Thursday, September 5, 2013

MAAFKANLAH...BUKAN SALAH BESAR JIKA KIBAR SANG SAKA MALAYA?


Kibar Bendera Sang Saka Malaya sebagai perbuatan melawan kemungkaran dalam sistem pilihan raya dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda?

Malah, seseorang melawan kerajaan bolehkah dianggap sebagai hero kerana memperjuangkan prinsip dan melawan kemungkaran kerajaan Barisan Nasional?

Juga kibar Sang Saka Malaysia sebagai kesalahan kecil yang boleh dimaafkan?

Setidak-tidaknya itulah pandangan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi kumpulan ini, mana satukah bendera negara Malaysia yang berdaulat?

Bendera Sang Saka Malaya yang mirip kepada sebuah negara jiran itu atau Jalur Gemilang?

Ironinya ada individu tertentu yang bertindak mengibar bendera berkenaan hanya menunjuk berani di khalayak ramai tetapi mencuri-curi balik ke rumah.

Persoalannya, jika benar-benar berani dan berpendirian, kenapa Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin?

Berani buat berani tanggunglah… Berikutan itu polis terpaksa menahan A Samad yang menyelinap masuk ke rumah pada tengah malam kelmarin.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa polis pada awalnya mengunjungi rumah A Samad pada Selasa malam lalu namun sasterawan negara itu hanya pulang pada tengah malam dengan senyap-senyap.

 Pasukan polis yang sedang menunggu pada masa itu menahan A Samad sebaik beliau pulang, kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, polis sebelum itu telah meminta A Samad menyerah diri tetapi permintaan tersebut tidak dipenuhi.

Mengenai cadangan kerajaan menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada A Samad, PAS menyelar pihak yang mahu tindakan itu dilakukan.

Tuan Ibrahim berkata, tuntutan seperti itu tidak wajar kerana A Samad banyak berjasa dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu walaupun "tidak mesra kerajaan".

"Ketokohan dan keberanian Pak Samad pada usianya yang lanjut untuk melawan kemungkaran dalam sistem pilihanraya melalui BERSIH telah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan generasi muda.

"Di sanubari rakyat, Pak Samad bukan sahaja adalah Sasterawan Negara, malah kini terkenal sebagai hero kerana kekentalannya dalam memperjuangkan prinsipnya dan melawan kemungkaran kerajaan," kata Tuan Ibrahim.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas A Samad, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Tuan Ibrahimmelihat bahawa tindakan kerajaan ke atas pengerusi bersama BERSIH itu sebagai satu usaha untuk mengalih perhatian isu kenaikan harga minyak.

"Tindakan kerajaan salah saja tangkap, salah sikit tangkap, benar-benar menjadikan Malaysia negara polis. Sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh diguna bagi menjernihkan keadaan," katanya.
 

Beliau juga menggesa agar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mengulas mengenai tindakan tersebut, agar mengadakan dialog bersama Pak Samad dan tidak mencemuhnya di media.

Menyokong pandangan Tuan Ibrahim itu, ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Yusapiza Yaacob menyifatkan desakan tersebut sebagai satu "ugutan, tidak bermoral dan zalim" terhadap A Samad yang menabur banyak jasa memartabat sastera negara

Sebelum ini kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang menghina berndera Malaysia dan mengagung-agungkan bendera lain.

Ketua penerangannya Ruslan Kassim dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya itu tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara.

“Sebelum ini kita lihat satu demi satu kesilapan dan kesalahan yang dilakukan tanpa sebarang tindakan tegas diambil.

“Apabila tiada tindakan tegas, seolah-olah ia satu perbuatan yang betul dan akan menjadi idola kepada golongan muda yang tidak faham sejarah dan kenal erti sebuah perjuangan memerdekakan negara,” katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

A Samad pula bagaikan mencabar sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah. Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan,” katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Monday, August 5, 2013

PEMIMPIN PAS TIDAK PERNAH RETI BERSYUKUR, BERTERIMA KASIH...


