Sunday, May 22, 2016

PERANGAI, TINGKAH LAKU DR ZETI HINA & BURUK?


Kenapa bekas Gabenor Bank Negara  Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz bersikap mendiamkan diri dan tidak bertanggungjawab menyatakan perkara sebenar mengenai derma RM2.6 bilion?

Kenapa Dr Zeti sanggup membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dicerca, difitnah dan dihina sedemikian rupa gara-gara penyaluran derma daripada Raja Arab Saudi berkenaan?

Kenapa Dr Zeti sanggup menjadikan Malaysia – sebuah negara yang selama ini terkenal sebagai negara yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti - di hina sebegitu rupa di mata dunia?

Apa permainan Dr Zeti sebenarnya? Kenapa dia sanggup melakukan itu semua?

Hinanya manusia bernama Zeti ini dan tidak wajar dia disanjung!


Gara-gara sikap berdiam dirinya, serta gara-gara Bank Negara tidak mengumumkan ia membenarkan duit berkenaan disalurkan ke akaun peribadi Najib, satu Malaysia huru  hara dan satu dunia menghina kita...

Sedangkan,  laporan Najib menerima duit itu berpunca dari pada 1MDB tidak betul.

Di mana ketelusan Dr Zeti dan kenapakah kepercayaan kerajaan terhadapnya dikhianati?

Kesemua tuduhan terhadap Dr Zeti ini sebagai kesimpulan kepada kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. MohdPuad Zarkashi semalam.

Puad berkata, Najib mengakui menerima dana tersebut dan mendakwa telah berbincang dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akthar Aziz dan menerima kelulusan bank pusat itu untuk membawa masuk wang itu.

Yang pasti duit itu daripada Raja Saudi. Duit itu dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukan akaun rasmi sebab tujuan antaranya untuk melawan IS, dan kedua, untuk membantu di tempat-tempat lain, seperti di Palestin dan sebagainya.

Najib, menurut Puad, tidak menafikan dan mengatakan mempunyai dokumen kelulusan dari Bank Negara untuk memindahkan dana itu ke akaun bank peribadinya.

"Cuma masalahnya, dia kata mungkin, dia sebut mungkin ada pegawai di bank negara ataupun Ambank yang membocorkan maklumat tersebut kepada Sarawak Report dan diberikan kepadaWall Street Journal.


"Sebab masuk ke akaun peribadi dia dalam negara kena ada kebenaran bank negara dan dia sudah berbincang dengan gabenor bank negara, kena isi dokumen," kata Puad dalam dialog anjuran Kelab UMNO Australia.

Puad yang mendedahkan kandungan pertemuan antara pemimpin UMNO dengan presidennya, Datuk Seri Najib Abdul Razak sejurus selepas terbongkar kisah perdana menteri itu telah menerima RM2.6 billion ke dalam akaun perbadinya.

Dalam sesi dialog bersama penuntut Malaysia di Canberra, Australia, Puad berkata, pemimpin UMNO meminta untuk bertemu dengan Najib sebaik sahaja the Wall Street Journalmenerbitkan berita kemasukan dana itu.

Dengan tidak memberikan butiran tarikh pertemuan tersebut, namun menjelaskan ia berlaku semasa bulan Ramadan antara 15 Jun hingga 15 Julai tahun lalu. Wall Street Journalmenerbitkan berita itu pada 2 Julai.

Menurut Puad,  “Bila sampai ke rumah beliau, kami bertanya kepada Datuk Seri Najib betulkah you dapat 2.6 billion. Dia kata betul.”

Najib turut menegaskan kepada pemimpin UMNO bahawa deposit itu bukan untuk kegunaan peribadinya.

"Sebab itu dia kata kalau duit itu untuk tujuan peribadi dia, lebih baik dia kata masuk ke dalam akaun peribadi dia di luar negara," jelas Puad pada majlis di Australian National University, Warrumbul Unilodge.


Kini rakyat Malaysia sudah pasti berasa sedih dan kesal dengan perangai dan tingkah laku Dr Zeti ini dan memalukan Bank Negara.

Bank Negara serta Gabenor barunya, Datuk Mohammad Ibrahim perlu membuat kenyataan segera mengakui atau menafikan apa yang dikatakan oleh Dr Puad ini.

