Saturday, February 4, 2012

TRAGEDI LEMBAH PANTAI - ANWAR, NURUL IZZAH KANTOI

Seronok baca berita dalam berita lembahpantai.blogspot.com kerana tragedi yang menimpa pemimpin dan penyokong PKR di Lembah Pantai yang mereka anggap kubu.

Menurut laporan itu, Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama. Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar telah membawa angkatannya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.
Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada dua:

Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.


Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.
Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini. Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak.

Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.


Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi macam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!


Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!
Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!

Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit.

Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde respek kat Ketua Umum dan Sang Ratu!
Lantak korang ler! Untuk cover malu, orang-orang Nurul cuba alih perhatian dan komplen dalam twitter yang banner kena potonglah, kena sabotaj lah dan sebagainya. Sedangkan jelas pengundi di sini sudah jelak dengan Nurul Izzah.

Bak kata seorang uncle Cina, "ini Ijah manyak cantik elok kasi masak sama laki saja la kat dia punya rumah!

"
Yang pasti ini adalah petanda awal kekalahan PKR di Sentosa dan Lembah Pantai. Nampak gayanya kerja-kerja Raja Nong Chik sejak hampir 2 tahun lalu di Taman Seri Sentosa (tengok FB Raja Nong Chik) sudah berjaya mengukuhkan kedudukan BN di situ.

Wartawan kami juga turun ke program Anwar selepas itu di Brickfields, situ lagi best Anwar kena dengan orang India. (Tunggu laporan dalam post seterusnya.)

Terima kasih kerana laporan menarik ini. Jelas orang Lembah Pantai dah tahu perangai anak beranak ini!

Friday, February 3, 2012

AHMAD SAID TERUSKAN TRADISI KECEMERLANGAN TERENGGANU

"Kita yakin dapat menang 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan mengekalkan penguasaan di enam daripada lapan kerusi Parlimen...Apa yang penting ialah BN terus diberi mandat untuk meneruskan pembangunan modal insan dan negeri secara keseluruhannya dalam memastikan Terengganu terus berada di kelas tersendiri," - Ahmad Said

Sharifah Hunaini Syed Ismail (Bernama, 2 Feb 2012)

Tanggal 22 Mac ini, genap empat tahun Datuk Seri Ahmad Said menerajui tampuk kepimpinan negeri Terenganu sebagai Menteri Besar, dan sepanjang tempoh itu, Terengganu telah melalui fasa transformasi pesat dalam pelbagai bidang terutama yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

Bidang pendidikan dan sukan serta pembangunan infrastruktur menjadi fokus utama beliau.

Ketika ditemui Bernama dan dua wakil media arus perdana dalam temubual eksklusif baru-baru ini, Ahmad melahirkan rasa syukur khidmatnya sebagai Menteri Besar Terengganu bakal menginjak ke empat tahun di bawah slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Katanya tempoh tiga tahun pertama digunakan untuk pembangunan modal insan yang dilihat bakal merubah secara drastik masa depan Terengganu satu masa nanti.

Menurutnya tempoh tiga tahun pertama digunakan beliau untuk memperkasakan pendidikan dan modal insan, memenuhi keperluan asas rakyat terutamanya golongan miskin dengan menyediakan kediaman yang selesa.

"Saya buat kajian, masalah utama rakyat di sini ialah rumah. Sepanjang tempoh 35 tahun, hanya 7,000 rumah dibina untuk rakyat miskin di Terengganu.

"Sebab itu saya buat dasar dalam tempoh lima tahun bermula daripada saya ambil alih pentadbiran kerajaan negeri, saya nak bina 10,000 rumah dan lima tahun akan datang, sebanyak 10,000 lagi rumah akan dibina," katanya.

Beliau mengaitkan bantuan atap bercat 'biru' yang diagih kepada rakyat memerlukan sejak awal memegang jawatan Menteri Besar sebagai simbol payung untuk melindungi rakyat daripada panas dan hujan.

