Wednesday, August 25, 2010

YANG DITUNGGU DAH TIBA...RM500 UNTUK RAYA

Rakyat DiDahulukan...benar sekali moto kerajaan Barisan Nasional.

Amat wajar dan sesuai jika Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan.

"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya.

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, pula berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Ha..macam ni baru betul. Orang beri kita ambil dan terima kasih. CUEPACS bukan sahaja tunjuk sifat rakyat Malaysia yang tahu berterima kasih tetapi dengan mewakili satu juta lebih pekerja, ia menggambar semangat 1Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

Tuesday, August 24, 2010

HIDUNG TAK MANCUNG, SERBAN TERSORONG-SORONG...

Doakahlah supaya Karpal, Kit Siang, Anwar boleh terima Hudud. Kalau tidak, baik fikir dua kali...

Daripada http://kijang-jantan.blogspot.com

Mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak letak muka...

Ha...peluk, puji dan pujilah pemimpin DAP kononnya faham Islam dan boleh jadi rakan pemerintahan Islam.

Nik Aziz ni bagai tak reti-reti dan sesuai dengan pepatah ‘hidung tak mancung tapi serban tersorong-sorong’.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, semalam menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan itu bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata:

"PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."

Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Wahai ‘Tok Guru’, suara Nik Nazmi tu suara siapa? Suara Anwarlah tu (Anwar Ibrahim, Penasihat PKR) yang dok ikut sembahyang di belakang ‘Tok Guru’ tu....

DOA UNTUK GUAN ENG – RAMAI TAK BOLEH TIDUR MALAM

Di pihak pembangkang dan kerajaan negeri pula, tiba-tiba sahaja pakatan pembangkang Pulau Pinang mengadakan sidang tergempar Takut dengan siasatan dan bimbang polis akan bertindak?

"Ya Allah,Ya Tuhanku,Kau selamatkanlah pemimpin kami Yab Tuan Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang"

Inilah doanya Zakaria Ahmad (gambar kanan) yang menyebabkan pakatan pembangkang Pulau Pinang makin gementar.

Siasatan bermula bila-bila masa sahaja.

Semua tak nyenyak tidur. Ketua Menterinya, Exco yang menjaga Agama Islam, khatib dan sesiapa juga yang terbabit dengan doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah semakin resah.

Apa tidaknya, Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat itu

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu iaitu yang pertama dibuat di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.

"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kelmarin.

Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

"Pihak polis berharap siasatan terhadap isu tersebut akan dapat selesaikan minggu depan dan beberapa personaliti yang terlibat dengan kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pertama dipercayai berlaku pada bulan Jun di Masjid Jamek Padang Menora, sewaktu khutbah sembahyang Jumaat oleh seorang Khatib jemputan.

Hari ini pula, khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini, dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, berkata Zakaria Ahmad akan membuat penjelasan itu kepada barisan panel termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan MAIPP.

Zakaria juga telah membuat pengakuan beliau yang membaca doa yang disebut itu dan bagi pihak kami pula akan mendengar penjelasannya esok," katanya.

Zakaria mengakui tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dalam doanya pada khutbah berkenaan.

Beliau memberi alasan bahawa beliau mendoakan kesejahteraan semua pemimpin dalam khutbah kedua solat Jumaat itu, termasuklah Yang di-Pertuan Agong.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, yang juga pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat di negeri itu, tidak akan menghadiri sesi tersebut kerana mempunyai urusan lain.

Sesi penjelasan itu akan diadakan 2.30 petang di Pejabat JHEAIPP di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang terletak di Lebuh Pantai.

Di pihak pembangkang dan kerajaan negeri pula, tiba-tiba sahaja pakatan pembangkang Pulau Pinang mengadakan sidang tergempar Ahad (22 Ogos 2010). Takut polis akan bertindak?

Untuk apa sidang diadakan?

Ia untuk menyatakan lafaz ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu ia untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Ada lagi lapan perkara yang diluluskan pada mesyuarat tergempar itu (KLIK SINI).

Ini sesuatu yang mengejutkan kerana ia diadakan pada ketika ada masjid mendoakan Lim Guang Eng menggantikan doa dan lafaz taat setia untuk Yang di-PertuanAgong sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh biro komunikasi ibu pejabat PKR, mesyuarat tergempar diadakan berikutan isu “Guan Eng gantikan Agong” yang digembar-gemburkan oleh Umno dan media massa. Menurutnya, permainan politik oleh Umno adalah begitu karut kerana hanya orang tidak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama Yang DiPertuan Agong dengan nama lain.

Saksikanlah sendiri, dua buat hal, UMNO pula yang kena belasah.

Menghairankan orang Islam yang menyokong pakatan pembangkang ini tidak sedarkan bahawa kerajaan Pulau Pinang itu sedang menjahanamkan Islam dengan memecahbelahkan ummah dan menikam Islam dengan jarum halusnya?

