Showing posts with label Galas. Show all posts
Showing posts with label Galas. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

TAHNIAH KEPADA BN, TAHNIAH LINDA!

(terkini) Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya, Datin Linda Tsen, menang dengan majoriti 6,359 undi.

Tsen memperoleh 9,773 undi manakala calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah, mendapat 3,414 undi dan calon Parti Maju Sarawak (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, memperoleh 2,031.

Sebentar lagi pengumuman akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) mengenai keputusan di Dewan Undangan Negeri Galas.

Sementara di Galas pula BN di depan saingannya denggan majoriti 1.069. PAS ketinggalan dengan undi sebanyak 4.108 berbanding undi diperolehi BN sebanyak 5.177undi.

Dilaporkan jumlah pengundi di Galas hari ini ialah 9.555 atau 82.71 peratus.

GALAS - 76.5 PERATUS BUANG UNDI, PUTERI UMNO KENA BELASAH

Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Shukri (kanan) cedera di hidung selepas dikatakan diserang oleh penyokong wanita parti lawan ketika meraih undi di pusat pengundian Sekolah Menengah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang. 4 Nov. 2010.


(kemaskini) Setakat jam 3.55 petang tadi, lebih 76.5 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah keluar mengundi.


Jumlah ini dijangka memudahkan sasaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bahawa pilihan raya kecil DUN Galas akan mencatat lebih 80 peratus keluar mengundi. Cuaca agak baik turut membantu jumlah yang keluar mengundi.

Pada jam 2.15 petang, jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.
Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.

Pada 1.45 petang, jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Shukri (gambar atas) cedera di hidung selepas dikatakan diserang oleh penyokong wanita parti lawan ketika meraih undi di pusat pengundian Sekolah Menengah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang.

Ini menunjukkan suasana pilihan raya kecil Galas, semakin tercemar apabila anggota Pergerakan Puteri Umno itu mengalami kecederaan di bahagian dahi dan hidung.


Nor Suzaini Adlina , 37, mendakwa dipukul menggunakan batang bendera di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Kejadian berkenaan disahkan oleh Pengerusi Tetap Puteri Umno, Azlieza Azizan.


"Suzaini dipukul semasa membawa pengundi ke kaunter SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), pada mulanya dia dipukul di bahagian belakang dan apabila dia berpusing, dia dipukul di dahi dan hidung pula," katanya.

Terdahulu pada kira-kira pukul 8.30 pagi, insiden tumbuk menumbuk dan pergaduhan kecil turut berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wangi yang dipercayai berpunca daripada tindakan provokasi penyokong PAS yang didakw masuk ke kawasan khemah BN.

Pada jam 1.40 tengah hari tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai lebih 55 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah melangsaikan tanggungjawab mereka sehingga 1.40 tengah hari tadi.

Menurut laporan kijangjantan, bagaimanapun jumlah itu belum mengambil kira empat pusat mengundi Orang Asli yang di pedalaman.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam.

Pada temubual dengan TV3 dalam Buletin 1.30 sebentar tadi, Abdul Aziz berkata secara keseluruhannya proses pengundian berjalan lancar.

Bagaimanapun seperti dilaporkan sebelum ini, pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas itu turut dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.

Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap BN.

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin, yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.

Sementara itu blog gelombang rakyat melaporkan, kekecohan turut berlaku di kalangan jentera UMNO di Command Centre, Gua Musang (Bilik operasi BN di Bukit Cekati) di mana mereka telah mengesan beberapa wartawan Harakahdaily dan Malaysiakini yang menyamar untuk membuat liputan di Galas.

Apa yang hendak dilaporkan? Entah.

Lepas ini keluarlah statement di dalam Harakah, UMNO rasuah pengundilah, UMNO rasuah jenteralah. Kecoh bergaduhlah. Macam2. Nak kasi laku paper Harakah. Itulah. Mereka2 cerita macam2. Malaysiakini biasalah. Kiri makan, kanan pun nak dimakannya. Penyamun !! Ini semua nak kasi pengundi swing sokong PAS lah. Sudahlah Harakah. Nasib baik kami tak lakukan apa2. Kalau wartawan kami, lalu depan Bilik Gerakan je, da dimaki hamun kami. Itu nak undi PAS lagi?” kata blog berkenaan.

GALAS - TEPUK DADA TANYA SELERA

Pada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus jumlah pengundi akan keluar membuang undi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang berlangsung hari ini, PAS menjadi perhatian utama kerana isu-isu rasuah, merampas tanah orang Asli dan fitnah terhadap Tengku Razaleigh Hamzah.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Amat jelas isu utama di DUN Galas bukan isu calon Barisan Nasional (BN) yang hanya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ab Aziz Yusof, sebaliknya calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, mencuri tumpuan bukan kerana dia seorang doktor yang obes tetapi kerana isu sama ada benar atau tidak beliau pernah ditangkap khalwat.

Malang sedikit kerana pilihan raya Dr Zulkefli terpaksa menghadapi tuduhan peribadi sedemikian. Ia sesuatu yang akan menjadi ‘sejarah hitam’ dalam hidupnya. Kalaupun beliau menang, beliau akan menghadapi rakyat dengan persoalan dirinya yang ‘seribu pertanyaan’ sepanjang beliau berkhidmat untuk rakyat.

Mampukah Dr Zulkefli dan keluarga berdepan dengan kedudukan ini.

Mengenai isu rasuah oleh PAS yang mendominasi kempen dan ‘kemeriahan’ pilihan raya kecil kali ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954, biarpun PAS mendakwa ia adalah zakat..

Yang nyata, di mata undang-undang ia adalah rasuah dan SPR sudah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang semalam.

Di pihak PAS, mereka cuba menegakkan benang basah apabila Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata beliau diberitahu ia adalah wang zakat. “Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat. Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang semalam.

Menurutnya SPR perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut. “Jangan kalau Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak. Ini zakat bukan rasuah. Utusan (Utusan Malaysia) itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.”

Beliau menafikan laporan Utusan Malaysia dan membuat penjelasan itu selepas menyemak dengan setiausaha politik Menteri Besar Kelentan untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

Persoalannya, apakah tindakan SPRM selepas ini?

Juga apa tindakan calon, pendudk Galas atau parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu mengenai perkara ini, termasuki melaporkan kes tersebut supaya SPRM boleh mengambil tindakan.

Sejauh ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Umno tidak akan masuk campur sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada mereka yang menerima wang daripada Menteri Besar Kelantan untuk melaporkannya kepada SPRM.

Katanya, tindakan Nik Aziz memberikan wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang semalam bercanggah dengan apa yang dilakukan PAS sebelum ini.