Sepatutnya ucapan ‘Alhamdulilah’ disebut oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Dr Alias Razak, lebih-lebih lagi pada Ramadan yang mulia ini.

Sebaliknya pemimpin itu terus menyalahkan UMNO-BN dalam soal Dewan Bedah Hospital Setiu yang akan beroperasi.

Sikap pemimpin PAS yang nyata tidak bersyukur jelas ditunjukkan Dr Alias melalui laporan bertajuk ‘10 Tahun Baiki Dewan Bedah! : Umno-BN Tak Pentingkan Kesihatan Rakyat!’.

Dr Alias terus menerus menjadikan UMNO-BN ’TONG SAMPAH’ walaupun sepatutnya pihak lain, termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) yang sepatutnya dipersoalkan.

Oleh kerana Dewan Bedah Hospital Setiu sudah dapat digunakan, sepatutnya Dr Alias mengucapkan terima kasih kepada JKR dan kerajaan yang berusaha mengatasi masalah itu walaupun mengambil masa 10 tahun. 

Ini tidak. Tidak siap UMNO-BN kena belasah dan apabila siap pun UMNO-BN juga kena belasah!

Laporan laman rasmi PAS itu hari ini menyebut: “Setelah sekian lama perkara ini dibangkitkan samada dalam (Sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh wakil (rakyat) PAS atau di luar dewan, 10 tahun baru kerosakan dapat diperbaiki!

“Apakah ini maksud rakyat didahulukan?

Soal kesihatan dan nyawa rakyat pun tidak diberi keutamaan oleh kerajaan Umno/BN.” Begitu mudah membuat andaian dan tuduhan melulu bahawa soal kesihatan dan nyawa rakyat tidak diutamakan oleh kerajaan UMNO/BN.


Selain itu Dr Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal menegaskan, selain soal Dewan Bedah tersebut, terlalu banyak isu-isu yang membabitkan perkhidmatan kesihatan yang belum selesai.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Ir Rosli Othman yang berkata dewan bedah tersebut yang sebelum ini menghadapi pelbagai masalah, kini sudah hampir pulih.

Hospital Setiu yang berharga keseluruhan RM65.8 juta telah dibina pada tahun 2000 dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2003, iaitu sejak Terengganu di bawah pemerintahan PAS lagi.

Pada 2 Ogos 2013 lalu, Ir Rosli mengatakan Dewan Bedah Hospital Setiu yang sebelum ini menghadapi pelbagai masalah, kini sudah hampir pulih setelah dibaiki dan akan dapat digunakan akhir bulan ini.

Menurutnya, kerja-kerja ujian udara dan tahap kelembapan di dalam dewan bedah hospital itu sedang dijalankan manakala di bahagian lain kerja-kerja baik pulih sudahpun selesai.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut perbelanjaan kerja-kerja baik pulih hospital berkenaan yang telah digunakan sejak 10 tahun itu.

Sebelum ini hospital itu dikatakan tidak dapat digunakan kerana mengalami kebocoran, kelengkapan tidak sempurna manakala dewan bedahnya tidak boleh beroperasi. Menurutnya dengan siapnya dewan bedah hospital itu, pesakit tidak perlu lagi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pembedahan yang kecil seperti membuang selaput mata dan sebagainya.

Kumpulan doktor dari HSNZ juga turut ke Hospital Setiu secara berjadual bagi merawat pesakit yang perlu menjalani pembedahan.

"Dengan siapnya nanti hospital itu, kita harap ia akan mengurangkan tekanan terhadap HSNZ, di mana sebelum ini semua pesakit tertumpu ke hospital itu," katanya.


Isu Dewan Bedah Hospital Setiu ini bukan diperkatakan oleh Dr Alias dan pemimpin PAS sahaja, malah pemimpin UMNO Terengganu, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sudah beberapa kali ‘bertelagah’ dengan JKR.

Laporan Bernama pada 1 Mei 2010 menyebut Ahmad Said begitu kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

"Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal... dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun... teruk, rakyat marah kerajaan.