Malah Muhammad perlu membersihkan bekas bosnya dan nama Bank Negara jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad tidak berasas.

Ini barkaitan maruah Perdana Menteri, Bank Negara serta juga Raja Saudi itu sendiri.

Dr Zeti tidak boleh berdiam diri, Bank Negara dan Mohammad juga tidak boleh berdiam diri.

Nyatakan yang sebenarnya sebelum keadaan politik, ekonomi dan maruah negara serta Perdana Menteri di dalam dan luar negara bertambah teruk.

Sesuatu perlu dilakukan segera untuk membersihkan nama Perdana Menteri dan Malaysia.

Terima kasih Dr Puad atas pendedahan ini. Kepada Dr Zeti, jika apa yang dikatakan oleh Dr Puad in benar, reputasinya akan terjejas teruk.

Apakah ini sikap sebenar Dr Zeti yang dilihat memberikan segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara yang ketujuh?

Bagaimana Dr Zeti yang dilantik menjadi Gabenor bank nerkenaan pada Mei 2000 yang juga wanita pertama menyandang jawatan berkenaan, boleh mendiam perkara ini?

Demi tujuan apa dan untuk siapa?

Memalukan sahaja jika benar apa yang dikatakan Dr Puad ini.

Malah, jika benar dengan tindakannya ini, ia  menghapuskan semua rekod kecemerlangannya  memimpin Bank Negara yang membolehkan Dr Zeti mendapat pelbagai pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Jangan berdiam diri Dr Zeti. Ini berkaitan maruah kamu dan seluruh keluarga kamu, juga maruah negara!!!

Thursday, May 19, 2016

BLOK PEMBANGKANG KUAT DENGAN KEHADIRAN DR MAHATHIR - HUSAM


Semakin nyata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad dilihat sebagai suatu force penting untuk memperkuat dan memperkukuhkan  blok pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.

Ia juga dilihat senjata penting bagi pembangkang untuk memaksa Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur atau Barisan Nasional (BN) ditumpaskan  dalam pilihan raya akan datang.

Surat dari penjara oleh Datuk Seri Anwar kelmarin yang meminta penyokong PKR berhati-hati dengan Dr Mahathir, dilihat bukan alasan untuk Najib tidak perlu berundur.


Bagi Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa, surat itu tidak boleh gunakan kononnya Anwar tidak minat Najib berhenti.

“Najib kena berhenti (jadi PM),” tegas Husam.

"Anwar menghargai 1.27 juta penandatangan Deklarasi Rakyat, tak mungkin Anwar lupakan tandatangan 1.27 juta rakyat Malaysia," tegas Husam.

Dalam surat lapan halaman yang tersebar Isnin lalu, Anwar mengejutkan banyak pihak dengan kritikan terbuka terhadap Dr Mahathir dan Deklarasi Rakyat selain menyentuh pelbagai isu, daripada masalah keteguhan perjuangan dalam PKR kepada kelicikan politik Malaysia.

Selain Mahathir, Tun Daim Zainuddin yang dilihat 'orang kanan' perdana menteri keempat itu serta Tengku Razaleigh Hamzah tidak terlepas daripada kritikan Anwar.

Antara inti pati amanat Anwar itu ialah terdapat pemimpin PKR bersekongkol dengan Mahathir dan Daim melalui Deklarasi Rakyat sehingga menggugat perjuangan parti itu.


Di sebalik surat Anwar, Husam melihat faktor Dr Mahathir sangat penting untuk pembangkang.

Kelmarin, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Dr Mahathir tetap di hati rakyat di akar umbi dan akan menjadi cabaran kepada UMNO dan BN.

Kini terpulang kepada BN untuk menyekat pengaruh Dr Mahathir dan force yang diakibatkan oleh beliau dalam menyatukan pembangkang.

Panglima dan jentera perang BN perlu menggunakan strategi yang berkesan ‘memerangi kemaraan pengaruh Dr Mahathir’ dengan sokongan pemimpin pembangkang untuk mengalahkan BN.

Malah, secara terbuka semalam, Husam berharap Dr Mahathir akan kekal bersama blok pembangkang bagi menunaikan hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.

"Saya berharap Tun Mahathir akan kekal bersama pembangkang dan dia akan jadi jurulatih supaya pembangkang boleh jadi kerajaan.