"Ia sebagai simbol sebab walaupun pendapatan cukup-cukup untuk makan, jika rumah tidak selesa, macam mana anak-anak nak belajar. "Saya pernah jumpa khemah dipasang dalam rumah pada musim hujan. Sebab itu saya kata kalau ada rumah di Terengganu ini yang tiangnya bulat, atap nipah, beritahu saya, kita akan beri bantuan serta-merta sebab kita tak nak lihat lagi ia ada di Terengganu," katanya.

Dalam soal pendidikan dan sukan pula, beliau berjaya meneruskan tradisi kecemerlangan yang ditinggalkan Menteri Besar sebelum ini, Datuk Seri Idris Jusoh, selain melaksanakan perancangan baru bersesuaian dengan masa.

"Setiap tahun, kita salurkan RM200 juta untuk Yayasan Terengganu. Dana itu disalur sebagai biasiswa dan pinjaman kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara seperti dalam jurusan perubatan, kejuruteraan, juruterbang dan sebagainya.

"Kita juga yang pertama memulakan kelas maya, pengagihan komputer riba e-book kepada pelajar, bantuan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma dan ijazah, bantuan one-off pakaian dan mencetak soalan peperiksaan yang semuanya menelan puluhan juta ringgit setahun," katanya.

Dalam bidang sukan pula, kecemerlangan Terengganu tidak dapat dinafikan adalah hasil dorong beliau sehingga berjaya menjuarai Sukma kali ketiga berturut-turut, menubuhkan dua pasukan bola sepak, Terengganu dan kelab T-Team, menubuhkan pasukan lumba basikal profesional, Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) dan menghantar wakil paling ramai dalam Sukan SEA yang lalu selain mempunyai wakil untuk Sukan Olimpik di London 2012.

Dalam masa yang sama, penyediaan infrastruktur dan keperluan asas juga dilaksanakan secara berperingkat seperti jajaran jalan dan pembinaan jambatan baru dalam usaha mengelak kesesakan lalulintas terutamanya di pusat bandar raya.

"Kita juga tidak mengabaikan aspek kesejahteraan rakyat, setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk Tabung Pesakit Kronik yang diserahkan kepada pihak hospital untuk lampin pakai buang, penyediaan kaki palsu, tangan palsu dan lain-lain.

"Dalam Islam tak elok hebahkan benda-benda baik yang kita buat namun ada juga orang di luar sana yang buat cerita, kata Menteri Besar membazir, saya nak tanya adakah ini sesuatu yang membazir," katanya.

Namun, setelah apa yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini, Ahmad berkata beliau sedikit terkilan kerana masih ada kelompok yang "miskin minda" dalam kalangan rakyat.

"Kita bukan utopia, banyak lagi yang perlu dilaksanakan, kalau miskin kerajaan akan bantu, contohnya nelayan, kita bantu beri enjin bot pukat, sampai harga berbelas ribu seorang.

"Namun ada yang bermasalah miskin minda, kita beri bot, dia jual bot, kita beri pukat, enjin bot, dia jual, bila pendapatan masuk lebih sedikit, tak tahu simpan. Petani pula kita beri tanah, tak usahakan tanaman walaupun pelbagai bantuan disediakan. Ini yang menyukarkan kerajaan menghapuskan miskin dan miskin tegar di negeri ini.

"Satu perkara yang boleh saya katakan kepada mereka ini, saya kata kalau ada anak, pastikan anak belajar rajin-rajin, beri semangat dengan harapan anak itu akan berjaya satu hari nanti dan merubah hidup keluarga," katanya.

Menyedari kerajaan negeri tidak harus selamanya bergantung kepada hasil minyak dan gas yang mungkin akan habis atau mengalami penurunan harga, beliau berkata beberapa sektor baru diberi penekanan, terutama pelancongan dan pertanian.

Katanya mulai tahun ini, fokus diberikan kepada pembukaan ladang rakyat untuk penanaman kelapa sawit dan mini estet padi bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Ahmad berkata sektor pelancongan akan dijadikan ekonomi teras, bermula dengan membangunkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai memandangkan tasik terbesar buatan manusian itu mempunyai potensi yang belum digunakan sepenuhnya.