"Bukan sahaja kita rugi daripada segi kos, tapi ia juga melibatkan soal nyawa, pakar bedah pun kecewa sebab tak boleh nak buat kerja," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada HSNZ di Kuala Terengganu.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku, kalau sekali berlaku tak mengapalah, tetapi berulang kali, semua hospital mengalami masalah hampir sama," katanya.

Sehubungan itu beliau berharap JKR yang bertanggungjawab dalam pembinaan dan membaik pulih dewan bedah berkenaan mengambil perhatian dan tindakan segara.

Berikutan kenyataan itu, ada pegawai JKR yang menegur dengan mengatakan pemimpin politik Terengganu jangan cuba tunjuk hero mengenai isu dewan berkenaan.

Amat jelas bahawa isu berkenaan bukan soal UMNO-BN tetapi membabitkan sebuah jabatan yang DIAMANAHKAN oleh kerajaan yang memerintah tetapi menghadapi berdepan masalah yang mereka sahaja mengetahui untuk mengatasinya.

Dan apabila berjaya diatasi, sepatutnya pemimpin PAS seperti Dr Alias ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada JKR – bukan terus menerus menyalahkan UMNO-BN.

Jika 10 tahun masalah ini berlaku, bermakna ia bermula sejak PAS memerintah Terengganu tetapi kenapa ketika itu kerajaan PAS tidak mengambil daya usaha mengatasinya segera? Tidak dalam bidang kuasa kerajaan PAS? Sama jugalah dengan kerajaan negeri pimpinan UMNO-BN yang mengambil alih Terengganu pada 2004. Ia juga tidak mempunyai kuasa kerana yang menggendalikan projek itu ialah JKR.

Ternyata Dr Alias sengaja menimbulkan isu Dewan Bedah Hospital Setiu ini untuk publisiti murah dan menonjolkan kononnya PAS yang memperjuangkan isu ini. Dr Alias menonjolkan dirinya sebagai seorang doktor dan pernah bertugas dengan Jabatan kesihatan untuk ‘mengesahkan’ kritiknya tetapi dia lupa ‘pendedahannya turut mendedahkan kejahilannya terhadap beberapa perkara’ selain menggambarkan sifat beliau yang TIDAK RETI BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH.

Sikap pemimpin PAS yang sanggup menuduh kerajaan negeri bagaikan tidak mendahulukan rakyat dan soal kesihatan serta nyawa rakyat tidak diberikan keutamaan amat dikesali.

Sedangkan laporan media pada 5 Januaru 2010 menyebut, Ahmad Said menyatakan dukacitanya kerana semua operasi pembedahan di Hospital Setiu itu terbantut apabila bumbung dewan bedahnya mengalami kebocoran yang teruk.

Selain bumbung bocor, beberapa bahagian lantai di hospital tersebut mengalami resapan air dan silingnya pula sudah tidak sesuai digunakan.

Ahmad Said dan isteri melawat Hospital Setiu pada Julai 2012.
Keadaan tersebut kerana jika dibiarkan, boleh memberi imej buruk kepada kerajaan negeri. Berikutan itu beliau menggesa semua pihak termasuk pentadbiran hospital, arkitek, Jabatan Kerja Raya dan JKR agar bekerjasama untuk merangka dan membina kemudahan yang selesa bagi mengelak kesukaran kepada rakyat.

Berikutan kemudahan terus tidak dapat digunakan lima bulan kemudian, pada 26 Mei 2010, Menteri Besar, sekali lagi berang dengan syarikat kontraktor yang gagal membaik pulih bumbung dewan bedah hospital berkenaan.

Ahmad Said dengan lantang menyebut bahawa pihak-pihak yang sepatutnya membaiki Dewan Bedah berkenaan telah cuai, tidak bertanggungjawab dan memalukan. Malah beliau mengatakan tidak boleh memaafkan perkara yang berlaku ini apabila ditanya media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu pada hari berkenaan.

Lantas timbul persoalan, siapakah yang wajar dipersalahkan. Apakah kerajaan negeri, UMNO-BN atau pihak Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan dan kontraktor yang sewajarnya dipertanggungjawabkan kerana gagal membaiki bumbung dewan bedah itu dalam tempoh tujuh tahun selepas siap pada 2003.

