Sunday, March 4, 2012

KEMELUT PAS KEDAH BELUM SELESAI WALAUPUN DENGAN KEHADIRAN ABDUL HADI?


(TERBARU) Presiden PAS Abdul Hadi sudah pulang dari luar negara dan turut menghadiri perbincangan bagi menyelesaikan isu kemelut di Kedah.

Persoalannya, apakah benar-benar sudah selesai atau masih ada perkara yang belum beres? Jelas PAS Pusat tidak dapat membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu di Kedah selepas mesyuarat mulai pukul 9 malam semalam ditangguh kira-kira pukul 12 tengah malam.

Sinar Harian Online menyebut memetik Salahuddin, krisis sudah selesai dan Utusan Malaysia Online pula  menyebut, "PAS Pusat masih belum dapat membuat keputusan muktamad bagi menyelesaikan krisis dalaman parti itu di negeri ini selepas mesyuarat mulai pukul 9 malam semalam ditangguh kira-kira pukul 12 tengah malam."

Soalnya, kenapa mahu tungguh sehingga pagi atau tengah hari ini mahu dimaklumkan? Selalunya kalau menangguh pengumuman itu pasti ada masalah. Kalau selesai kenapa tidak boleh mengumumkannya?

PAS sudah tentu tidak mahu ada spekulasi berbagai dan jika benar kemelut selesai kenapa mahu ambil masa sampai setengah hari mahu umumkannya? Perlukan proses tolak ansur lagi?

Apakah PAS Pusat mematuhi Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah yang mahu mana-mana pemimpin yang seleweng perlu diganti?

Pendirian itu dikeluarkan menjelang pertemuan antara ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Kedah di Alor Setar malam semalam.

Dalam kenyataan bersama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah menegaskan, pihaknya sama sekali tidak akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

“Dewan Ulama PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan kerajaan PAS negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia,” kata kenyataan itu.

Persoalannya siapa menyeleweng?

Rasanya untuk menutup keaiban dan menyatakan kemelut ini selesai, PAS Pusat akan mengatakan isu menyeleweng tidak timbul.

Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub berkata, pihak yang bertelagah iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi  (gambar kanan) telah mengemukakan pandangan dan hujah masing masing berhubung isu yang timbul.

Akhirnya, SIAPA YANG MENANG?

Phahrolrazi  yang  tiba pada pukul 8.50 malam dan ketika disapa media dan ditanya harapannya, beliau berkata: ''Saya yakin boleh menang.''

Azizan pula  tiba 30 minit kemudian dan Abdul Hadi terakhir memasuki Seri Mentaloon kira kira pukul 9.50 malam sebelum pintu pagar ditutup petugas keselamatan.

Boleh menang apa? Pecat Azizan?

Jika pertemuan semalam juga tiada kata putus alamatnya adalah yang akan terkorban atau dikorbankan.

Pastinya PAS mahu melakukannya bagai ‘menarik rambut dalam tepung…” tetapi songkok atau kopiah siapa akan terbang.

Sebelum ini pada mesyuarat di Ibu pejabat Parti malam kelmarin, ketiadaan Abdul Hadi mendapat reaksi dan pertanyaan serius daripada blogger Anuarisme, Mohd Sayuti Omar melalui blognya:

Saya tidak faham sepenting mana forum itu perlu dihadiri Abdul Hadi (Presiden PAS) berbanding pulang untuk melihat kemelut PAS Kedah yang agak mencemaskan.

Apakah beliau mempunyai ilmu makrifah yang bleh memantau perkembangan parti dari luar negara? Menyelesaikan masalah parti secara spritual, misalnya berdoa di kejauhan? 

Sayuti atau MSO yang dikenali rapat dengan Anwar dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempersoalkan ketiadaan Abdul Hadi dalam negera ketika Jawatakuasa Kerja PAS Pusat membincangkankemelut politik di Kedah.

Khabarnya Hadi berada di Vienna Australia kerana menghadiri forum dunia. Timbalan Presiden Mohd Sabu mempengerusikan mesyuarat itu dan gagal menyelesaikan kemelut hinggalah dibawa ke mesyuarat malam kelmarin.