"Biarlah dilaporkan oleh penerima itu sendiri, kita tidak mahu campur tangan urusan SPRM dan kita yakin SPRM mempunyai bukti dan fakta yang cukup,” katanya.

Selain isu rasuah, isu PAS merampas tanah Orang Asli juga menjadi tumpuan umum apabila dikatakan ada kepemimpinan PAS bertambah rakus merampas tanah rakyat, membabitkan keluasan lebih 30,000 hektar di Hulu Kelantan sejak memerintah 20 tahun lalu.

Mengikut apa yang dilaporkan sudah berpuluh syarikat luar Kelantan diberi kelulusan membangunkan tanah terbabit dan ada banyak lagi menunggu masa untuk berbuat demikian. Kebanyakan tanah yang dirampas itu sudah diusahakan rakyat dengan pelbagai tanaman, termasuk di perkampungan Orang Asli tanpa membayar sebarang pampasan.

Ini bertentangan dengan janji Nik Aziz ketika mula menerajui Kelantan selepas pilihan raya umum 1990, akan selesai semua hak milik namun lain pula yang berlaku apabila tanah berkenaan dirampas untuk diserahkan kepada syarikat luar.

Hakikatnya, isu rampas tanah memberi tekanan hebat kepada pengundi dan menjadi antara punca pengundi menolak PAS kerana bimbang lebih banyak tanah penduduk dirampas selepas ini.

Lagipun, kebanyakan penduduk yang bergantung kepada punca hasil tanaman hilang pendapatan kerana tanah mereka dirampas tanpa terlebih dulu mendengar rayuan penduduk. Ironinya, kebanyakan tanah sudah dibayar deposit untuk geran hak milik, namun kerajaan negeri tidak memprosesnya disebabkan lebih mengutamakan syarikat luar dengan menyediakan pajakan selama 99 tahun.

Masalah utama menghimpit penduduk Orang Asli bukan saja masalah pemilikan tanah tetapi juga dihimpit hakisan ekoran kegiatan pembukaan tanah syarikat perladangan tetapi air tadahan bukit turut tercemar. “Ini bukan cerita dongeng, malah perkara benar berlaku di merata tempat di kawasan ini menyebabkan pengundi DUN Galas sudah merasa bosan dengan janji pemimpin PAS yang dilihat tidak mengotakan apa yang dijanjikan berkaitan dengan isu tanah,” kata Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah. Beliau juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh.

Berikutan itu PAS berusaha melarikan atau menggelapkan isu ini dengan janji akan memberikan hak milik tanah kepada Orang Asli, termasuk melalui Sijil penempatan berkelompok.

Ia dianggap sebagai usaha terakhir buat PAS untuk memancing undi!

Menurut sebuah blog, “Selama ini apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri?

Pelbagai usaha dan rayuan dibuat oleh orang asal dan peneroka namun mereka hampa dan amat sedih kerana langsung tidak dipandang oleh kerajaan negeri.

Dijanjikan habuan tanah buat mereka yang mengundi PAS pada PRU12.Rasuah sebegini dilakukan secara besar besara.Namun janji hanya tinggal janji,pembohongan dan tidak menepati janji itulah yangberlaku selama beberapa tahun dibawah pemerintahan PAS.”

Juga menjadi isu utama ialah beberapa fitnah yang dilemparkan PAS termasuk terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyebut beliau mengkhianati Orang Asli di negeri ini. Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi punca kepada masalah hak milik tanah yang membelenggu masyarakat Orang Asli.

Fitnah itu ialah beliau melarikan fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar daripada Angkatan Perpaduan Ummah dan menyertai UMNO.

Malah fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud. Katanya, walaupun jentera PAS dilihat mula menyerang peribadinya, beliau tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang.

"Jika PAS nak serang (peribadi) itu mereka punya hal...dia tanggunglah (dosa)...kita hanya akan tetap menerangkan mengenai dasar kerajaan dan apa yang akan kita lakukan untuk kebajikan rakyat,” jelasnya.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob terpaksa membuat kenyataan bagi meredakan isu fitnah itu apabila mengatakan "Kerajaan negeri boleh dan sedang teruskan prosesnya (pemberian tanah), ia cuma ambil masa kerana perlu lalui proses tertentu," katanya.

Amat jelas kini PAS sudah diasak hingga ke sudut dan persoalan-persoalan utama yang ditimbulkan BN ini mampu menyedarkan penduduk di kawasan itu, termasuk Orang Asli bahawa tiada pihak yang lain, selain BN mampu membela nasib mereka.

Jika mereka terus menyerahkan nasib kepada PAS, bukan sahaja generasi sekarang akan terus teranianya tetapi generasi akan datang lebih merana kerana apa yang sedang berlaku di Galas dan juga di tempat lain di Kelantan membabitkan isu-isu yang ada kaitan dengan kerajaan negeri di bawah PAS umpama ‘menang sorak kampong tergadai’.

Yang nyata seperti kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, kejadian penduduk di Galas tertipu, termasuk penubuhan Ladang Rakyat tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan PAS Kelantan benar-benar jujur dalam menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran.

Tetapi yang nyata ialah PAS sanggup memperdaya penduduk dengan pelbagai janji tanpa mengambil kira kemampuan untuk menunaikannya walaupun sedar ia jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang kononnya diamalkan parti itu.

KEPADA PENGUNDI GALAS, TEPUK DADA TANYA SELERA!

Sunday, October 31, 2010

GALAS - PAS SEDIA SOGOK PENGUNDI LUAR UNTUK JAMIN KEMENANGANNYA

Sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, PAS sering mengutuk dan mengatakan salah Barisan Nasional (BN) memberikan bayaran kepada pengundi supaya pulang mengundi.

Selain mengatakan salah menyediakan bayaran tambang untuk pengundi luar PAS sering mengatakan mereka yang dibawa pulang ada pengundi hantu dan sebagainya.

Namun, itu tidak akan berlaku lagi kerana PAS sudah menyatakan dengan terang parti itu akan membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi. PAS nafi bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Apakah PAS begitu terdesak sekali untuk menjamin kemenangan bagi membuktikan kepada dua rakananya yang ia tetap kuat?

Apakah PAS merasakan pilihan raya kecil Galas sebagai isyarat kemenangannya di Kelantan atau sebaliknya? Hakikatnya kemenangan BN atau PAS di Galas bukan kemenangan atau kekalahan semuanya.

Tetapi satu perkara yang jelas kepada PAS walaupun untuk parti lain haram melakukan perkara seperti ini tetapi untuk kepentingan sokongan kepada PAS, semuanya halal.