Bagi pemimpin PAS, mereka menuding orang politik dan parti pemerintah yang menyebabkan kelambatan sebaliknya, apa pula peranan jurutera, arkitek serta doktor pakar dalam mengatasi masalah yang melanda Dewan Bedah ini.

Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar (paling kanan) meneliti dokumen mengenai kerosakan dewan bedah Hospital Setiu.
Mesyuarat Exco Kerajaan Terengganu pada 26 Mei 2010 itu melahirkan rasa terkilan kerana pemimpin politik dan kerajaan negeri dijadikan ‘bakul sampah’ iaitu tempat dipersalahkan oleh pembangkang sedangkan pada mesyuarat bersama Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan negeri pada 13 April pada tahun yang sama, masalah dikenal pasti disebabkan oleh empat perkara.

Ia termasuk reka bentuk bangunan iaitu struktur bumbung dan reka bentuk yang tidak sesuai dan penggunaan kayu tidak berkualiti, atap genting iaitu kekuda kayu tidak dapat menampung beban atap menyebabkannya melendut.

Selain itu masalah juga diakibatkan bumbung konkrit rata yang menyebabkan permukaan tidak rata dan reka bentuk yang menyebabkan berlaku takungan dan resapan air berterusan selain saluran paip air hujan pada cucuran atap atau gutter yang mengakibatkan saluran paip tidak sesuai untuk mengalirkan air semasa hujan lebat.

Kini, masalah sudah diatasi dan banyak pengajaran daripada kes Dewan Bedah Hospital Setiu ini. Namun bagi pembangkang, walaupun sudah siap mereka tetap mempersoalkan pelbagai perkara dan tidak tahu erti berterima kasih kerana Dewan Bedah itu kini tersedia untuk digunakan oleh rakyat.

“Rumah siap, pahat terus berbunyi”, iaitu kata-kata sesuai untuk pemimpin PAS yang terus-terus mengkritik pemimpin UMNO dan Kerajaan Barisan BN negeri dalam isu ini.

Kita berharap rakyat Setiu akan menggunakan sepenuhnya kemudahan ini kerana kerana pesakit tidak perlu lagi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah atau HSNZ di Kuala Terengganu untuk pembedahan yang kecil seperti membuang selaput mata dan sebagainya.

Yang penting, bukan sahaja rakyat di Setiu akan mendapat kemudahan kesihatan di hospital ini tetapi akan turut mengurangkan tekanan terhadap HSNZ, di mana sebelum ini semua pesakit tertumpu ke hospital berkenaan.

Nota - Sebahagian bahan sudah disiarkan melalui Bicara Terengganukita, TRG Fm 5 Ogos 2013, jam 1.30 tengahari.

Saturday, August 3, 2013

TIBA WAKTU ANWAR AKAN 'DILONDEHKAN' OLEH NALLAKARUPPAN DI MAHKAMAH


Untuk kenalan lama, Saudara Anwar Ibrahim yang pernah dibantu ramai rakan-rakan setianya, termasuk saya sekitar 1980-an.

Sebelum ini kamu mungkin berasa selamat dan dapat meloloskan diri selain berjaya menyekat ‘banyak perkara’ dilondehkan mengenai kamu di mahkamah.

Kamu lega seketika kerana Mahkamah Rayuan pada 21 Januari lalu berpendirian, tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Datuk S. Nallakaruppan adalah betul.

Ini selepas dia dikatakan gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap kamu.

Pada 19 Jun tahun lalu, Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak pembelaan Nalla turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos kepada kamu yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Kamu telah memohon agar pembelaan Nalla dibatalkan setelah bekas rakan permainan tenis kamu itu gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaan terhadapnya.

Namun, tidak lama lagi dan kali ini akan bertemu buku dengan ruas.

Tunggu kamu Anwar…Nalla akan bercerita panjang mengenai kamu di mahkamah.