Semalam, Jawatankuasa PAS Pusat yang turut disertai Abdul hadi meneruskan perbincangan bagi mendapatkan jalan penyelesaian muktamad dalam tempoh terdekat.

Namun jelas kemelut itu masih samar penyelesaiannya walaupun dengan kehadiran Abdul Hadi.

Keputusannya dikatakan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pagi atau tengah hari ini.

Pengumuman mengenainya sama ada akan di buat di sini (Alor Setar) atau di Kuala Lumpur," kata Salehuddin kepada pemberita selePAS mesyuarat dihentikan seketika di Kediaman Rasmi Menteri Besar Seri Mentaloon di Alor Setar tengah malam semalam.

Banyak persoalan sebenarnya apabila pertemuan tertutup yang turut dihadiri Presiden PAS itu dan beberapa ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang merupakan kali kedua bagi membincangkan isu tersebut selepas mesyuarat khas PAS di Kuala Lumpur kelmarin nampak gayanya sukar mencari jalan penyelesaian.


Pertemuan itu dikawal ketat apabila beberapa petugas keselamatan menyaring kemasukan semua individu di pintu pagar Seri Mentaloon Alor Setar itu.

GURU TERPAKSA BERPURA-PURA SOKONG BARISAN NASIONAL?

Di Terengganu, guru menerima laptop daripada Kerajaan Negeri untuk membantu mempertingkatkan mutu pengajaran. Apakah pemberian ini RASUAH dan untuk menagih sokongan kepada BN?

Benarkah warga pendidik di negara ini ‘dipaksa’ atau ‘terpaksa berbohong’ menyokong Barisan Nasional (BN)?

Apakah sikap ‘bohong paksa’ ini menjadi amalan harian warga pendidik di negara ini?

Sebuah blog menyokong pembangkang mengatakan warga pendidik melakukan perbuatan berbohong bimbang dikenakan tindakan disiplin.

Apakah begitu kejam kerajaan BN hingga terpaksa melakukan sedemikian?

Benarkah kalau tidak sokong kerajaan akan dihantar mengajar di Sabah?

Atau apakah blog ini sengaja mahu menjatuhkan maruah warga pendidik yang ikhlas berbakti dan berterima kasih kepada kerajaan dengan mengatakan seperti ini?

Ramaikah warga pendidik yang mengamalkan SIKAP DAN AMALAN BERBOHONG  dan sebaliknya di sekolah mengajar anak-anak kita supaya TIDAK BERBOHONG.

Kata blog berkenaan, apabila ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat.

Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Baca seterusnya...

Saturday, March 3, 2012

ANWAR PENGECUT...PENTINGKAN DIRI, MASA DEPAN POLITIKNYA SEMATA-MATA!


Apakah Anwar masih diharapkan menjadi Perdana Menteri oleh Israel selepas pilihan raya umum ke 13 apabila pernah meramalkan demikian selepas PRU ke 12 2008 lalu?

Manusia penakut, PENGECUT dan tidak mempunyai pendirian seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika diserahkan kuasa dan jawatan itu kepadanya bukan sahaja negara tergadai tetapi nasib semua bangsa tidak akan diketahui hujung pangkalnya.

Tawarlah buku apa pun…Buku Jingga atau apa tetapi jika tidak berani berdepan dengan ‘kenyataan dan hakikat sebenar’, jangan banyak cakaplah.

Cakap berdegar-degar di Malaysia tetapi di luar negara langsung tidak berani buka mulut khususnya dalam isu Palestin.

Lebih malang menyatakan sokongannya kepada  ‘keselamatan untuk negara Yahudi’ pulak tu!


Berani Anwar nak kecam mana-mana Perdana Menteri Isreal seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri pada 1990an?

Saya mula mengikuti ucapan Dr Mahathir Mohamad mengenai Palestin sejak 1983 tetapi lebih jelas ketika meliputi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (sebelum ini dikenali sebagai Pertubuhan Persidangan Islam) ke 5 di Kuwait City antara 26 dan 39 Januari 1987 untuk Berita Harian.

Sejak itu pendirian Dr Mahathir tidak pernah berubah dan paling hebat ialah pada 2003 ketika Sidang Kemuncak OIC ke 10 di Putrajaya pada 16 Oktober hingga 17 Oktober 2003.