Menurut laporan, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," Abdul Rahim pada sidang media semalam.

Pilihan raya kecil Galas menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44.

Reaksi kepada kenyataan itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan DUN Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja. Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan PAS yang akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

PAS menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh. "Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.

"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Kalau betul perkara ini terjadi kita tidak tahu sama ada BN akan membuat laporan atau tidak.

Mengenai kenderaan, Wan Ahmad berkata sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan. Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

Amat jelas bagi PAS, apa juga yang salah atau tidak betul ‘boleh dipraktikkan’ pada musim pilihan raya. Yang penting PAS menang pilihan raya.

Saturday, October 30, 2010

POLITIK – TIDAK ADA YANG TIDAK PERIBADI

Dari awal PAS seakan ‘bengang’ apabila Tengku Razaleigh menerima pelawaan itu (UMNO). PAS tahu pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang. Biar UMNO lama berkecai dan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket apa pun di Gua Musang, beliau menang. Dan apabila beliau menang semestinya kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang cukup kuat, biarpun kerusi Galas ditawan PAS pada 2008. Perbezaan undi yang kecil - 646 undi - membimbangkan PAS dan kegagalannya menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju dengan pelawaan UMNO itu menyebabkan beliau ‘diserang’.

TENGKU Razaleigh bersalaman dengan masyarakat Orang Asli di Pos Hau ketika membantu calon BN berkempen, semalam.

Pada setiap kali hampir pilihan raya – sama ada kecil atau pilihan raya umum – PAS secara terbuka mengatakan parti itu melarang ahlinya yang berkempen menggunakan isu peribadi bagi menyerang calon atau mereka yang membantu calon.

Namun semuanya itu tidak dipatuhi. Kadangkala yang mengeluarkan arahan itu melanggar arahan sendiri. Selagi di namakan kempen terutamanya pada musim pilihan raya, individu politik yang bekerja dalam mengetengah atau memenangkan seseorang calon pun turut kena serang.

Soal peribadi yang kadangkala sehingga membabitkan isu ‘dalam kelambu’ pun cuba dilondehkan.

Contohnya di Galas, selepas isu diperkatakan mengenai calon, pihak yang berlawan kemudian menyerang sesiapa sahaja yang didapati boleh ‘diketengahkan isu mereka’ bagi mempengaruhi rakyat mendapatkan undi.

Tidak terkecuali Tengku Razaleigh Hamzah – Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang yang diberikan mandat oleh UMNO supaya mengetuai jentera pilihanraya kecil Gua Musang.

Dari awal PAS seakan ‘bengang’ apabila Tengku Razaleigh menerima pelawaan itu (UMNO).PAS tahu pengaruh Tengku Razaleigh di Gua Musang. Biar UMNO lama berkecai dan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket apa pun di Gua Musang, beliau menang.

Dan terbukti apabila beliau menang semestinya kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang cukup kuat, biarpun kerusi Galas mampu ditawan PAS pada 2008. Perbezaan undi yang kecil - 646 undi -membimbangkan PAS dan kegagalannya menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju dengan pelawaan UMNO itu menyebabkan beliau ‘diserang’.


Juga penting, Tengku Razaleigh tahu apa masalah sebenar di Gua Musang, khususnya di Galas - termasuk penerokaan dan rampasan tanah Orang Asli (gambar kanan) kononnya untuk dijadikan Ladang Rakyat.

Selain itu, pada usianya 73 tahun dan demi tugasnya Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas, tidak menunjukkan kepenatan untuk meredah belantara hampir 12 jam untuk bertemu lebih dekat dengan pengundi Orang Asli.

Ia tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar. Biarpun melalui jalan tanah merah berdebu selama empat jam menuju ke Pos Balar dan menghadapi perjalanan yang sukar dengan beberapa kenderaan tersangkut dalam selut tanah merah, Tengku Razaleigh begitu kuat semangatnya.

Tengku Razaleigh juga bersemangat memberikan ucapan apaabila mengatakan: "Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan Orang Asli. Ia terbukti apabila kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti klinik kesihatan dan sekolah serta peruntukan RM10.8 juta untuk pembangunan Orang Asli di Gua Musang," katanya.

Beliau berkata, ia berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang kononnya hendak menjaga kebajikan Orang Asli, tetapi sanggup menggadai tanah yang diduduki mereka kepada pihak lain bagi tujuan pembalakan dan Ladang Rakyat.

"Kita akan berunding dengan kerajaan negeri supaya memberikan hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli untuk dijadikan tapak rumah, tanah perkuburan dan tanah pertanian supaya mereka juga mempunyai harta pusaka untuk diwariskan kepada generasi mereka. “Ladang rakyat yang kononnya dilaksanakan untuk kebaikan Orang Asli hanya karut kerana mereka hanya menjadi kuli dan sedangkan Orang Asli mahukan tanah sendiri," katanya.

Dari situ beliau ke Pos Hau pula, yang mengambil masa empat jam perjalanan lagi dengan laluan lebih sukar kerana hujan. Tanpa menghiraukan penat, beliau menunjukkan sikap pemimpin berjiwa rakyat melayan masyarakat di Pos Hau yang mempunyai kira-kira 200 penduduk.

Pertanyaan di sini, berapa ramai pemimpin PAS, termasuk Nik Aziz sendiri sanggup berbuat seperti Tengku Razaleigh ini? Nyata sekali ia bukan dilakukan oleh Tengku Razaleigh ketika musim pilihan raya kecil ini sahaja kerana ‘anak raja berjiwa rakyat’ itu sudah tahun selok belok ke kawasan Orang Asli dalam kawasan parlimennya.

Tetapi bagi PAS, usaha Tengku Razaleigh ini dilihat boleh menggugat kemenangan untuk berpihak kepada mereka.

Bemula semalam, PAS memulakan serangan peribadi kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu melalui siri kempennya pada pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung 4 November ini.

Hakikatnya perkembangan itu bertentangan dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyatakan Pas tidak menentang Tengku Razaleigh tetapi parti yang diwakilinya.

JIka sebelum ini calon BN, Abdul Aziz Yusof (gambar kiri) diserang bertalu-talu hanya kerana memiliki Sijil Pelajaran Malaysia, serangan terhadap Tengku Razaleigh bermula pada Ceramah Perdana kepemimpinan pakatan pembangkang di Sungai Terah malam kelmarin, selain sidang akhbar harian parti itu di Markas Besar Pas di Gua Musang, pagi semalam.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada sidang media itu menyifatkan Tengku Razaleigh sebagai pengkhianat. Ini kerana Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu bertanggungjawab terhadap kehilangan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Semangat 46 dan Pas berpecah kira-kira 14 tahun lalu.