Semalam, Peguam Nalla, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.

Pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam, Muhammad Shafee, berkata anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk ‘menceritakan kisahnya’ di mahkamah.

Biarpun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan, namun kamu Anwar kali ini tidak akan dapat berdolak-dalih lagi untuk menyekat Nalla – rakan ‘sepermainan tenis’ dan kemungkinan ‘permainan-permainan lain’ yang kamu dan Nalla sahaja ketahuinya.

Perkara penting yang menjadi tumpuan pastinya berhubung dakwaan Nalla dalam satu majlis bahawa kamu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Nalla mendakwa kamu mengambil wang itu daripada tangannya (Nalla) sendiri.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nalla mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya dalam satu majlis bahawa kamu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Butiran itu dimohon oleh kamu dalam saman terhadap Nalla bagi menuntut ganti rugi RM50 juta. Ia berikutan penerbitan artikel bertajuk ‘Anwar Terima RM60 juta’ yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, lima tahun lalu.

Dalam laporan itu, Nallakaruppan didakwa menyatakan: “Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri" ketika berucap dalam satu majlis anjuran Pemuda UMNO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008.

Kamu Anwar mendakwa Nalla membuat tuduhan palsu berhubung penerimaan wang tersebut manakala Nalla dalam kenyataan pembelaannya pula mendakwa kau memang menerima wang itu daripada orang tengah.

Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.

Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.

Berikutan itu Nalla terpaksa memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh kamu.

Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.

Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.

Sebenarnya aku sendiri ada satu cerita mengenai kamu berkaitan wang dari Genting Berhad ketika kamu menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pertanian ketika itu

Aku yakin perkara ini disorokkan daripada pengetahuan Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun ia tidak perlu didedahkan lagi kerana ‘orang yang benar-benar tahu mengenai perkara ini’ sudah meninggalkan kita, rakan rapat – Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Monday, July 22, 2013

PAS GALAKKAN POLITIK ADU DOMBA, FITNAH PADA RAMADAN YANG MULIA


“Benarkan Mohd Abiah penyokong kuat Idris? Mungkin Idris boleh menjawabnya namun adalah sesuatu yang tidak logic mengatakan orang ini sebagai penyokong kuat Idris kerana jika penyokong kuat, kenapa dia meninggalkan Idris yang berjuang untuk memenangkan Kuala Besut dengan majority 4,000 undi kepada Barisan Nasional (BN)?”

Hari ini Ramadan Hari ke 13.

Laman rasmi PAS menyiarkan sebuah berita bertajuk ‘Masanya Untuk Rakyat Kuala Besut Ajar Mad Said’

Laporan itu menyebut, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung pada 24 Julai ini merupakan peluang terbaik bagi orang Umno khususnya penyokong Datuk Seri Idris Jusoh di Besut untuk ‘mengajar’ Datuk Seri Ahmad Said.

Memetik kononnya salah seorang penyokong kuat Idris, Mohd Abiah Awang dilaporkan berkata orang Umno di Besut masih ingat apa yang Ahmad Said buat pada 2008 sehingga Idris diketepikan dari menjawat jawatan Menteri Besar untuk penggal berikutnya.

“Orang sini ingat lagi, kita berlarok (konvoi) pergi ke Kuala Terengganu, pergi Putrajaya, pergi lapangan terbang, usung (bawa) sepanduk, rayu supaya Datuk Deris (Idris) kekal jadi MB. Tapi Mad Said (Ahmad Said) buat apa? Parut (luka) dalam hati ini belum sembuh lagi ni. Kita ingat apa dia buat.” 

Beliau mengemukakan pertanyaan itu ketika berceramah di pentas PAS di Kampung Seberang Barat malam semalam. 

Lantas kita tertanya-tanya, apakah lama rasmi PAS yang mendakwa ia parti Islam tetap bermain isu yang bersifat adu-domba? Apakah politik adu domba ini sebagai budaya yang digalakkan oleh Islam?