Dr Mahathir membuktikan beliau bukan jenis bimbang dengan ancaman apabila mendapat kecaman dunia, termasuk oleh Amerika Syarikat dan sekutunya melalui ucapannya pada Sidang Kemuncak OIC di Putrajaya pada 2003.

Saya melaporkan persidangan ini mewakili Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan juga untuk Berita RTM.

Ucapan Dr Mahathir pada sidang 16 Oktober 2003 begitu keras dengan  menegaskan bahawa Yahudi menguasai dunia:

 "Mereka mencipta sosialisme, komunisme, hak asasi manusia dan demokrasi , sehingga menganiaya mereka akan tampak menjadi salah, sehingga mereka dapat menikmati hak yang sama dengan orang lain. Dengan ini mereka telah menguasai negara-negara yang paling kuat dan mereka, masyarakat kecil ini, telah menjadi kekuatan dunia...Orang-orang Eropah membunuh enam juta orang Yahudi keluar daripada 12 juta, tetapi hari ini orang-orang Yahudi menguasai dunia melalui wakil. Mereka membuat orang lain untuk berjuang dan mati untuk mereka".

Ucapannya itu diterima dengan sangat baik oleh para delegasi, termasuk beberapa negara Islam, kecuali juga beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Sebaliknya reaksi antarabangsa melihatnya “...dengan jijik dan cemuhan.” Kementerian Luar Negeara Amerika Syarikat dan menteri luar negeri Itali, mewakili Kesatuan Eropah, menyebut bahawa insiden ini merupakan "satu serangan serius".


Malah akhbar-akhbar Amerika Syarikat turut mengecam Dr Mahathir dan menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai Antisemitisme (lihat sini dan sini).


 Jadi kalau melihat kepada tiga surat yang didedahkan kelmarin ada pihak mengatakan Dr Mahathir berninat untuk mewujudkan hubungan diplomatik atau berbaik-baik dengan Yahudi, ia meleset sekali.

Pemimpin pembangkang, khususnya dari PKR dan PAS hanya mahu mempertahankan Anwar yang sudah membuka belangnya. ‘Bangkai gajah tidak boleh ditutup lagi...’

Anwar sudah menyebut apa yang ada dalam hati dan perasaannya. Tuhan tunjukkan itulah sebenarnya kata hati dan jiwanya.

Anwar memikirkan soal keselamatan negara Yahudi dan rakyatnya sebagai yang terpenting dan kemudian baru rakyat Palestin, sedangkan Dr Mahathir memikirkan masalah rakyat Palestin sebagai yang maha penting dan kemudian daripada itu baru mempertimbangkan kemungkinan akan mengadakan hubungan dengan negara Israel.

Kelmarin, akhbar Israel dalam mengulas surat Dr Mahahir mengatakan bekas Perdana Menteri itu menghormati Yitzhak Rabin tetapi tidak percaya kepada Benjamin Netanyahu dan mengharapkan Ehud Barak untuk membawa perubahan. Akhbar Israel (Haaretz) dalam mengulas surat Dr Mahahir kelmarin mengatakan "Perdana Menteri menghormati Yitzhak Rabin tetapi tidak percaya kepada Benjamin Netanyahu dan mengharapkan Ehud Barak untuk membawa perubahan".

Teliti surat-surat Dr Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel itu:

1. Surat kepada Rabin : “Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai. Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu…Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

2. Surat keras kepada Netanyahu: “Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan… Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang…Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.”

3. Dengan Barak pula Dr Mahathir berkata: “Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian. Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Namun diakui oleh akhbar Israel itu bahawa dalam usaha untuk memujuk Israel melalui dialog tidak akan pernah berjaya.
  Jelas sekali faktor penting di sini ialah ‘Yahudi akan tetap Yahudi’.

Selain itu, apa yang dikatakan Anwar dan pembangkang bahawa Dr Mahathir tidak konsisten tidak benar sama sekali.

 Dr Mahathir dengan jelas mengenai pendiriannya apabila akhbar berkenaan memetik kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman: “…the former prime minister Mahathir Bin Mohamad had never expressed support for Israel or readiness to establish diplomatic relations with it. Malaysia's readiness to consider establishing relations with Israel is also contingent upon Israel's implementation of all the requirements as stated in the relevant United Nations Security Council Resolutions, including Palestine's submission to become a full member of the UN on the basis of the 4 June 1967 borders, with Al-Quds Al-Sharif (East Jerusalem) as its capital."