Kata Wan Rahim: “Dulu masalah di Kelantan ini, kita banyak bergantung kepada Tengku Razaleigh dan Semangat 46 untuk semua permasalahan Orang Asli sebab ia melibatkan Gua Musang yang mengandungi satu kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri.

"Jadi semua urusan kita serah kepada dia, bila Tengku Razaleigh hancurkan Semangat 46 dan masuk balik UMNO, kita tidak ada fail dan tidak tahu di mana hendak mula, ini satu pengkhianatan yang Tengku Razaleigh dan Semangat 46 buat," tegasnya.

Kenyataan keras itu dikeluarkan ketika beliau diasak oleh pemberita mengenai isu yang membabitkan masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang. Isu orang Asli ini diperkatakan kerana pada pilihan raya kecil ini, undi daripada masyarakat Orang Asli dilihat amat penting kerana ia menjadi faktor penentu kepada kemenangan kedua-dua pihak.

Selain itu, pada Ceramah Perdana di Sungai Terah malam kelmarin, Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim mempertikaikan sumbangan Tengku Razaleigh dalam membangunkan kawasan ini biar pun telah lama menjadi wakil rakyat. "Barisan Nasional (BN) dalam ceramahnya kata kita tidak buat pembangunan. Saya nak tanya selama 40 tahun menjadi wakil rakyat di sini apa yang Ku Li (Tengku Razaleigh) buat? "Apa yang BN buat hanya tunjukkan kain pemidang buat pembangunan itu dan ini tapi pembangunan apa yang dia buat di sini?" tanya beliau.

Kritikan atau serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat di hadapan Nik Aziz; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada ceramah tersebut juga, Nik Abdul Aziz, Anwar dan Guang Eng turut menyentuh mengenai pemberian royalti minyak yang dikatakan menjadi hak rakyat negeri ini.

Tengku Razaleigh pula secara sinis berkata, kerajaan PAS Kelantan sepatutnya menyiasat 'orang dalam' berhubung dakwaan 'kehilangan' fail berkaitan hak milik tanah Orang Asli. Ini kerana isu hak milik tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua dokumen mengenainya sepatutnya berada dalam simpanan pegawai dalam kerajaan.

Malah secara dengan berseloroh beliau berkata, pegawai dalaman kerajaan PAS Kelantan merupakan individu yang perlu disyaki – bukan beliau - jika benar dakwaan kehilangan dokumen berkenaan wujud.

Bagi Tengku Razaleigh, semua tuduhan itu karut dan beliau tidak mau terbabit dalam polemik tuduh-menuduh yang cuba dilakukan oleh PAS bagi meraih undi khususnya di kalangan kaum berkenaan.

Begitu juga dengan tuduhan beliau sebagai pengkhianat apabila membubarkan Semangat 46dan menyertai UMNO.
Yang penting Tengku Razaleigh sudah menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu selama 35 tahun dan kenapa rakyat di kawasan itu tetap memilihnya adalah jawapan kepada tuduhan berkenaan.

"Tak apalah, katalah... yang tidak khianat... kalau tidak saya tak akan kenal sebagai wakil rakyat. Saya tak curi duit, tak ada curi apa-apa, macam-macam saya lakukan untuk bantu rakyat di sini," katanya.

Yang penting, beliau berkhidmat bukan untuk menutup kritikan – termasuk kritikan peribadi daripada pemimpin PAS – yang lebih penting, rakyat lebih mengenali beliau apabila terus memberi kepercayaan untuknya menjadi Ahli Parlimen di situ, termasuk pada pilihan raya umum terbaru, April 2008.

Apakah ada persamaan rekod sebagai Ahli Parlimen lain di Kelantan setanding dengan Tengku Razaleigh?

Wednesday, October 27, 2010

BATU SAPI & GALAS – PEMBANGKANG TIDAK PERNAH BERSATU

Mungkin sedikit kekurangan pada dua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan kawasan Parlimen Batu Sapi namun, persoalan lebih besar ada pada tiga calon pembangkang.

Apa kekurangannya? Calon BN Abdul Aziz Yusoff mungkin sekadar berkelulusan SPM dan di Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin – ada sebilangan penyokong BN dikatakan tidak bersetuju dengan beliau. Yang lain tiada cacat celanya. Kedua-duanya muka baru.

Tahniah Barisan Nasional (BN) kerana berani meletakkan muka baru - bukan calon kiter semula!

Seperti kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Aziz, 49, mempunyai kelebihan tersendiri selaku anak tempatan dan sudah lama berkhidmat dengan masyarakat di Gua Musang terutamanya kawasan Galas.

Ini bermakna perbezaan latar belakang pendidikan antara calon BN dengan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed, diyakini tidak akan menjejaskan peluang BN untuk merampas semula kerusi DUN Galas.

BN sudah menafikan tohmahan kononnya calon BN –Linda di Batu Sapi - itu tidak tahu berbahasa Melayu serta kurang pengalaman pentadbiran. Tuduhan itu andaian semata-mata oleh pihak yang belum mengenali Linda.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam berkata BN ada strategi tertentu yang akan disusun supaya pengundi Batu Sapi lebih yakin calon terbaik adalah Datin Linda (Tsen Thau Lin) dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan itu.

"Bagi saya, Datin Linda adalah calon terbaik untuk bertanding di pilihan raya kecil Batu Sapi dan yakin dengan keputusan memilih beliau," katanya.

Sebaliknya di pihak pembangkang, calonnya juga banyak kekurangan. Zulkefli belum mampu meyakinkan kepada rakyat di Galas mengenai tuduhan peribadi terhadapnya.

Keraguan tetap timbul apabila calon PAS Dr. Zulkefli Mohamad menerima penentangan oleh segelintir pihak dalam PAS sendiri kerana Dewan Pemuda PAS Gua Musang mahukan Ketua Dewan Pemuda mereka, Abdullah Hussain pilih sebagai calon.

Malah ada juga di kalangan pembangkang yang berpendapat pemilihan Dr Zulkefli tidak tepat kerana beliau sudah dua kali kalah di Gua Musang selain bukan anak tempatan Galas. Dengan kata lain dengan meletakkan calon kitar semula, seolah-olah PAS tandus dengan calon anak tempatan.

Memanglah Dr. Zulkefli sudah menjawab segala tohmahan yang beliau pernah ditangkap basah. Persoalan baru apakah beliau masih bujang?

