Walaupun dilihat sebagai berkempen untuk Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi sikap berterus terang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai tujuan masuk bertanding pemilihan UMNO untuk jawatan tinggi sangat jelas.
Menurut Nazri ketokohan yang dimiliki Muhyiddin merupakan antara faktor beliau membuat keputusan untuk tidak bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti Mac ini.
Kata Nazri, sebagai Menteri Kabinet ketiga paling senior selepas Muhyiddin dan Datuk Seri Syed Hamid Albar, jawatan yang paling sesuai ditandinginya ialah Timbalan Presiden.
Nazri juga enggan berbuat demikian kerana tidak mahu bertanding jawatan naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT) bagi memberi laluan kepada muka baru menyumbang idea untuk memperkasakan UMNO.
Katanya: “Buat apa saya bertanding kalau sudah ada orang yang lebih layak, eloklah saya menyokong mereka. Sudah 10 tahun saya menjadi menteri dan saya rasa itulah sahaja tahap yang saya boleh capai.”
Kata-kata beliau mengingatkan saya apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak di Kuala Terengganu 9 Oktober lalu apabila beliau menyebut pemimpin serta ahli-ahli UMNO mesti melakukan perubahan sesuai dengan persekitaran semasa sekiranya ingin terus berkuasa memegang tampuk pemerintahan negara.
Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, UMNO perlu meniti arus perubahan itu jika parti berkenaan ingin terus menjadi sanjungan dan sentiasa berada di hati rakyat.
''Kita adalah sebuah parti yang begitu banyak jasanya. Kitalah yang memerdekakan bumi bertuah ini, kitalah parti yang menghapuskan komunis, kitalah yang mengisi kemerdekaan. Soalnya apakah jasa-jasa ini akan diambil kira oleh rakyat pada hari ini, tentu sekali kita perlu merenung secara lebih mendalam mengenai hal ini, kita perlu prihatin kepada aspirasi rakyat," katanya.
Malah, di sinilah Najib mengumumkan akan bertanding Presiden UMNO.
Bagi Najib, kehendak rakyat adalah mudah iaitu mereka mahu ahli-ahli serta wakil rakyat UMNO mudah didekati sepanjang masa dan mengingatkan pemimpin dan ahli parti agar jangan semata-mata menumpukan soal dalaman parti termasuk pemilihan bahagian tetapi menjadi parti yang mencerminkan suara rakyat.
Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Najib itulah mungkin Nazri menilai dirinya “tua” walaupun hakikatnya beliuu jauh lebih muda daripada sebilangan yang menawarkan diri untuk jawatan penting dalam UMNO.
Hakikatnya, senang dan mudah kalau pemimpin UMNO bersikap seperti Nazri.
Malah, kalau dilihat sikap Nazri ketika dalam Pergerakan Pemuda UMNO dahulu pun, beliau bukan jenis lawan taukeh dan mahukan jawatan utama pergerakan itu.
Nazri yang memangku ketua pergerakan itu beberapa ketika, sanggup membuka laluan untuk orang lain. Kalau dia mahu, dia boleh bertanding dan pastinya sokongan kepada beliau boleh memenangkannya!.
Silap-silap ketika itu, beliau boleh menang tanpa bertanding.
Namun berapa ramaikah antara pemimpin UMNO yang bersikap seperti beliau. Nazri bukan tua sangat dari segi umur kalaupun beliau lama dalam politik.
Oleh kerana dia menjadi antara pemimpin paling muda menduduki Exco Pemuda UMNO, beliau dirasakan begitu lama berada dalam UMNO. Apalagi apabila bertanding MT sabagai calon Pergerakan Pemuda, beliau menang dengan mudah.
Nazri sangat berpengalaman dalam ‘tendang terajang politik’ sama ada peringkat Pemuda UMNO atau juga melalui MT dan kerana itu kata-kata atau ulasannya perlu diambil kira.
Dalam konteks ‘berlawan’ dalam UMNO sebenarnya ada tiga tahap yang perlu dilalui. Pertama, pencalonan, kedua, berkempen dan ketiga, bertanding.
1. Ada orang cuba memancing dengan menghulur kepala agar dicalonkan dan apabila merasakan ‘tidak boleh pergi’ baru berundur dengan mengumumkan menarik diri. Contohnya ada.
2. Ada yang lain pula menghulurkan kepala tetapi kerana tidak mencukupi pencalonan digugurkan. Contohnya banyak.
3. Yang lain pula tewas dalam pertandingan. Ini selepas Mac 2009.
Sementara faktor strategi dan jentera kempen juga perlu diambil kira kerana jika jentera asyik ‘rosak di tengah jalan’ dan kurang berstrategi, kempen akan boleh jadi koyak.
Lain dengan Nazri, beliau bukan tidak boleh menghulurkan kepala dan menggerakkan semula jenteranya selama ini, tetapi kerana lebih berminat melihat golongan lebih muda memasuki MT agar UMNO menjadi ‘lebih remaja’, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding.’
Nazri bukan jenis yang mahukan UMNO dipenuhi dengan pemimpin tua yang sikap mereka dalam menilai dan mahu terus menjadikan UMNO seperti tahun 1980-an dan 1990-an.
Apapun, pendapat Nazri ini sebenarnya bersifat ‘ pukul anak sindir menantu’ dalam konteks pemimpin UMNO ‘tua’ yang terus mahu menawarkan diri walaupun sukar untuk mendapat sokongan.
Ini kerana dalam konteks calon-calon Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MT, kita tahu siapa yang ‘tua’ dan siapa yang muda dan siapa yang disokong untuk ke jawatan yang ditandingi atau sebaliknya.
Syabas Nazri! Anda membuka mata sesetengah pemimpin dan ahli UMNO yang terus merasakan mereka masih diperlukan tetapi hakikatnya selain ‘tua’ mereka juga sudah ditolak kerana terpalit dengan pelbagai perkara yang mendatangkan masalah kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.
Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar
ReplyDeleteInformation and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:
https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/
SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)