Showing posts with label shafie apdal. Show all posts
Showing posts with label shafie apdal. Show all posts

Thursday, December 11, 2008

BUKAN AZIZ SATTAR SEORANG SAHAJA...

Pejuang seni, termasuk artis perlukan perhatian sewajarnya daripada kerajaan.

Jangan menganggap mereka penghibur semata-mata. Mereka menceriakan rakyat dan sumbangan ini besar kerana kadangkala rakyat mampu melupakan seketika kesedihan dan kesulitan mereka apabila terhibur.

Sebagai insan seni yang bergantung hidup kepada bakat anugerah Allah, mereka adalah manusia ‘bebas’ yang tidak menuntut perkara yang bukan-bukan seperti orang politik atau rakyat yang mengharapkan subsidi.

Perkara ini perlu diberikan perhatian dan semestinya dijalankan secara bersepadu oleh beberapa kementerian, khususnya Kementerian Penerangan dan Kementerian dan Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta jabatan.

Kita sering mendengar artis susah dan menderita.

Susah dan menderita bukan bermakna sakit dan pendapatan yang semakin menurun tetapi juga soal-soal lain seperti masalah rumah tangga dan sebagainya.

Kita banyak mendengar masalah artis menghadapi perceraian dan perpisahan. Mereka ada anak dan keluarga.

Sewajarnya bantuan bukan dalam konteks geran, kemudahan pinjaman dan wang ringgit semata-mata. Ia juga mungkin dalam konteks kemudahan mendapatkan peguam, khidmat nasihat atau juga persatuan yang aktif.

Apapun, langkah Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW), Datuk Mohd Shafie Apdal semalam meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat pelakon veteran Datuk Aziz Sattar dihargai.

Mohd Shafie yang turut ditemani Pengerusi Finas, Datuk Razali Ibrahim; Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim dan Presiden Seniman, Datuk Mustafa Maarof menyampaikan sumbangan bernilai RM10,000 kepada Aziz.

Pelakon berusia 83 tahun itu, yang cukup popular dengan filem Bujang Lapok dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, kelmarin kerana serangan asma.

Terdahulu, Seniman turut menyampaikan sumbangan bernilai RM500.

Melihat kepada keperihatinan beliau jelas KPKKW sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa golongan artis apatah lagi pelakon veteran itu banyak memberikan sumbangan kepada industri hiburan tempatan.

Menurut Shafie, kementerian bukan hanya prihatin apabila artis ditimpa musibah tetapi kami memberikan sokongan kepada mereka setiap masa.

Thursday, December 4, 2008

MALAYSIA, SHAFIE DI PERSADA DUNIA

Pada ketika Parlimen Malaysia, lebih-lebih lagi Dewan Rakyat dituduh sebagai tidak berfungsi sewajarnya, kedudukan Parlimen Malaysia di mata negara-negara Komanwel (bekas jajahan British), sebaliknya sangat dihormati.

Buat kali pertamanya, Malaysia yang mencalonkan wakil bagi jawatan Pengerusi Jawatan Eksekutif Pertubuhan Parlimen Komanwel (CPA) - dengan satu harapan besar dipertaruhkan - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memenangi jawatan itu pada Persidangan Parlimen Komanwel Ke-54 di Kuala Lumpur, 9 Ogos lalu.

Mohd Shafie berikrar akan melakukan yang terbaik untuk mengangkat martabat negara, selain tidak akan menghampakan negara dan wilayah yang diwakili.

Tanggungjawab penting dan paling berat bagi Mohd Shafie ialah membetulkan persepsi negatif negara luar terhadap Malaysia.

Jelas sekali kemenangan Mohd Shafie meletakkan Malaysia terus gagah di persada politik antarabangsa selepas ‘dingin’ seketika selepas Malaysia melepaskan jawatan Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Kini melalui Mohd Shafie, Malaysia ‘muncul kembali’ dan menjadi peneraju bagi 57 anggota negara CPA, sekali gus membuktikan kewibawaan dan keupayaan ahli Parlimen negara ini, di persada dunia.

Mohd Shafie membuktikan beliau mampu menerajui badan yang begitu disegani kerana melaluinya ada 17,000 ahli dari 170 parliamen dan perundangan di 52 daripada 53 negara anggota Komanwel.
Mohd. Shafie yang juga Pengerusi CPA Bahagian Malaysia dan Rantau Asia Tenggara sejak 2004, menggantikan Hashim Abdul Halim yang merupakan Speaker Dewan Perhimpunan Bengal Barat, yang tamat tempoh perkhidmatannya selama tiga tahun.

Sebagai orang penting CPA, Mohd Shafie sering ke kota London apabila ibu pejabat CPA di tempatkan di bandaraya berkenaan.

Ikuti tulisan wartawan The Star berpangkalan di London, Choi Tuck Wo berbual dengan beliau mengenai peranan dan harapan Mohd Shafie dan CPA sendiri seperti dilaporkan The Star pada 30 November lalu.

Ternyata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini bukan calang-calang pemimpin – bukan sahaja membuktikan kepupayaan dalam negeri tetapi juga diterima di luar negara.

Keyakinan terhadapnya memberikan kelebihan kepada Malaysia yang sekali lagi kini megah di persada antarabangsa.