"Saya menganggap selagi Mahathir duduk dengan kita (bersama pembangkang), pembangkang akan jadi lebih kuat," katanya malam semalam.

Husam berkata demikian selepas majlis Dialog bersama Husam di Dewan Himpunan Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) malam tadi.

Apakah dengan mengatakan sedemikian Husam percaya bahawa Dr Mahathir akan tetap bersama pembangkang dan tidak akan membuat U-Turn pada Pilihan Raya Umum akan datang?


Bagaimana kalau tiba-tiba kerana masih sayangkan UMNO kerana sesuatu sebab, beliau akan kembali semula kepada UMNO seperti yang  berlaku sebelum ini?

Apa jaminan yang Dr Mahathir tidak akan ‘berpaling tadah’ dengan pembangkang?

Apapun kemungkinannya, bagi Husam, dengan adanya bekas Perdana Menteri itu, pembangkang akan menjadi lebih kuat.

Sebelum ini  pemimpin veteran UMNO itu bahawa pakatan pembangkang akan sentiasa kalah jika tidak bersatu.

Dr Mahathir memberi amaran, jika mereka berpecah-belah dan tindakan mereka berpecah sesama sendiri mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang. Ini dibuktikan dengan kekalahan pembangkang  di Sarawak.

Keputusan membuktikan  BN memang besar menyebabkan DAP hilang lima kerusi dan PKR pula kekal tiga. PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pulang tangan kosong.

Mengenai nukilan Anwar yang memberi peringatan kepada pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat, Husam menegaskan,  mana mungkin Anwar lupakan 1.27 juta tandatangan rakyat Malaysia yang mahukan perdana menteri itu berundur.

Bagi  ADUN Salor itu,  dalam surat tersebut Anwar menyatakan deklarasi 'ok' tetapi jangan dilupakan agenda tranformasinya.


"Ini perlu diambil maklum oleh pihak Deklarasi Rakyat. Perkara tersebut juga sebahagiannya telah dimasukkan dalam Deklarasi Rakyat," tegas Husam.

Wednesday, May 18, 2016

BAGAIMANA KU LI BOLEH MENGATAKAN DR M DIPANDANG TINGGI OLEH AKAR UMBI?


Apabila seluruh jentera Barisan Nasional (BN)  – pemimpin, media arus perdana, media sosial pro-Najib – menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad, membuktikan bahawa ‘tentera bersaorangan’ ini sebenarnya masih kuat.

Hakikatnya ramai rakyat biasa tahu siapa Dr Mahathir,  apa yang dia lakukan untuk Malaysia sewaktu memerintah dan segala-galanya.

Kemudahan awam – pendidikan, lebih raya, jambatan, peluang pekerjaan, pertanian, industry, perniagaan, dasar Islam dan sebagainya – terlalu banyak untuk disebut dapat dirasai oleh seluruh rakyat, bukan yang kaya atau kelas menengah semata-mata.

Jika ada kelemahan, namun banyak lagi kebaikan.

Malaysia daripada sebuah negara membangun menjadi sebuah negara maju – setidak-tidaknya antara negara Islam yang paling maju di dunia.

Barat dan seluruh dunia mengenali Malaysia kerana kepimpinan Dr Mahathir melalui dasar luar yang progresif dan memperjuangkan kesamarataan manusia dan negara.

Malaysia pencetus kebebasan dan kemerdekaan banyak negara sama ada di Afrika, Asia, Asia Barat serta di Eropah.

Tidak boleh sesiapa pun menafikan perkara itu.


Kebimbangan Barisan Nasional (BN) terhadap Dr Mahathir begitu menyerlah terhadap sumbangannya sehinggakan pemimpin parti pembangkang ketika ini – Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang – sudah tidak ada apa-apa berbanding Dr Mahathir.

Malah, Deklarasi Rakyat (DR) – menggabungkan tenaga pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – dilihat semakin menjadi ancaman kepada kepimpinan PerdanaMenteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Walaupun pelbagai cara cuba dilakukan untuk memperkecilkan keupayaan DR dengan meletakkan imej hodoh dan menonjolkan kononnya tiada sokongan tetapi ternyata semakin hari DR semakin mendapat sambutan.

Malah, pada kempen di dua pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar nanti, isu DR dan faktor ‘tentera bersaorangan’ akan menjadi tumpuan utama.