Seperti disebut oleh Kickdefella: “Pihak media juga kebingungan dengan status perkahwinan Dr. Zulkefli kerana menurut mereka yang hadir sewaktu pengumuman nama calon PAS minggu lepas, Dr. Zulkefli dikatakan sebagai seorang bujang. Tetapi di dalam sidang media menafikan beliau pernah ditangkap basah, Dr. Zulkefli dikatakan menyebut nama seorang perempuan sebagai isterinya.”

Di Batu Sapi pula, amat jelas pembangkang tidak boleh duduk semeja untuk bertanding sama dan membiarkan satu lawan satu. Amat jelas Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tamak dan tidak beri laluan mudah kepada Yong Teck Lee (SAPP) dan Linda Tsen (BN-PBS).

PBS melalui Ansari Abdullah mengemukakan borang untuk bertanding keseriusan parti itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menjadi tanda tanya kelmarin apabila parti itu belum membayar wang deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga pukul 2.30 petang. Calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi perlu membayar deposit RM15,000 termasuk deposit untuk berkempen sebanyak RM5,000.

Menghairankan juga , walaupun 26 borang pencalonan Parlimen Batu Sapi telah dijual kepada parti-parti politik dan individu tiada calon bebas bertanding. Empat parti yang membeli borang iaitu Barisan Nasional (BN), SAPP, PKR dan Bersekutu.

Masalah pembangkang khususnya PKR jika menurut analogi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin - PKR bukan sahaja menghadapi masalah dalaman yang serius di Sabah malah parti itu kini sedang berada di ambang kehancuran."Saya rasa parti pembangkang yang patut bertanding di Batu Sapi adalah SAPP kerana ia parti tempatan dan lebih mengetahui masalah penduduk di situ berbanding PKR. PKR merupakan parti yang hendak mati, yang hendak hancur. Jadi berilah peluang kepada parti lain untuk bertanding," katanya kelmarin.

Yong Teck Lee pula adalah bekas Ketua Menteri BN Sabah dari 1996 hingga 1998, peguam dan ahli politik adalah bekas ADUN Likas antara 1985 dan 2002 juga Ahli Parlimen antara 1999-2002. Peguam yang berasal dari Lahad Datu itu menghadapi perbicaraan Mahkamah Pilihan Raya apabila didakwa terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihan raya.

Perbicaraan itu berlarutan selama beberapa tahun sehinggalah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Teck Lee untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang memutuskan beliau bersalah.
Beliau diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun bermula 2001 dan tempoh itu telah berakhir pada Jun tahun 2006. Beliau sebelum itu bertanding bagi kerusi DUN Likas terpaksa mengosongkan kerusi tersebut bersama kerusi Parlimen Gaya (sekarang Sepanggar) serta tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

Teck Lee yang tidak pernah dicabar bagi jawatan Presiden SAPP yang disandangnya itu sehingga 2010 dan bertanding pada pilihan raya umum 2004. Bagaimanapun, beliau yang menamatkan tempoh larangan itu pada 2007 membuat keputusan untuk terus tidak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Peristiwa mengejutkan BN ialah pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Ketika itu, SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun yang menang atas tiket BN pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Mengenai tindakan SAPP mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah Ahmad Badawi, pada esoknya 19 Jun 2008, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggapnya sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa. Bagaimanapun, Nik Aziz berkata, tindakan SAPP itu merupakan “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam pakatan pembangkang.

Namun kata-kata Nik Aziz itu tidak benar kerana SAPP tetap bertanding dan PKR juga tidak member laluan.

Tokoh kontroversi ini akan menguji pengundi di Batu Sapi apakah boleh menerimanya setelah beliau pernah ‘kencing’ PBS dengan bertindak keluar daripada PBS dan diikuti oleh beberapa wakil rakyat PBS lain yang menyertai UMNO akhirnya menumbangkan kerajaan PBS pada 1994.

PKR juga menghadapi masalah kelmarin apabila hampir separuh penyokong pakatan pembangkang yang kebanyakannya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar Dewan Haka di Sandakan sebaik sahaja nama Ansari Abdullah diumumkan sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi 4 November ini.

Kebanyakan ahli PKR mengharapkan Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini dicalonkan, sebaliknya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Ketua Cabang PKR Tuaran itu. Menurut penyokong parti itu, Thamrin merupakan pilihan utama kebanyakan ahli pakatan pembangkang.

"Saya ialah anak Sabah dan calon pakatan. Kami mahu menjadikan Batu Sapi sebagai batu loncatan ke Putrajaya," katanya.

Amat jelas kini pada ketika calon BN, Abdul Aziz dan Linda mahu memberikan bakti kepada rakyat di kawasannya selain memperkukuhkan 1 Malaysia, tiga calon pembangkang pula mempunyai keinginan berlainan – dua untuk kembalikan maruah diri (Zulkefli dan Teck Lee) sementara seorang lagi berusaha menempah laluan menakluki Putrajaya.

Apakah keinginan dan cita-cita mereka itu akan menjadi kenyataan dan mengatasi usaha dua anak tempatan yang berusaha menabur bakti membangunkan rakyat di kawasan yang akan mereka wakili selepas pilihan raya kecil ini?

Monday, October 25, 2010

BILAKAH BULAN PAS AKAN JATUH KE RIBA?


Semangat Setiakawan? Kesian dengan YB PAS yang perjuangkan parti 'anti Negara Islam' dan rasis. Ada ke pemimpin DAP menaikkan bendera banting PAS? Fikirkan wahai Orang Kelantan!

Nak kerja untuk rakyat bukannya nak jadi pensyarah universiti atau nak jadi doktor.

Yang penting seseorang itu dapat menjalankan tugas dengan cemerlang.

Ada kelulusan perubatan pun tapi kalau dok jadi abdi DAP seperti Dr Hatta Ramli tu buat apa?

Macam mana orang di Kuala Krai boleh undi dia jadi Ahli Parlimen pun kita tak faham. Apakah orang Kuala Krai yang pilih Hatta Ramli berfikiran macam wakil rakyatnya juga yang boleh diperkudakan oleh DAP.

Taukan DAP tu apa? Ia parti yang menentang HUDUD dan NEGARA ISLAM.

Kadang-kadang kesian dengan pemimpin PAS yang ada kelulusan tetapi 'tidak menggunakan otak dan kepakaran Islam yang mereka ada'.

Atas kepentingan inilah mungkin Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Abdul Aziz Yusof yang diletakkan sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil DUN Galas akan dapat menandingi calon PAS Dr Zulkefli Mohamad walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pagi ini penamaan calon akan dilangsungkan ketika PAS dikatakan mula berbelah bahagi dengan calonnya yang diumumkan lebih awal kerana sebab-sebab peribadi beliau.