Terengganu juga menerima limpahan pelabur asing terutama dalam industri berat di Kemaman yang menerima pelaburan berbilion ringgit untuk industri keluli dan besi.

Beralih kepada politik, Ahmad berkata pertelagahan dalaman yang berlaku dalam BN dan Umno negeri pasca pilihan raya umum 2008 kian reda.

Katanya apa yang berlaku tidak seteruk yang digambarkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan, terutamanya pembangkang yang menang di Terenganu pada 1999 dan berhasrat merampas semula negeri itu setelah kalah kepada BN pada 2004.

"Kita telah berjaya menangkis apa yang berlaku sebelum ini. Memang mereka cuba gembar-gemburkan apa yang berlaku itu dengan harapan rakyat akan bosan dan memilih mereka, namun saya tahu rakyat lebih bijak menilai kerajaan mana yang mampu memerintah dengan baik, BN atau PAS," kata Ahmad.

Katanya kedudukan BN juga semakin kuat dan berdasarkan situasi semasa, BN mampu menang besar pada pilihan raya umum.

"Kita yakin dapat menang 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan mengekalkan penguasaan di enam daripada lapan kerusi Parlimen," katanya.

BN kini menguasai 24 kerusi negeri dan enam kerusi Parlimen.

Mengulas kedudukan beliau selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, Ahmad berkata beliau berserah kepada takdir, dan tidak akan terkilan jika sekalipun tidak dipilih menjadi Menteri Besar untuk penggal kedua.

"Apa yang penting ialah BN terus diberi mandat untuk meneruskan pembangunan modal insan dan negeri secara keseluruhannya dalam memastikan Terengganu terus berada di kelas tersendiri," katanya.

Thursday, February 2, 2012

ISU KUIN - AZIZAN BELASAH ANWAR TERANG-TERANG

Isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menunjukkan dengan jelas bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin yang disegani di kalangan pemimpin pembangkang sendiri, khususnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Apabila Menteri Besar Kedah itu mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri itu, bermakna Anwar ditempelak kerana cadangannya itu.

Terang-terang Azizan belasah Anwar apabila mengatakan kritikan Anwar tidak berpijak di bumi nyata!

Apa yang beliau (Anwar) campur tangan dalam perkara ini, mengapa saya yang perlu berunding? Bukan saya yang berunding dengan mahasiswa itu tapi KUIN. Lagipun (kalau berunding) nak cakap pasal apa lagi, perkara ini dah lama...empat daripada mereka sudah masuk semula (sambung pengajian), selain itu nak berunding apa lagi sebab perkara ini dah dibawa ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Azizan menyifatkan cadangan Anwar agar mengambil pendekatan berunding dengan lima mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai pandangan peribadi.

Azizan turut menegaskan cadangan itu sepatutnya ditujukan kepada rektor KUIN dan bukan beliau yang hanya bertindak selaku pengerusi lembaga pengarah pusat pengajian tinggi itu.

Selain itu, ternyata dalam isu AUKU ini Azizan tidak melihatnya sebagai menyokong BN sebaliknya beliau mahu pertahankan kerajaan negeri Kedah, dan kerana beliau tidak campur tangan urusan KUIN. Beliau mahu KUIN selesaikan.

Azizan mendapat kecaman daripada kumpulan mahasiswa serta turut dikritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana masih melaksanakan AUKU walaupun parti pembangkang mahu memansuhkannya seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

Bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan ke atas Azizan.

Dengan nada tegas Azizan mengingatkan Pakatan Rakyat fokusnya adalah untuk mempertahankan Kedah dan menentang Umno-BN pada pilihan raya umum ke-13.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti itu dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk Azizan turut menegaskan tidak mahu terlibat dalam pentadbiran KUIN dan menyerahkan urusan itu rektor.

Pelajar berkenaan membantaj terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

“Saya sudah cakap saya tidak campur tangan dalam urusan KUIN, saya hanya pengerusi lembaga pengarah...saya bukan rektor, saya serahkan kepada KUIN,” tegas Azizan.