Dari the star:

Taking the bull by the horns

EUROFILE
By CHOI TUCK WO

Speaking from the heart: Shafie (second from right) with the CPA executive committee (from left) Dr Shija, treasurer Hashim Abdul Halim and vice-chairman Keith Flax. — The Star/Choi Tuck Wo

As the new elected chairman of the CPA’s executive committee, Datuk Seri Shafie Apdal has vowed to match ‘words with action’ in tackling global problems.

HEADING an almost century-old organisation as culturally, ethnically and religiously diverse as the Commonwealth Parliamentary Association (CPA) is no stroll in the park.

With 17,000 members from over 170 parliaments and legislatures across 52 of the 53 Commonwealth countries, one can easily miss the woods for the trees.

Then again, Datuk Seri Shafie Apdal had not expected a cushy job; he was elected to the post in a bitterly-fought contest against India-born British peer Lord Swraj Paul in Kuala Lumpur in August.

The Unity, Culture, Arts and Heritage Minister had polled 152 votes against his rival’s 102 amid accusations of irregularities – a charge that was promptly dismissed by the returning officer.

Shafie has hands-on experience in dealing with the needs of a 21st century multi-cultural society.

More story please click here!

Choi Tuck Wo is Editor, European Union Bureau, based in London

Wednesday, November 19, 2008

TAPAK WARISAN DUNIA DIISYTIHAR

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berada di Tashkent, Uzbekistan semalam berkata, Malaysia boleh belajar daripada Uzbekistan dalam cara memulihara bangunan dan warisan kraftangannya.

Katanya, negara itu mampu memulihara bangunan lamanya yang separuh rosak menggunakan kaedah tradisional walaupun bahan untuk kaedah seumpama itu tidak lagi wujud pada masa ini.

Mereka dapat memulihara bangunan berusia beratus-ratus tahun apabila Tashkent wujud sejak 2,000 tahun lalu sementara Samarkand 2,750 tahun dengan bangunan-bangunan lamanya masih berdiri kukuh.

Senibina Uzbekistan bukan sesuatu yang asing bagi Malaysia memandangkan Masjid Putrajaya, Galeri Perdana di Langkawi dan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang sedang dibina menerapkan elemen senibina seumpama itu.

Beliau adalah anggota delegasi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk lawatan rasmi ke negara ini selama empat hari berakhir hari ini.

Soal memulihara bangunan dan warisan kraftangan ini penting kerana Malaysia terbabit secara langsung apabila Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) memberikan pengiktirafan terhadap Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia sejak 7 Julai lalu.

Dan majlis penting penyerahan watikah pengisytiharan Melaka dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Ahad ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijangka berkenan menyempurnakan majlis tersebut yang akan bermula pada pukul 7.45 malam.

Pengiktirafan UNESCO itu adalah pertama kali ke atas tapak warisan di bawah kategori kebudayaan,

Upacara penerimaan plak dan watikah pengiktirafan daripada pihak UNESCO kepada kerajaan Malaysia akan diadakan dengan penuh adat istiadat kerajaan Melayu lama termasuk perarakan bergajah dan berkuda.

Laporan Bernama menyebut, turut diadakan perarakan dan persembahan kebudayaan dengan penyertaan masyarakat berbilang-bilang kaum dan budaya seperti perarakan Baba Nyonya, Chetti, Portugis, Chingay dan lain-lain.

Ia bagi menonjolkan nilai warisan yang terdapat di kedua-dua negeri terbabit terutama di kawasan yang diiktiraf sebagi warisan dunia oleh UNESCO.

Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata pada 5 November lalu, kerajaan negeri akan meningkatkan promosi Melaka sebagai Bandar Raya Warisan Dunia di luar negara sebagai usaha meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Katanya, berdasarkan maklum balas yang diterima pada pertemuan beliau dengan 12 duta dan pesuruhjaya tinggi asing semalam, mereka begitu berminat untuk mengetahui tentang kelebihan Melaka sebagai bandar raya warisan dunia.

Beliau berkata, untuk permulaan satu promosi mengenainya dan produk baru pelancongan negeri akan diadakan di Singapura sebagai usaha menarik pelancong dari negara jiran itu datang ke Melaka.

''Pesuruhjaya Tinggi Singapura sendiri ada mencadangkan agar Melaka mengadakan promosi di negaranya memandangkan keadaan ekonomi dunia sekarang, kebanyakan warga mereka mengambil sikap berjimat cermat.'Mereka tidak perlu lagi melancong ke negara-negara lain sebaliknya boleh datang ke Melaka," katanya baru-baru ini.

Mohd Ali sudah berunding dengan 12 duta dan pesuruhjaya tinggi asing - Argentina, Kenya, Peru, Maghribi, Singapura, Thailand, Bangladesh, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol, Jerman dan Kanada – dan mereka tertarik dengan produk-produk pelancongan baru yang ada di negeri Melaka yang sedang dan akan dimajukan di samping keistimewaan Melaka sehingga dipilih sebagai bandar raya warisan dunia.

Sewajarnya Melaka membuat promosi lebih kerap di negara berkenaan bagi menggalakkan rakyat di negara masing-masing berkunjung ke Melaka.

Melaka mensasarkan untuk mencapai 7.4 juta pelancong datang ke Melaka tahun depan.