Semalam pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui akar umbi UMNO masih memandang sumbangan-sumbangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah negara.

Apakah pendapat Ku Li tidak  benar? Ku Li sebagai ‘musuh, pesaing dan rakan politik’ Dr Mahathir tidak melontarkan pandangannya untuk mengkritik sesiapa.

Beliau menyatakan pendapatnya dan tahu kedudukan sebenar keadaan di akar umbi.

Dengan kata lain, Ku Li berkata keadaan sebenar di bawah, bukan untuk kalangan pemimpin atasan.

Rakyat tidak boleh menafikan perkara itu, walaupun Dr Mahathir kini dilihat sering mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selain bertindak keluar dari UMNO, demikian pendapat Ku Li.

“Sudah tentu kerana beliau telah berada di sana (memerintah) sejak sekian lama dan selain apa yang beliau telah lakukan, kepimpinannya, dia (Dr Mahathir) juga masih mempunyai pengaruh.

Mengulas dua PRK yang bakal diadakan, Ku Li akui sukar menjangkakan sama ada Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi atau sebaliknya.

“Sukar untuk saya ulas, kerana dia (Dr Mahathir) sering mengejutkan. Dengan semua cadangannya, saya tidak boleh nilaikan situasi atau memberikan cadangan, ia sukar,” katanya lagi.

Ku Li juga tidak menafikan Dr Mahathir seorang yang sedar apa yang dilakukan.

“Dia mempunyai objektif. Jadi, sudah tentu dia akan mempromosikan objektifnya agar tercapai. Dia akan buat yang terbaik,” katanya.

Ujar Ku Li lagi, persoalan sama ada Dr Mahathir menjejaskan UMNO tidak seharusnya timbul memandangkan beliau sudah tidak bersama parti Melayu itu lagi.

“Dia bukan lagi ahli UMNO dan dia sudah meluahkan perasaannya bahawa tiada guna bersama parti yang hanya dipimpin oleh seorang individu. Itulah pendirian dia,” ujar beliau lagi.

Dengan kedudukan di mana akar umbi masih memandang tinggi kepada Dr Mahathir, BN dan UMNO perlulah mencari jalan bagaimana untuk melemahkan kekuatan ‘tentera bersaorangan’ ini sekiranya mahu mempertahankan Njib atau menjamin BN menang pilihan raya.

Mengkritik membuta tuli atau cuba memburukkan imej Dr Mahathir melalui kelemahan masa lalunya tetap sukar diterima oleh rakyat biasa atau akar umbi.

Ini kerana Dr Mahathir tidak terpalit dengan isu yang menjadi persoalan umum sampai ke akar umbi seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang riuh satu dunia.

Tidak pernah pemimpin negara Malaysia sebelum ini berdepan dengan kritikan berterusan oleh media utama dunia separti dalam kes 1MDB ini.

Soal benar atau persepsi semata-mata tidak lagi penting tetapi ‘maruah Malaysia, BN dan UMNO’ sudah tercalar dan kritikan dari luar oleh Dr Mahahir mungkin akan menyebabkan keadaan semakin parah jika tidak ada jalan keluar atau penyelesaian terhadapnya dalam tempoh segera.

Jika rasuah diperkatakan membabitkan diri atau kepimpinan Dr Mahathir, keluarga serta kroninya seperti Tun Daim Zainuddin, ia tidak dapat dibuktikan di mahkamah – sama ada dalam negeri atau luar negara – dan tinggal hanya cakap-cakap semata-mata.

Kalaupun tuduhan ada, ia tidaklah merebak sehingga media, institusi serta pemimpin luar negara bercakap mengenainya sebagai suatu suara tetapi lebih kepada mirip ‘isu terpencil’.

Jadi untuk beberapa ketika akan datang, akar umbi tetap percaya dan memandang tinggi Dr Mahathir.

Persoalannya, bagaimana menghapuskan kepercayaan dan keyakinan sedemikian?

Pada ketika yang sama aka nada serangan dari dalam dan luar oleh media dan institusi asing secara berterusan yang akan menjadikan kemelut politik dan ekonomi negara berterusan.

Sampai bila kepimpinan yang menyokong UMNO dan BN boleh bertahan?

Saturday, May 14, 2016

UJIAN PENTING MENANTI ZAHID DI SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, 18 Jun depan.

PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas penyandangnya iaitu  Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Barisan Nasional memenangi kedua-dua kerusi parlimen berkenaan. Noriah yang memperoleh 18,695 undi menewaskan calon PAS, Mohd Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi.

Manakala Wan Mohd Khair-il Anuar mencatatkan 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi apabila menyingkirkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

Yang nyata, BN sudah menentukan bahawa Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi ‘penyelaras’ bagi Barisan Nasional (BN) untuk keseluruhan pilihanraya berkenaan.

Sebelum ini peranan itu dimainkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk ‘panglima perang’ pula, BN melantik pemimpin negeri – Datuk Seri Noh Omar untuk Parlimen Sungai Besar serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk Kuala Kangsar.

Nama calon yang akan mewakili BN bagi kedua-dua kawasan pula akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Dr Ahmad Zahid berkata di Putrajaya, pihaknya sedang meneliti nama-nama calon yang telah dikemukakan jawankuasa di kedua-dua bahagian dan akan menyenarai pendek sebelum membuat keputusan.

Apapun, ini adalah ujian pertama untuk Dr Ahmad Zahid selepas memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ‘pemangku’ timbalan pengerusi BN dan UMNO.

Ujian ini penting untuk memastikan sejauh mana ‘kebijaksanaan’ Dr Ahmad Zahid dalam mengatur dan menguruskan strategi bagi kemenangan BN.

Selain itu, apakah kali ini gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk dipaparkan di poster, banting dan sebagainya?

Di dua kawasan Parlimen ini tidak akan ada ‘’fitnah’ seperti pada pilihan raya negeri Sarawak?

Juga projek-projek dan peruntukan apa yang akan diumumkan?

Memandangkan dua kawasan Parlimen ini penting untuk moral dan imej BN< apakah apa yang diramalkan oleh Datuk A Kadir Jasin bahawa memandangkan “PRU 2013, BN menang kecil di Sungai Besar dan kemenangan di Kuala Kangsar tidak besar, Mohd Najib “duit itu raja” akan buat apa saja untuk tidak kecewa. Boleh guna Teluk Intan sebagai panduan.”


Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas mesyuarat khas berlangsung hari ini berkata, penamaan calon bagi kedua pilihanraya diadakan pada 5 Jun. Hari pengundian awal akan diadakan pada 14 Jun.

Mohd Hashim berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertuan Dewan Rakyat pada 9 Mei berhubung kekosongan kerusi Parlimen tersebut berikutan penyandangnya telah meninggal dunia.

Berikutan itu, selaras dengan perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka bagi mengisi kekosongan kerusi-kerusi parlimen tersebut.

Pilihan raya kali ini adalah yang kedua diadakan dalam bulan Ramadan di mana pilihan raya pertama berlangsung di Kuala Besut, Terengganu pada 2013.

Mohd Hashim berharap kempen kedua-dua PRK tersebut akan berlangsung dalam keadaan tenang sama ada di pihak penyokong dan calon yang bertanding.

"Oleh kerana PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan, SPR berharap ia akan berlangsung dalam suasana tenang tanpa saling mengeji antara penyokong atau calon.

"Ini bukan kali pertama PRK diadakan pada Ramadan dan kami berharap semua pihak akan turut saling menghormati untuk menjadikan PRK ini berlangsung dengan aman seperti Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini," katanya.

Daftar Pemilih Induk (DPI) bagi Parlimen Sungai Besar yang dikemaskini pada 6 Mei mengandungi 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir luar negara.

Bagi  DPI Parlimen Kuala Kangsar pula ia dikemaskini pada 7 Mei dan melibatkan 32,949 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa, 312 pengundi awal dan lima pemilih tidak hadir luar negara.

"Kos bagi kedua-dua PRK  itu dianggar sebanyak RM2.7  juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini, Jumaat.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi bagi PRK Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan SPR melantik Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria sebagai pengurus pilihan raya.

Bagi PRK Parlimen Sungai Besar pula, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som dilantik sebagai pengurus pilihan raya dan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan dijadikan lokasi penamaan calon serta penjumlahan undi rasmi.

Melihat kepada perkembangan dan minat parti-parti politik, PRK di kedua-dua kawasan Parlimen ini akan sengit, malah dianggap sebagai isyarat untuk Pilihanraya Umum ke-14 akan datang.