Monday, February 20, 2012

GANGGU PEMBANGKANG - JANGAN SAMPAI ADA YANG DIBUNUH ATAU TERBUNUH...


Polis bertindaklah segera!

Kita amat yakin polis kita mampu mengenalpasti suspek yang cuba menganggu ceramah dan merosakkan kenderaan pembangkang.

Kalau terkena kepada pamerintah mungkin akan ada tuduhan ini sandiwara atau sengaja dibuat-buat!

Lebih jauh, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kini dicabar dengan kata-kata: "Adakah polis membenarkan kejadian seperti itu semata-mata untuk melindungi masa depan politik Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di kawasannya Sembrong? Jika tidak, mengapa tidak mereka menghentikannya, atau mengapa tiada tangkapan dibuat? (Soalan ialah apakah tangkapan oleh polis macam tangkap ayam direban?)

Kita tidak mahu kerana hal-hal seperti ini akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) disalahkan. Yang bersalah dakwa sahaja. Jangan kita dia dari mana, UMNO atau komponen BN.

Apa yang cuba digambarkan pembangkang sekarang ialah kerja merosakkan kenderaan serta mengugut itu dilakukan oleh penyokong kerajaan. Banteras mereka itu dan jangan jadikan ‘politik samseng’ bermaharajalela di negara ini. Malaysiakini menyiarkan beberapa insiden berikut yang jika tidak disiasat dan didakwa ‘penjahat-penjahat’ ini nama kerajaan dan polis akan tercemar.
 
Ini adalah apa yang dilaporkan Malaysiakini dan penyampai sumber ialah Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution:

 1. Kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kemek dan rosak akibat terkena balingan batu dan didakwa ditendang sekumpulan lelaki yang dipercayai sebagai penyokong Umno semasa ceramahnya di kawasan Parlimen Sembrong, Johor malam semalam;

2. Ceramah Anwar pada jam 11.30 malam itu juga diganggu. Mereka juga didakwa membaling mercun di atas kepala anggota polis;

3. Penyokong Pakatan juga dilempar dengan mercun, telur dan botol. Selain itu, mereka juga dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Kesimpulan Saifuddin - "samseng yang dibayar" itu berusia kira-kira 15-18 tahun dan mereka kemudiannya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai "orang Umno".

Selain itu, menurut laporan Malaysiakini itu, ceramah-ceramah pembangkang dan juga pro-Pakatan seringkali diganggu dan ia dipercayai sebahagian daripada taktik menakut-nakutkan masyarakat terutama dalam usaha menguasai sokongan orang Melayu.

 a. Pada 21 Januari lalu, perhimpunan NGO Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Klang terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan belia bermotosikal menyerbu majlis itu sehingga menyebabkan seorang peserta cedera.

b. Pada 11 Februari lalu pula, seramai 15 aktivis pelajar terpaksa diiringi polis bagi meninggalkan Kampung Idaman, juga di Klang apabila sekali lagi kumpulan remaja bermotosikal menggangu majlis mereka yang mahu menuntut kebebasan akademik. (Selain dewan tempat ceramah diselerakkan dan kerusi dipecahkan, kumpulan samseng itu juga membaling batu dan merosakkan sebuah kereta.)

 c. Ceramah Anwar di Felda Tun Ghafar di Alor Gajah, Melaka, pada petang 13 Februari lalu pula dicemari oleh kekecohan di antara penyokong PKR dan BN. (penyokong BN dikatakan tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut). Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno didakwa telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

 d. Jumaat lalu, Anwar terpaksa membonceng motosikal berikutan banyak sekatan polis bagi menghalang rakyat mengikuti ceramahnya di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kita menunggu pengumuman polis pada kadar segera mengenai gangguan-gangguan ini kerana setakat ini hanya kekecohan serta harta benda yang rosak.

Bagaimana jika ada perbalahan besar atau ada ahli politik yang terbunuh?

Jangan ambil perkara ini remeh kerana kematian bukan sahaja kemungkinan berlaku kerana dibunuh oleh pihak lawan.

Bagaimana kalau pembunuhan dilakukan dengan sengaja iaitu mengorbankan seseorang untuk menjamin kemenangan ramai? Atau juga kematian boleh diakibatkan oleh kesilapan ahli politik berkenaan yang menjanjikan berbagai tetapi akhirnya gagal ditunaikan dan ‘penaja’ naik geram dan membunuhnya?

Memang ini belum berlaku di Malaysia tetapi siapa boleh kata ia tidak akan berlaku?

Politik bukan sekadar pilihan raya tetapi politik juga membabitkan perkara-perkara yang seribu kemungkinan dan di luar jangka.

Dengan kata lain politik juga adalah sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat di luar kotak pemikiran rakyat kebanyakan tetapi mampu dilakukan oleh segelintir pemimpin yang tamakkan kuasa.

Jangan sampai keadaan sudah tersepit dengan UMNO dan kerajaan disalahkan, baru polis mahu bertindak!

Cegahlah sebelum keadaan menjadi lebih buruk!

STADIUM RUNTUH, KECURIAN - LAWAK 3 STOOGES PAS KEPADA SPRM


Daripada teganukini

Lucu. Memalukan, pembohongan dan FITNAH!