Kata Muhyiddin, beliau tidak merasakan perkara itu akan menjadi isu dalam pilihan raya kecil kali ini kerana masyarakat perlu menilai Abdul Aziz secara keseluruhan. Hakikatnya, Abdul Aziz mewakili parti BN yang mempunyai keupayaan sumber yang besar berbanding PAS yang membentuk kerajaan di Kelantan.

Abdul Aziz yang berkhidmat di kawasan itu sejak 1983 bukan muka baru malah hampir setiap ceruk beliau sanggup mencurahkan baktinya ketika berkhidmat dengan Kesedar.

“Beliau dipilih oleh Perdana Menteri selepas berbincang dengan kepemimpinan UMNO bahagian dan Badan Perhubungan Kelantan. Kita berharap pengundi Galas dapat memberi mesej yang kuat, yang rakyat masih mahukan pembangunan untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Hakikatnya, pembangunan duniawi yang dilaksanakan BN adalah sebahagian tuntutan agama.

"Daripada profil DUN Galas yang mempunyai pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli, ia memberi gambaran DUN Galas sebagai contoh 1Malaysia. Dalam hal ini, hanya kerajaan BN lebih mampu dan berupaya memenuhi kehendak rakyat," katanya pada majlis pengumuman calon BN di Balai Rakyat Bukit Chekati, Gua Musang kelmarin.

“Atas nama beliau sendiri tak mungkin boleh (menang) tapi kerana dia mewakili parti. Maka parti lebih berupaya. Hari ini kita buktikan melalui flat yang dibangunkan itu,” katanya.

Beliau merujuk kepada satu Projek Perumahan Rakyat yang dilancarkannya kelmarin. Projek pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah itu dibina dengan peruntukan sebanyak RM180 juta dan disasarkan kepada sebanyak 10,000 rakyat miskin di kawasan itu.

Sebanyak 18 blok rumah pangsa lima tingkat yang diumumkan di Taman Wangi, sebuah kawasan perumahan di dalam kawasan DUN Galas.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyeru supaya pengundi di situ memilih Abdul Aziz sebagai wakil yang mampu menyuarakan tuntuan mereka. “Kalau ada tuntutan yang beliau perlu sampaikan kepada kerajaan, ini akan diberi layanan dengan saksama,” katanya lagi.

Jelasnya, pendekatan itu merupakan salah satu pendekatan “inklusif” BN bagi memenangi hati masyarakat pelbagai kaum seperti di dalam DUN Galas.

Kerana itu Muhyiddin mengatakan PAS tidak boleh diharap apa-apa pun. “Kalau hendak harapkan PAS, (seperti) menunggu bulan jatuh ke riba. Tapi bukan kita cakap sebab begitu dengan bongkak atau sombong tapi nak cakap dengan realitinya memang kita berupaya,” katanya selepas pengumuman calon berkenaan di Gua Musang semalam.

PAS seakan-akan tiada orang lain untuk diketengahkan lagi apabila memilih meletakkan pengamal perubatan Dr Zulkefli Mohamad, 44, yang juga pemangku yang dipertua parti itu di Gua Musang, sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil 4 November itu. Lulusan Universiti Malaya itu mempunyai kliniknya di Ciku 3, iaitu kira-kira 50 kilometer dari bandar Gua Musang. Beliau adalah anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Guchil pada 1974, iaitu Mohamed Awang.

Berbeza dengan calon BN, beliau adalah muka lama yang terpaksa dikitar semula kerana pernah bertanding di Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali, iaitu dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008,- kedua-duanya tewas di tangan Tengku Razaleigh.

Kononnya berdasarkan faktor Dr Dzulkefli pernah ‘mengalahkan’ Ketua Umno Gua Musang di DUN Galas pada 2008 dengan kelebihan 317 undi Dr Zulkefli dipilih.

BN memilih Abdul Aziz, 49, iaitu pengurus Pejabat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), sebuah agensi pusat bertanggungjawab memacu pembangunan Hulu Kelantan, yang dirintis ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika menjadi menteri kewangan.

Anak kelahiran Kampung Bertam Baru, dekat Paloh, mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat selepas menyertai Kesedar sejak 1983, biarpun berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikan Abdul Aziz sebagai muka baru yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno. Abdul Aziz - Setiausaha Umno bahagian Gua Musang – rela melepaskan jawatannya dalam Kesedar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Yang pasti Abdul Aziz adalah calon 1 Malaysia yang memperjuangkan masyarakat adil dan saksama di negara ini.

Sunday, October 10, 2010

SYED HUSIN SEBENARNYA YANG ‘GALAS BIAWAK HIDUP...’

Tengku Razaleigh Hamzah ingin berkhidmat untuk partinya. Untuk bangsanya dan agamnya. Kenapa dia dituduh sanggup ‘galas biawak hidup’?

Apakah keputusan dan kesediaan Tengku Razaleigh itu suatu kerja keji dan tidak berguna sehingga kesediaan veteran Umno yang menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang?

Apakah apabila menyokong dan menggalas kerja pembangkang sahaja menjadi kerja yang mulia dan perlu disanjungi?

Bukankah Tengku Razaleigh itu ahli dan pemimpin UMNO?

Bukankah dia menjadi Ahli Parlimen itu kerana bertanding atas tiket UMNO?

Mengejut dan menghairankan apabila timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".

"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk UMNO. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," kata Syed Husin dalam laman Twiter.

Semalam, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengesahkan menerima pelantikan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas pulang daripada bercuti di luar.

Tengku Razaleigh sudah menyatakan dengan jelas beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota parlimen kawasan berkenaan.

Cuma yang belum disahkan ialah keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya berkenaan kerana hanya akan diputuskan esok apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenapa Syed Husin bagaikan marah sedemikian rupa?

Apakah kerana gagal menggugat UMNO atau menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju membantu UMNO?

Syed Husin mungkin tidak sedar dirinya sebenarnya yang mendukung biawak hidup. Hingga ke tahap beliau mengundurkan diri daripada partinya, beliau turut ‘berkudis’ kerana partinya semakin teruk ditimpa masalah.

Kesanggupannya untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai PKR membawa padah kerana parti itu semakin hilang sokongan pada ketika parti asal pimpinanannya lama berkubur!

Malah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipuja-puja oleh Syed Husin pula jelas semakin dihimpit masalah ‘membersihkan dirinya’daripada tuduhan liwat dan intim dengan puak Yahudi di luar negara!