Ayatnya ialah CONSIDER bukan akan atau bersetuju.

Tidak seperti Anwar yang terus mengatakan menyokong. Bandingkan dengan kenyataan Anwar berikut:

Kerana kenyataan itu akhbar Israel gembira dengan sokongan Anwar berkenaan.


Sebaliknya, Dr Mahathir menggunakan cara diplomasi dan tekanan sambil berani menyatakan pendirian tegas beliau walaupun tahu Israel sebuah negara yang disokong banyak kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis dan negara-negara Arab sendiri yang ada hubungan diplomatic dengan Isreal.

Namun apakah Malaysia merudum ekonominya kerana menentang penubuhan negara Yahudi itu?

Lupakah kita bagaimana Malaysia menjadi negara ‘harimau Asia; selama 10 tahun pada 1990an sebelum kita turut terjejas dengan masalah ekonomi apabila seluruh dunia diserang kegawatan.

Apakah kuasa besar menyekat kita dengan pendirian Dr Mahathir itu?

Apakah kita terpaksa membongkak kepada kuasa besar dan institusi kewangan dunia untuk meminta bantuan?

Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri memang tidak mempelajari apa yang bosnya lakukan dan benar sekali cakap-cakap bahawa beliau lebih ‘sibuk dengan perkara peribadi’ ketika menjawat jawatan itu.

Jadi apabila Anwar berbaik-baik dengan Yahudi di Amerika Syarikat mungkin untuk kepentingan diri dan masa depan politiknya, sudah pasti beliau  tidak akan berani memperkatakan yang sebenarnya dalam isu penubuhan negara Palestin.

Apakah dengan berbaik-baik itu Anwar kira beliau boleh memujuk pemimpin Israel

Pooraaah...Yahudi Tetap Yahudi dan mungkin kerana itu Anwar terpaksa tunduk kepada Yahudi!

Friday, March 2, 2012

SOKONG YAHUDI - ANWAR SEMAKIN MENGKHIANTI ALLAH, RASULULLAH & ISLAM?


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar kantoi lagi.

Pengkhiantannya kepada RAKYAT PALESTIN semakin jelas!



Apakah Anwar kini semakin terserlah mengkhianati  Allah, Rasul dan Islam (mengambil kata-kata Pengerusi Pentadbirasn Yayasan Al Qurds Malaysia , Nasharuddin Mohd Isa) apabila kenyataannya sebelum ini kononnya Hamas sudah difahami dengan kenyataannya 'menyokong negara Yahudi' sebenarnya tidak berlaku?
 
   

Semalam, Hamas menafikan pihaknya menyokong penubuhan negara Yahudi sambil menempelak Anwar'berbohong' dalam perkara ini.

Anwar cuba mempergunakan gerakan menuntut kemerdekaan Palestin, Hamas untuk menyokongnya dalam isu kenyataannya menyokong penubuhan negara Yahudi. 

Namun ternyata Hamas tidak berpendirian seperti Anwar. Amat jelas pendirian mengatakan Hamas memahami penjelasannya tersasar jauh.

Semalam Hamas secara rami menafikan pendirian pertubuhan itu selari dengan yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

Kenyataan itu adalah tamparan hebat kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Apakah makna kenyataan ini?

 

 Laporan NST hari ini mengenai kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook.

 Apakah Dr Mousa tidak sealiran dengan Khalid Mashal?

Tidak mungkin sama sekali. Kata Dr Mousa : "Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Malah menurutnya, kewujudan negara Yahudi itu menyebabkan campur tangan dan mengancam keselamatan dan kesucian Masjid al-Aqsa.

“Ketamakan Israel tidak akan berhenti, Ia akan diteruskan untuk memperluaskan wilayah taklukannya di bumi Palestin dan Hamas akan meneruskan perjuangan suci membebaskan Palestin,” tegas Dr Mousa.
 
Amat jelas pendirian Anwar itu bertentangan dengan hasrat dan pendirian umat Islam seluruh dunia dan pemimpin pembangkang itu mengkhianati Islam!

.