Begitulah kalau terlalu taksub mahu memutarbelit dan spin bodoh untuk mendapatkan simpati dan sokongan rakyat. Tiga wakil rakyat PAS, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad bersama ADUN Bukit Tunggal Dr Alias Razak dan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Khamis lalu memperbaharui laporan berkaitan keruntuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Tujuan laporan tersebut ialah meminta pihak SPRM menyiasat kejadian yang menimpa SSMZA sehingga ke akar umbi dan membawa pihak yang bertanggungjawab melakukan kesalahan dan penyelwengan tersebut ke muka pengadilan.

Watak tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Dr Syed Azman Nawai, Dr Alias Razak serta Moh d Nor Hamzah tidak ubah bagaikan tiga karekter dalam siri kartun The Three Stooges ketika mengadakan sidang media selepas laporan itu.

Ada sebab kenapa dikatakan demikian?

1. Dr Syed Azman yang juga Anggota Jawatnkuasa Kerja PAS Pusat yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta hairan bagaimana peralatan stadium yang dilaporkan bernilai RM50 juta itu telah dicuri.

Beliau berkata, adalah mustahil set penjana kuasa yang begitu besar boleh diangkut oleh seorang atau dua orang manusia. “Bagaimana boleh berlaku kecurian yang kita tidak dapat gambarkan! Kalau (set) penjana kuasa bagaimana (orang boleh curi sedangkan) 10 orang tak boleh angkat? “Ke hantu yang curi? “Peralatan latihan pun dicuri…….kerusi pun dicuri! Ini satu (kejadian) yang cukup malang,”katanya.

 2. Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu mahu rakyat perlu diberi penjelasan terhadap lapan persoalan yang timbul ekoran ‘tragedi’ SSMZA. “Persoalan besarnya bilakah baikpulih stadium itu akan dijalankan? Pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih tersebut? Berapakah kos sebenar baikpulih stadium itu? Berapakah kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri untuk baikpulih itu? “Adakah seluruh struktur SSMZA selamat digunakan?

Dan siapakah yang ‘dalang’ yang bertanggungjawab terhadap kecuarian eralatan stadium itu?,”ujarnya. Beliau menegaskan, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu perlu memberi jawapan segera untuk pengetahuan seluruh rakyat Terengganu.

3. Dr Alias Razak selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN). “Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, walaupun ada jaga satu dua orang, stadium itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan. “Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya.

Teganukini tidak mahu ulas panjang tetapi penjenguk boleh teliti mengenai kedudukan sebenar dan apa yang masih ada dan tiada di SSMZA. Bahan ini didapati daripada laporan oleh buletinonlines (bukan buletinonline milik PAS yang melaporkan mengenai laporan The 3 Stooges di atas):


1. Jawapan kepada kenyataan Dr Syed Azman - Mengenai kenyataan ‘hantu yang curi’ janakuasa, ia tidak dan masih berada dalam stadium berkenaan.

 Kenyataan bahawa kren mungkin digunakan untuk membawa keluar janukuasa ini adalah tidak benar sama sekali kerana pintu bilik janakuasa yang kecil tidak mengizinkan kren masuk kedalam untuk digunakan. 

Peralatan “training” atau alat latihan telah dipindahkan ke Trek Olahraga Majlis Sukan Negeri bagi kegunaan latihan athelik SUKMA serta masih digunakan hingga kini.


Kerusi dari stadium – sebahagian telah rosak ditimpa struktur bumbung semasa kejadian runtuhan dan yagng dipakai dan dibaiki telah dipindahkan ke Padang C Komplek Sukan dan Trek Latihan Majlis Sukan Negeri untuk diguna semula. (Kerusi-kerusi di Bahagian Barat Stadium yang tidak terlibat dengan runtuhan bumbung stadium masih lagi kekal di situ.)


2. Jawapan kepada Mohd Nor Hamzah - Pihak pengurusan SSMZA serta jurucakap Jabatan Kerja Raya mengatakan perkara mengenai kelemahan kerajaan tidak berbangkit kerana stadium ini diurus oleh pihak pengurusan yang dibantu oleh pengawal keselamatan yang mencukupi.

JKR pula berkata pihaknya sering mendapat tekanan daripada kerajaan negeri serta parti memerintah iaitu UMNO dan BN yang meminta stadium ini dibaiki segera. Namun pihak JKR berkata perkara ini melibatkan kepentingan awam serta risiko kemalangan nyawa, oleh itu pihaknya telah melantik juruperunding intergriti bagi memeriksa tahap keselamatan untuk pembaikan stadium ini.

JKR memerlukan masa untuk tujuan ini dan tidak boleh tunduk kepada tekanan parti memerintah atau pembangkang untuk cepatkan kerja pembaikan walaupun peruntukan yang mencukupi telah disediakan oleh kerajaan. Isu ini adalah berkaitan KESELAMATAN.


3. Jawapan kepada Dr Alias Razak -  Apabila SSMZA berkait soal keselamatan nyawa manusia, JKR tidak boleh tunduk kepada tekan kerajaan negeri dan UMNO mahupun PAS. Apabila kajian perunding selesai, JKR akan mulakan kerja-kerja pembaikan stadium ini.