Baca dari sumber

Tuesday, January 31, 2012

HADI TERSISIH, TIDAK RELEVAN LAGI DENGAN PAS proANWAR

Hakiktnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tidak relevan kepada PAS Baru yang dikuasai kumpulan proErdogan atau sekarang boleh kita tukar jadi proAnwar.

Kenapa saya katakan demikian?

Pertama Hadi ialah seorang yang berperwatakan keras dalam ceramah dan pendirian tetapi lembut pada hatinya.

Tidak hairan kalau Hadi boleh duduk BERBINCANG dengan pemimpin UMNO, termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dianggap dua tokoh politik yang ‘keras’ di Terengganu. Ketika UMNO menjadi pembangkang, Ahmad Said menyerang Hadi dan kepimpinan PAS tanpa ‘belas kasihan’.

Namun mereka boleh duduk membincangkan perkara ‘kepentingan rakyat’ jika perlu apabila Ahmad Said pula menjadi Menteri Besar.

Keduanya, Hadi sebelum ini pernah ‘berlembut’ dengan UMNO dalam usaha merapatkan perbezaan politik dan Islam tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada tekanan pemimpin PAS yang lebih keras pendirian mereka, termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melihat ‘kuasa politik’ mengatasi kepentingan perpaduan Islam.

Hadi sebagai pemimpin yang berasal dari Terengganu yang PAS lebih ‘lembut’ berbanding PAS Kelantan sudah pasti tidak mahu melihat orang Melayu dan Islam yang tinggal tidak sekerat mana terus berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

Hadi mungkin insaf – bukan seperti Nik Aziz – bahawa perpecahan berlanjutan umat Islam akan sedikit sebanyak sebenarnya diakibatkan olehnya akibat Fatwa Hadi yang menyebabkan wujudnya sembahyang dua imam, tidak boleh makan daging disembelih oleh orang Islam selain PAS dan keruntuhan keharmonian rumah tangga jika ahli keluarga berbeza parti.

Tidak sedemikian dengan Nik Aziz yang bongkak dan merasakan dirinya mengatasi segala-gala hasil dendam kesumatnya terhadap UMNO yang menyebabkan PAS ditendang keluar oleh Barisan Nasional kerana angkara pemimpin mereka sendiri.

Nik Aziz melihat parti bukan individu dalam UMNO dan dengan meletakkan bekerjasama dengan bukan Islam yang terang terangan antiIslam ‘dihalalkan’ sebaliknya dengan UMNo haram dan tidak akan berlaku sampai bila-bila.

Nik Aziz tidak takut dosa kerana menganggap menjauhi UMNO sebagai sesuatu yang wajib dilakukan sedangkan Hadi di Terengganu tidak merasakan sedemikian kerana Hadi berjinak-jinak dengan PAS hanya awal 1980an, iaitu selepas PAS ditendang keluar dari BN.

Ketiga, memang Hadi pun rapat dengan Anwar tetapi tidak ‘serapat’ Nik Aziz. Hadi dilihat rapat kerana sebagai pemimpin komponen pakatan pembangkang, Hadi perlu dilihat seiringan dalam perjuangan.

Namun, apakah Buku Jingga itu sesuatu yang perlu Hadi utamakan berbanding al-Quran.
Apakah al-Quran mengajak kita bermusuhan sesama Islam dan menghukum orang Islam biasa sebagai kafir hanya kerana mereka ahli UMNO?

UMNO yang mempunyai kira-kira 3 juta ahli hanya mempunyai pemimpin sekitar 200 orang dan diantara mereka hanya kira-kira 30 sahaja yang berpengaruh dan di kalangan 30 itu hanya 5 sahaja yang boleh dianggap sebagai ‘musuh’ Hadi iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Penerangan dan Setiausaha.

Yang ke 5 itu hanya kadangkala sahaja sama ada Menteri, Ketua Bahagian atau Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Yang lain ialah pemimpin dan ahli UMNO biasa yang bukan saingan Hadi.

