Hujan sekejab-sekejab semalam membuatkan hati kembali
risau dengan keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu. Apalagi guruh masih
berdentam-dentum di laut China Selatan dan di kawasan Hulu Terengganu.
Yang menarik, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini memberi
jaminan pihaknya bersiap siaga
menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir buruk di Kelantan dan
Terengganu. Ia berikutan hujan lebat masih berterusan di beberapa tempat.
Kelmarin, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja
Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata aset ATM seperti helikopter dan
anggota tentera telah dikerah ke lokasi banjir.
Raja Mohamed Affandi juga berkata selain Kelantan dan
Terengganu, ATM juga memantau situasi banjir di Pahang.
Pada 5 Januari lalu, Raja Mohamed Affandi membuat kunjungan hormat
ke Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehari sebelum itu, Najib meminta semua pihak beri kerjasama kepada anggota keselamatan selain berdoa
agar Allah SWT permudahkan &
beri kekuatan untuk harungi
musibah ini.
Menyebut anggota keselamatan, lantas teringat kepada
rakan sekolah antara 1967 hingga 1970 di Besut, Rodzali Daud (kini Tan Sri)
yang sudahpun bersara daripada menjadi Panglima Tentera Udara.
Di Facebooknya, diletakkan gambar profilnya berdekatan sebuah pesawat. pejuang
Bangga dengan beliau bukan sahaja kerana dia anak Besut,
Terengganu menjadi Panglima Tentera Udara tetapi beberapa bulan sebelum bersara,
sempat menerima kunjungan peribadi saya
ke pejabatnya selpas berpisah diusia 15 tahun.
Namun kini yang turut membanggakan ialah suatu kedudukan
- tidak diketahui sama ada ia SURATAN ATAU KEBETULAN – apabila tiga anak
Terengganu yang terbukti ‘Memang Hanelang’.
Ketiga-tiga anak kelahiran Terengganu kini menjawat kedudukan
penting dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Mereka dimaksudkan ialah:
1. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed
Noor yang dilahirkan di Kampung Raja, Besut memulakan tugas secara rasmi
sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu mulai 19 Disember lalu.
2.
Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim pula
pada tarikh tersebut secara rasmi dilantik sebagai Panglima Tentera Darat
ke-26 menggantikan Raja Mohamed Affandi pada 16 Disember lalu. Beliau kelahiran
Gong Kapas, Kuala Terengganu pada 1959.
Tentera Laut mulai 18 November 2015. Beliau yang dilahirkan pada
1 Januari 1959
di Kuala Terengganu, sebelum ini menjawat jawatan Asisten Ketua
Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Raja Mohamed Affandi mengambil alih jawatan itu daripada
Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan merupakan Panglima ATM Ke-19, mulai 20 Disember
lalu.
Beliau yang berusia 58 tahun, pernah menjawat Ketua
Angkatan Tentera Malaysia sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada
14 Jun 2013.
Dilahirkan di Kampung Raja Besut, Terengganu pada 20 Jun
1957, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kampung Raja sebelum
menamatkan pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Ismail.
Kemudian mengikuti latihan sebagai Bakal Pegawai Kadet di
Pre-Officer Cadet Training Unit (Pre-OCTU) Sekolah Pegawai Kadet, Kem Sebatang
Karah, Port Dickson dan seterusnya di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi
sebagai Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Rejimen
Askar Melayu Diraja pada 11 Mei 1977.
Teruja dan bersemangat memulakan tugas pada hari pertama,
beliau berjanji akan melaksanakan tugas dengan amanah dan memberikan khidmat
terbaik dalam mengemudi bahtera ATM.
“Saya berjanji untuk meletakkan kepentingan organisasi
ini melebihi kepentingan yang lain.
“Saya juga berada di sini atas kebersamaan semua anggota
khususnya Tentera Darat yang banyak mendukung serta memberi sokongan selain
tunjuk ajar daripada Panglima ATM sebelum ini yang banyak membantu. Terima
kasih saya ucapkan,” katanya.
Zulkiple pula yang dilahirkan di Gong Kapas, Terengganu pada 24
Februari 1959. sebelum ini menjawat jawatan Panglima Medan Barat Tentera Darat
selama kira-kira enam tahun menggantikan Raja Mohamed Affandi.
Zulkiple, 57, memulakan khidmatnya dalam Tentera Darat
pada 7 April 1978 selepas menamatkan pengajiannya di Akademi Tentera Diraja
Sandhurst, England. Berpengalaman lebih 38 tahun dalam pasukan, Zulkiple
merupakan lulusan dari Defence and Strategic Studies Course di Army Command and
Staff College, Australia.
Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan)
dari Universiti Utara Malaysia.
Sebelum ini, Zulkiple turut memegang beberapa jawatan
penting dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antaranya menjadi penasihat
ketenteraan Kementerian Pertahanan pada 1998, Pengarah Ifantri (2001) serta
Ketua Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (2005).
Anuwi menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada
Februari 1978 setelah menamatkan latihan di Pusat Latihan Kadet dan Rekrut, Kem
Khatib, Sembawang, Singapura dan telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada
bulan Mei 1980.
Sebelum mengambil alih jawatan sekarang, Anuwi memegang
beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Memerintah KD SERAMPANG, KLD TUNAS
SAMUDERA dan KD MAHAWANGSA.
Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Asisten Ketua
Staf Rancang dan Operasi, Markas Tentera Laut dan Pengarah Risik Laut di Markas
Tentera Laut. Beliau menerima Doktor Kehormat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
dari Victoria University, Switzerland.
Dengan kedudukan ini sumbangan anak kelahiran Terengganu
terhadap keamanan negara bukan kecil.
Ia memahat sejarah untuk tempoh beberapa tahun akan
datang di mana anak Terengganu secara bertiga diamanahkan untuk menjadi ketua
dalam menjaga kedaulatan negara selain menyumbang bakti untuk kerja amal dan
diplomasi.
Doa kita negara akan kekal aman dan sebarang gangguan
sama ada dari darat, laut dan udara akan dibanteras demi kesejahteraan dan
keamanan rakyat Malaysia.
TAHNIAH kepada anak kelahiran Terengganu ini yang memang
berjiwa besar, hanelang dan patriotik!!!
No comments:
Post a Comment