Daripada mengatakan Tengku Razaleigh yang mendukung biawak hidup, elok Syed Husin melihat dirinya yang terpaksa ‘memikul Anwar’ dan partinya yang semakin berkudis dan bernanah dengan pelbagai penyakit.

Kerja menjamin kemenangan UMNO bukan kerja kotor dan jijik bagai mendukung biawak hidup tetapi kerja untuk parti yang mendokong Melayu dan Islam.

Memalu dan tidak wajar jika Syed Husin menuduh Tengku Razaleigh demikian!

Juga tidak wajar untuk Syed Husin bertanyakan sama ada Tengku Razaleigh ada pilihan lain selain UMNO.

Bagi Tengku Razaleigh sudah amat jelas baginya. Tiada yang lain, melainkan UMNO.

Hanya UMNO ada pada dirinya!

Friday, October 8, 2010

SELAMAT PULANG DR M & TENGKU RAZALEIGH

Ada dua peristiwa menarik hari ini dan esok.

Hari ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual tiba ke Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah pesawat khas.

Pesawat berkenaan dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Tullamarine di Melbournea berlepas kira-kira 3 petang (1 tengah hari waktu Malaysia).

Dr Mahathir pulang selepas keluar hospital Epworth dan berehat di sebuah hotel di Melbourne kerana jangkitan di dada. Beliau dibenarkan keluar dari hospital pada Selasa dan kemudiannya berehat di sebuah hotel hinggalah hari ini.

Bekas Perdana Menteri, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dijadual berucap kepada pelajar Malaysia dalam sebuah bengkel di Melbourne pada Sabtu namun dibatalkan selepas beliau sakit.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggantikan Dr Mahathir pada seminar itu.

Dan pagi esok, kira-kira pukul 7 pagi di Bilik Ketibaan Orang Kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tiba dari penerbangan London dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukannya di Galas.

Meskipun setakat ini beliau sendiri belum 'buka mulut' mengenai pelantikannya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO dan BN bagi pilihan raya kecil itu - cuma dalam Twitter sahaja - namun orang ramai mula bercakap tentang kedudukannya sebagai calon untuk menggalas cabaran BN di kerusi itu.

Dan ketika ini pun, kenyataan terbaru beliau mengenai isu di Gua Musang, khususnya Galas diluahkan menerusi pegawai khasnya, Mohd. Lukhman Ghani.

Menurut tulisan Zulkifli Jalil dalam Utusan Malaysia hari ini, Tengku Razaleigh atau mesra dipanggil Ku Li yang lahir pada 13 April 1937 bukan sekadar orang lama dalam politik tetapi 'masak' dengan sepak terajang arena ini.

Putera Raja dan juga merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini, Tengku Anis begitu banyak jasanya kepada penduduk Gua Musang.

Dengan keluasan Gua Musang satu perempat Kelantan dan kedudukan rumah-rumah penduduk yang agak jauh antara satu sama lain, jajahan itu bukan asing bagi Ku Li yang menyaksikan jasa dan sumbangannya kepada penduduk yang bukan sedikit.

Pilihan Raya Kecil Galas yang ditetapkan tarikhnya pada 4 November depan sebenarnya membuka peluang kepada BN dan UMNO untuk merampas semula kerusi DUN tersebut.

Galas satu-satunya DUN dalam Parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh pakatan pembangkang. Dua lagi DUN iaitu Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN yang turut menguasai kerusi Parlimen Gua Musang di bawah Ku Li sejak sekian lama.

Sememangnya, bagi Pas, pelantikan Ku Li satu cabaran berat untuk mereka dalam usaha mengekalkan kerusi berkenaan yang sempat diduduki tidak sampai tiga tahun.

Ia diakui sendiri oleh Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron baru-baru ini bahawa Pas berdepan cabaran berat berikutan pelantikan Ku Li. Apatah lagi jika disorot ketokohan dan kemampuan Ku Li yang pernah mencipta rekod dengan menumbangkan kerajaan Pas Kelantan pada 1978.

Pas bimbang sekiranya Galas jatuh, ia mengukuhkan lagi usaha BN untuk menumbangkan kembali kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Sedangkan Pas akan meraikan ulang tahun ke-20 pemerintahannya tidak lama lagi.

Mengulas senario ini, penganalisis politik, Profesor Madya Mohamad Md. Yusof bersetuju sekiranya Ku Li dicalonkan memandangkan beliau seorang wakil rakyat yang mesra rakyat.

"Beliau cocok sekali dan mampu merampas kerusi daripada Pas berdasarkan senario Pas yang semakin gawat akibat kelemahan pentadbiran Kelantan khususnya dalam menangani isu kesultanan," kata beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) kepada akhbar ini semalam.

Bagi seorang lagi penganalisis dari Universiti Malaya (UM), Noor Sulastri Yurni Ahmad nadanya agak berbeza. Beliau mengakui isu calon akan mewarnai pilihan raya kecil itu kali ini.

"BN patut tonjolkan muka baru. Memang dah elok letakkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN di Galas tetapi sebagai calon, saya tidak fikir begitu. Sekali pun Ku Li menang, ia tidak menyumbang kepada populariti BN di Kelantan yang saya percaya negeri itu masih akan kekal sebagai hak mutlak Pas pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita semalam, berkata: “Saya fikir beliau tidak akan setuju jika dicalonkan tetapi secara peribadi selaku Ketua Penerangan UMNO, saya sambut baik kerana beliau ternyata orang yang banyak pengalaman."

Apa pun kita tunggu jawapan Ku Li esok.

Sementara untuk Dr Mahathir pula kita gembira beliau semakin sihat tetapi tetap mendoakan beliau cepat sembuh dan sihat walafiat selamanya.

Thursday, October 7, 2010

CALON ORANG ASLI UNTUK PERSENDA KU LI?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Oktober ini.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata semalam SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 September lepas berhubung kekosongan kerusi DUN Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan berikutan wakil rakyat, Chek Hashim, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada Barisan Nasional (BN), mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Pada ketika SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi, dua kenyataan PAS Kelantan semalam menarik perhatian.

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa bahawa parti itu sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi DUN Galas membawa banyak makna.

Kata Husam ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap PAS.

Beliau mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.

Husam memberi alasan PAS menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.

Namun kenyataan Husam selalunya ‘penuh bermakna’. Apakah Husam sengaja menyatakan PAS bersedia meletakkkan calon Orang Asli sebagai mempersendakan UMNO dan Barisan Nasional yang mencadangkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di situ?