Dalam konteks dengan Anwar, jelas banyak perbezaan antara mereka iaitu Hadi tidak terpalit dengan isu moral dan kehidupan yang ‘lavish’ berbanding Anwar yang sentiasa ke luar negara, bertemu pelbagai manusia, termaSuk Yahudi.

Sedangkan Hadi bukan sahaja keras dalam pendirian Islamnya tetapi tidak mungkin Hadi boleh tunduk kepada kemahuan Yahudi berbanding Anwar.

Berdasarkan kedudukan Hadi yang lebih ‘berlembut’ dengan UMNO berbanding Anwar, timbalannya Mohamad Sabu, Nik Aziz, apa lagi Lim Kit Siang serta pemimpin utama PKR seperti Azmin Ali, Hadi sebenarnya tidak boleh duduk bersama lagi dengan mereka.

Hadi sangat terasa beliau kini ‘out of place’ dalam konteks kepimpinan politik pembangkang ketika ini.

Apakah pendirian Hadi mengenai pandangan untuk meniktiraf Israel?

Hadi juga tidak dilihat akan menjadi Perdana Menteri kerana bukan sahaja kegagalannya ketika menjadi Menteri Besar Terengganu antara 1999 - 2004 tetapi apabila Anwar dikatakan akan dipenjarakan, pemimpin pakatan pembangkang tidak sebulat suara menyebut Hadi bakal Perdana Menteri.

Yang ditonjol ialah keluarga dan yang rapat dengan Anwar seperti anak perempuan Anwar, Nurul Izsah dan Azmin Ali.

Jadi apabila Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan tindakan Presidennya untuk berundur dan bersedia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar, ia kenyataan diplomasi dan mahu tutup pertelingkahan ideologi dalam PAS sahaja.

Katalah apa pun, sama ada Hadi sanggup berundur ketika berada di puncak dalam karier politiknya ataupun Hadi tetap diperlukan berada dalam parti, ia bukan lagi relevan ketika ini.

Yang pasti, Hadi mungkin sudah muak dengan gelagat sesetengah pemimpinm yang begitu proAnwar dan sedikit sebanyak Hadi mulai ‘mengenali Anwar secara lebih dekat’.

Kita lihatlah akan ada kenyataan ‘sedih’ apabila PAS membincangkan hasrat pengunduran Abdul Hadi pada mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja parti itu 12 Februari depan.

Sudah semestinya PAS mahu ‘cover’ perpecahannya dalamannya itu dengan mengatakan Hadi mahu beri peluang kepada muka baru dan mahu berundur itu sebagai sikap pemimpin Pas yang amanah.



Hakikatnya Hadi yang kini semakin tertekan dengan sikap pemimpin proAnwar yang apa pun boleh – depan atau belakang – mula melihat bahawa perkara seperti pemecatan Dr Hasan Ali bukan sahaja merugikan parti tetapi semakin ramai yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Golongan muda dalam PAS bukan kalangan yang boleh dicucuk hidung oleh pemimpin PAS yang proAnwar.

Mereka adalah golongan yang mahukan PAS yang bersih dan melandaskan perjuangan kepada Islam, bukan sanggup mengorbankan Islam hanya kerana kuasa dan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ringkasnya, hasrat dan usaha PAS untuk ke Putrajaya sedikit sebanyak semakin tergencat selepas Dr Hassan dipecat dan Hadi pula mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya nanti.

Hadi tahu di Terengganu pun dia bukan calon untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar kalaupun PAS menang. Tokoh lebih muda dikatakan lebih mampu seperti Wahid Endut atau Syed Azman Syed Nawawi yang kini dilihat lebih popular daripadanya.

Atau mungkin Hadi semakin sedar PAS semakin sukar di Terengganu kerana rakyat sedar bahawa negara kebajikan yang ditaja oleh PAS slogan semata-mata.

Sedangkan kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said semakin gah dan menarik sokongan rakyat hasil dasar 1Malaysia yang mendahulkan rakyat selain kepimpinan negeri sendiri turut mengamalkan sikap cakna rakyat melalui Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.