Kerajaan sudah menyediakan peruntukan yang mencukupi dan TIDAK BENAR kerajaan negeri tidak cekap. Selain itu JKR menafikan kecurian berjumlah RM50 juta dan menganggap laporan akhbar mengenainya dibuat secara tidak berasas.

Jadi, ternyata dakwaan The Three Stooges kepada SPRM ini dakwaan tidak berasas dan palsu. Baik ketiga-tiganya bertaubat dan menghentikan segera fitnah terhadap banyak pihak, selain kerajaan negeri dan UMNO juga ialah penjawat awam, termasuk dari JKR.

SPRM seharusnya meneliti fakta yang dikemukakan oleh The Three Stooges ini dan menyiasat pula ketiga-tiga mereka kerana BERBOHONG (membuat laporan palsu).
Pihak pengurusan stadium dan pihak yang dilantik untuk memulih dan membaiki stadium ini juga turu terpalit. Tidak rasa berdosakah ketiga ADUN ini terhadap mereka yang difitnah? Inikah cirri-ciri dan sifat pemimpin PAS Terengganu yang kononnya memperjuangkan Islam?

Atau mereka kini boleh lakukan apa sahaja asalkan dapat memutarbelitkan rakyat demi kuasa selepas bergadung dengan parti antiIslam DAP dan parti PKR yang pemimpinnya menyokong negara Israel?

Sunday, February 19, 2012

'AIDS FOR SALE' AMOY CHINA MENAKUT & MEMBIMBANGKAN

 Berlawanan dengan sifat kita orang Melayu dan Islam, jika tahu kita akan menghadapi maut, selalunya akan berlaku perubahan mendadak dalam diri sebagai persediaaan menemui Allah s.w.t.

Namun lain dengan amoy cantik, muda dan seksi dari China. Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Namun lain pula caranya mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Bagi mereka persiapan menemui kematian itu penting. Mereka memerlukan perbelanjaan besar sebelum dan selepas mati.

Kerana itu, selagi ada nyawa dan kudrat, mereka mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.

Di sebalik kecantikan dan kegairahan mereka, sebahagian wanita pekerja seks dari China yang ‘berkhidmat’ di negara ini tidak mempedulikan sama ada mereka menjadi penyebar penyakit atau boleh menyebabkan orang lain mati sama.

Berperawakan kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai ada yang mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV. Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.
  Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa. Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari sekali gus kemungkinan menyebarkan penyakit berjangkit itu kepada pelanggannya.

 Tepuk dada tanya selera!

ANALOGI 'BENGONG' MENGENAI PUNCA KEMISKINAN DI KELANTAN...

Mudah analogi seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bahawa punca kemiskinan perlu diletakkan di atas batu kepala Perdana Menteri.

Memalukan kerana beliau adalah pensyarah pengajian media dan berapa ramai pula murid yang ‘disesatkan’ oleh teori dan dan faktanya itu.

Beliau menolak dakwaan Datuk Sri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini dan kerana itu Profesor berkenaan mengatakan Perdana Menteri “hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.”

Pensyarah UM itu berkata, jika benar dakwaan itu, “ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

Profesor UM ini layak dinaikkan ke jawatan professor penuh kerana pendapatnya ini memang ‘bijak dan tepat’ apalagi kemiskinan di Kelantan itu maknanya disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Profesor UM itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Dalam konteks ini apa peranan Kerajaan PAS yang dipilih oleh rakyat Kelantan jika tugas itu terletak atas batu jemala Perdana Menteri?

Beberapa soalan mudah saya kemukakan kepada Profesor UM itu:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan ‘Islam yang menjaga kebajikan’ melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

6. Berikut adalah projek-projek untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005;

b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat);

f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Kerana itu, amat wajar sekali jika Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kerajaan Pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belummendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Amat jelas pendapat Profesor UM yang meletakkan tanggungjawab kepada Perdana Menteri seperti mengiakan pendapat orang PAS bahawa tugas Menteri Besar dan Exco yang dilantik di negeri itu hanya menjaga hal ehwal politik negeri itu agar terus berada dalam cengkaman ‘kepimpinan Islam’ semata-mata.

Sebaliknya apa tugas dan amanah yang perlu dilakukan oleh Menteri Besar dan ‘pembesar politik’ Kelantan,wahai Profesor UM?

Berceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan ‘makan gaji buta’?

Ternyata analogi Profesor UM ini termasuk dalam kalangan ‘bengong’ dan tidak wajar dikeluarkan oleh seseorang yang taraf akademiknya tinggi tetapi bercakap macam orang PAS Kelantan yang asyik menyalahkan orang tanpa melihat ‘ke dalam diri’ sendiri!

Padanlah Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar ‘Make Gaji Buto’.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kononnya Kerajaan Pusat telah “merompak hasil royalti Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun.

Lebih teruk dengan belanja yang begitu besar diberikan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya, apakah Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri tidak membantu rakyat Kelantan?

Selebihnya terpulanglah kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan PAS merancang dan melaksananya.