Atau PAS awal-awal sudah merasakan mereka akan kecundang dan daripada menanggung malu meletakkan calon mereka, PAS Kelantan lebih rela ‘menggadaikan maruah’ dengan meletakkan calon Orang Asli.

Kenyataan Husam berbeza dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS sudah ada calon.

Nik Aziz mengatakan pihaknyta tidak akan memberi kemenangan percuma jika Tengku Razaleigh menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu biarpun Anggota Parlimen tersebut pernah memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berhubung isu tuntutan royalti minyak.

"Tuntutan royalti dan menentang calon dalam pilihan raya adalah perkara yang berbeza," katanya semalam. Nik Aziz mengatakan PAS sudah mempunyai calon yang sesuai untuk diketengahkan.

"Calon memang ada dan sekarang ini makin ramai orang layak jadi calon, kerana kita tunjuk secara fizikal dan praktikalnya di Kelantan, yang mneyebabkan orang Melayu, orang Cina pun sudah tertarik," tambahnya.

Apakah Nik Aziz akan tertarik dengan cadangan Husam untuk meletakkan Orang Asli jika Tengku Razaleigh menjadi calon.

Kita sama-sama tunggu nanti.

Apapun, pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.

Beliau berkata Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Katanya daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).

Beliau berkata 11 buah sekolah, sebuah balai rawatan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan sebuah dewan akan digunakan sebagai pusat mengundi yang kesemuanya mengandungi 25 saluran tempat mengundi.

Wan Ahmad berkata Ketua Jajahan Gua Musang Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dilantik sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya selain tiga Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan.

Katanya SPR akan menggunakan Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebagai pusat penamaan calon dan Dewan Pusat Sivik Gua Musang sebagai pusat penjumlahan rasmi undi.

Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter. Katanya 323 petugas terlibat sepanjang pilihan raya kecil itu.

Saturday, October 2, 2010

MUNGKINKAH KEPUTUSAN KU LI AKAN MEMERITKAN UMNO, BN

Ternyata Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pemimpin UMNO Kelantan tetap popular dan digeruni.

Beliau bukan sekadar diperkatakan sebagai calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, malah ada cadangan untuknya menjadi pengarah pilihan raya berkenaan.

Sehingga ini Tengku Razaleigh masih membisu terhadap cadangan itu.

"Kebisuannya' itu mengundang pelbagai spekulasi.Ada mengatakan beliau perlu berfikir panjang kerana sebelum ini beliau menyokong beberapa langkah kerajaan PAS Kelantan dan paling terbesar ialah tuntutan royaliti minyak oleh kerajaan Kelantan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pula tidak mahu terikat mengenai cadangan Pemuda UMNO Kelantan supaya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

Najib menjawab selamba soalan wartawan: “Kita tak akan bercakap mengenai calon ketika ini... saya masih menunggu cadangan.”

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbangkan sebagai calon BN untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas itu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon yang paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Bagaimanapun, kata beliau, soal sama ada Tengku Razaleigh yang telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas mahu bertanding atau mempunyai calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, ia terpulang kepada bekas Menteri Kewangan itu.

"Sebagaimana biasa kita beri lebih ruang pada Ku Li untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, ini kita akan berikan keutamaan," katanya semalam.

Muhyiddin berkata, terserah kepada UMNO bahagian Gua Musang yang diterajui Tengku Razaleigh Hamzah untuk menentukan calon terbaik mewakili BN.

Yang pasti Najib sendiri sudah memberi jaminan BN akan meletakkan calon terbaik untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada Pas kerana barah usus pada Ahad lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi sekali gus membuatkan pemerhati politik menganggap BN mempunyai peluang baik untuk merampas kembali kerusi DUN itu.

Dan dalam keriuhan dan kegairahan UMNO memperkatakan mengenainya, anggota Parlimen Gua Musang itu hanya berdiam diri.

Sehingga ini beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung pelantikkannya sebagai pengarah pilihan raya UMNO/Barisan Nasional (BN) yang diberikan kepadanya bagi pilihan raya kecil Galas.

"Saya tidak menyatakan ya atau tidak. Saya akan menjelaskannya apabila saya kembali ke Malaysia," katanya dalam laman sosial, Twitter.

Tengku Razaleigh ketika ini berada di luar negara.

PAS melihat UMNO terpaksa melantik Tengku Razaleigh menjadi Pengarah Pilihanraya UMNO PRK Galas dan sesuatu yang luarbiasa kerana dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelumnya, pengarahnya mestilah Timbalan Presiden UMNO ataupun Naib Presiden UMNO.

Menurut seorang pemimpinnya, terbukti UMNO takut kepada Tengku Razaleigh Hamzah kerana pengaruh beliau yang kuat di Gua Musang.

Jarang sekali perkara sebegini berlaku. Sepatutnya Ku Li boleh membaca strategi UMNO yang menggunakan pengaruhnya bila terdesak tetapi melihatnya macam sampah pada waktu yang lain terutama semasa pemilihan.

Adalah diharapkan Ku Li sedar dan tidak menjadikan ‘pujukan’ UMNO ini sebagai batu loncatan untuk menghentam PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti. Kalau sebelum ini Ku Li lantang dan senada dengan PAS dalam isu royalti ini, maka diharapkan beliau tidak membuat pusingan ‘U’ 360 darjah semasa PRK Galas nanti.

Pengumuman untuk meletakkan Tengku Razaleigh sebagai pengarah pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas biarpun dikatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, sebagai tidak memberi kelebihan kepada parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) atau PAS, hakikatnya bagi pemimpin PAS Kelantan, ia sedikit gusar.

Ini kerana PAS Kelantan beberapa hari lalu mengakui "sedikit gusar" dalam usahanya mempertahankan kerusi DUN Galas berikutan pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, berkata ini kerana ketokohan Tengku Razaleigh akan memberi impak yang besar dan boleh membawa kemenangan kepada BN.

"Trek rekod Ku Li adalah sangat baik dan tiada siapa yang boleh menafikan ketokohannya. Kita akui laluan kita di Galas menjadi lebih sukar kali ini apatah lagi kita hanya menang tipis pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Di Kelantan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar, berkata pelantikan Tengku Razaleigh sangat wajar dan beliau mampu mengembalikan kerusi Galas kepada BN. "Kami akan bekerja habis-habisan bagi membantu beliau," kata Noor Zahidi.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad pula, menyifatkan pelantikan itu sebagai sangat tepat dan diterima semua pihak termasuk parti komponen BN yang lain.

"Ia langkah sangat bijak dan Tengku Razaleigh seorang yang dihormati dan satu nama besar dalam politik dan sudah tentu ini memberi kelebihan kepada BN," katanya.