Sunday, August 22, 2010

ISU KHUTBAH DOAKAN GUAN ENG – JANGAN SETAKAT SIASAT...

Utusan Malaysia dituduh membuat fitnah...

Jangan jatuhkan imej polis ke tahap badan siasatan sahaja.

Bertindaklah jika sudah ada bukti. Polis boleh bertindak banyak cara. Cara mencegah, membendung dan menghapuskan sebarang ‘kejahatan’ atau perkara yang boleh menyebabkan ketidaksabilan politik dan negara.

Apa buktinya?

Dalam doa khutbah keduanya, khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".

Namun Zakaria tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Berikutan itu, Pemuda UMNO Bahagian Bagan semalam membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib Zakaria Ahmad itu.

Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang.

Menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam bukan perkara kecil. Ia adalah perkara besar yang wajar diambil tindakan tegas.

Jangan sampai orang Melayu dan Islam marah. Siapa juga yang melakukannya patut dihukum.
Sebelum, ini penghinaan terhadap Permaisuri Yang di-Pertuan Agong berlaku di Selangor.

Kini penghinaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong turut berlaku di negeri yang diperintah pembangkang yang diterajui DAP – Pulau Pinang.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri berkata, pihak terbabit yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sepatutnya mengikut peraturan sedia ada.

Memang kenyataan dan pendirian Najib ini perlu disokong. Jadi polis tidak boleh menangguh atau berlengah lagi. Ini arahan Perdana Menteri Malaysia.

Kata Najib selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di Pekan semalam: "Saya minta perkara ini disiasat sepenuhnya, siapa yang melakukan perkara ini, sebab peraturan membaca khutbah itu mesti ditentukan majlis agama dan kita tidak ada kebenaran untuk membaca skrip kita sendiri."

Isu ini didedahkan Khamis lalu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.

"Jelas sekali apa yang dilakukan itu bertentangan dengan peraturan majlis agama Islam dan perkara ini perlulah disiasat oleh pihak berkuasa dan diambil apa-apa tindakan yang sepatutnya mengikut peraturan sedia ada," kata Najib.

Hakikatnya, pihak yang didakwa tidak boleh mengelak lagi.

Selain bukti seperti saya paparkan dalam entri saya sebalum ini (klik sini) kerana UMNO mempunyai bukti berupa saksi yang mendengar khatib berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menyampaikan khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menegur Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat seolah-olah taksub dengan Guan Eng sehingga membelakangkan isu agama dan bangsa.

“Malik dilihat sangat mengagungkan Guan Eng sehingga apa yang dibuat oleh Ketua Menteri itu semuanya betul padanya walaupun ia bertentangan dengan Islam dan ia terbukti dengan isu ini, masih nak pertahankan lagi. Gerai dan rumah kaum Melayu diroboh, sikit pun tidak ada apa-apa tindakan daripada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (PR) ini,” katanya.

Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail (gambar kanan) berkata perkara ini bukan berlaku baru-baru ini tetapi kira-kira dua hingga tiga bulan lalu apabila Guan Eng disebut dalam bacaan khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong.

Katanya, beliau yang ketika itu berada dalam masjid agak terkejut tetapi berkata khatib yang membaca khutbah mungkin khatib jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan.

“Saya tidak tahu hukum hakam fatwa mengenai nama orang bukan Islam disebut dalam khutbah ini, tetapi bagi saya membelakangkan ketua agama negeri adalah salah dan dianggap tidak patut,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Ada pihak yang kata khutbah itu disalahertikan... disalah lapor. Jadi, kita hendak tahu fakta sebenar," kata Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong selepas majlis rahmat Ramadan dan berbuka puasa Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, Kluang semalam.

Hishammuddin juga menegaskan, sebarang isu berkenaan kaum dan agama perlu disiasat dan dikaji dengan teliti supaya tidak menimbulkan kemarahan yang mendalam.

"Kalau dulu, isu yang digembar-gemburkan adalah berkisar kepada perkauman. Sekarang ini sudah menular kepada keagamaan pulak. Kalau khutbah Jumaat pun boleh jadi polemik agama, saya memang cukup tidak puas hati tetapi sebelum tuduh mana-mana pihak, biarlah kita kaji baik-baik. Kalau tak boleh dikawal, ralat kemudian sudah terlewat," katanya.

Kenyataan Hishamuddin itu jelas membuktikan siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

Kita berharap siasatan tidak lama dan tindakan juga pada kadar yang segera.

Ia bukan sekadar ‘mengajar’ mereka yang melakukan kesilapan seperti ini tetapi sebagai amaran keras bahawa Islam jangan dicemari dan institusi Yang di-Pertuan Agong tidak dipermain atau dihina sedemikian rupa!