Persoalan kedua, benarkan Mohd Abiah penyokong kuat Idris? Mungkin Idris boleh menjawabnya namun adalah sesuatu yang tidak logic mengatakan orang ini sebagai penyokong kuat Idris kerana jika penyokong kuat, kenapa dia meninggalkan Idris yang berjuang untuk memenangkan Kuala Besut dengan majoritI 4,000 undi kepada Barisan Nasional (BN)?

Mohd Abiah menyeru pengundi Kuala Besut khususnya penyokong Idris Jusoh tidak harus menggadai perinsip perjuangan mereka dan harus mengembalikan maruah orang Kuala Besut yang telah dicalar oleh Ahmad Said sebelum ini.

Dulu Mad Said baru jadi MB, nak datang sini kena ada polis iring dia, sekali dengan ‘body guard’. Sekarang ini dia boleh datang lenggang sahaja macam dia dah lupa apa dia pernah buat kat kita. Kita kena berani tuntut kuasa kita. Inilah masanya. Kali ini kita pakat pangkah PAS belaka. Jangan malukan orang Kuala Besut. Biar berani gak kita,” katanya lagi.

Amat nyata Mohd Abiah ini sama sahaja dengan perangai dan langkah calon yang diketengahkan PAS, Endut@Azlan bin Yusof yang meninggalkan UMNO untuk dapatkan tempat dalam PAS.

Jika calon PAS, seorang usahawan dapat menjadi calon kerana kedudukan kewangannya, bagi Mohd Abiah, gara-gara kerana menghentam Ahmad Said dan ‘membela Idris’, dia dapat berceramah di pentas PAS (kononnya orang penting) tetapi kita yakin hanya untuk tempoh PRK ini sahaja.

Selepas ini dia akan dilupakan dan akan menyesal dengan perbuatan adu dombanya itu, selain sedikit sebanyak menjejaskan imej Idris kerana seolah-olah isu pelantikan Menteri Besar Terengganu terus menghantui Idris.

Malah jika dia insaf, dia wajar meminta maaf kepada Ahmad Said dan Idris sekali kerana ‘kenyataan politik bersifat adu domba’

Sedangkan hakikatnya kini Idris sudah menjadi Menteri dan pelantikan Ahmad Said bukan kerana ADUN Kijal itu ‘menikam belakang’ sebaliknya dipilih oleh Sultan Terengganu.

Amat nyata laman ini turut memainkan peranan untuk terus mempertikaikan perlantikan Menteri Besar yang dibuat oleh Sultan Terengganu pada 2008. Apa tujuan Mohd Abiah melakukan ini? Apakah Mohd Abiah ini bukan rakyat Terengganu dan bernaung di bawah kuasa Tuanku Mizan? Apa tujuan pemimpin PAS membenarkan kenyataan seperti ini disiarkan?


Pemimpin PAS dan Mohd Abiah jangan bermain api dengan keputusan Sultan Terengganu yang dijamin Perlembagaan Negeri. Perbuatan mempertikai keputusan yang dibuat berlandaskan perlembagaan adalah perbuatan khianat dan menentang perlembagaan.

Lebih malang, politik adu domba dan pembohongan ini dibuat pada Ramadan.

Mengenai apa yang dilakukan oleh Ahmad Said terhadap Idris, apakah Mohd Abiah ada bukti nyata dan tidak bersifat pertubuhan tanpa bukti yang menjurus kepada FITNAH?

Jika tuduhan tanpa bukti yang boleh menbawa kepada FITNAH, apakah PAS terus membenarkan politik seperti ini? 

Apakah PAS terus menggalakkan politik FITNAH PADA BULAN MULIA INI dan pemimpinya yang berjubah dan berketayap hanya berselindung di sebalik pakaian untuk terus membuat dosa?

Rakyat Kuala Besut sewajarnya sedar dan insaf bahawa politik ADU DOMBA DAN FITNAH membahayakan umat Islam.

Ia menggugat keamanan dan keharmonian seluruh penduduk di dalam DUN berkenaan.

Fikir, fikirkan dan tolaklah politik PAS yang boleh menyebabkan perpecahan umat Melayu dan Islam.