahawa beliau cukup matang untuk membut keputusan yang baik selaku wakil rakyat kepada lebih 100,000 pengundi dalam kawasan pilihanrayanya dan (selaku) seorang ahli PKR.

"Menteri besar juga berulangkali menegaskan bahawa forum terbaik untuk menyelesaikan isu tersebut adalah biro politik parti berkenaan (PKR)," tambahnya.

1 comment:

  1. Jika kita melakukan sesuatu perkara itu bermula dengan niat kerana Allah, maka insyallah hasilnya seperti yang kita jangkakan. PKR di Malaysia, apakah agaknya NIAT mereka menubuhkan parti tersebut. Untuk agama? Untuk Bangsa? Untuk Negara? Atau untuk membela DSAI kerana kononnya dianiyai dengan kejam oleh Tun Mahathir.
    Tidak ahiran jikalau PKR kucar Kacir di Selangor. Ianya bermula dengan niat yang tidak baik. Bukan untuk Bangsa, agama dan negara. Bangsa, agama dan negara hanyalah retorik dalam berbicara oleh DSAI dan orang-orangnya. Kenapa orang melayu begitu berminat penyokong parti yang tidak berniat spt UMNO ditubuhkan oleh Datuk Onn Jafar dan disambung oleh Tengku Abd Rahman satu ketika dulu.

    ReplyDelete