"Benar sekali apa yang dibimbangi Hishammuddin bahawa jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi kekejaman terhadap masyarakat Rohingya, mereka mungkin memilih menyertai kumpulan pengganas seperti Daesh."
Apakah tindakan sebenar yang boleh dilakukan selain bersolidariti bersama masyarakat Rohingya di negara ini?
Ada beberapa kenyataan pemipin berkaitan isu Rohinga
sejak dua tiga hari lalu namun banyak yang bersifat kenyataan ‘keras’
semata-mata.
Bersolidariti hanya untuk tekanan diplomatik yang dihalakan
sepenuhnya terhadap kerajaan Myanmar supaya bertindak dengan adil terhadap
kezaliman yang berlaku terhadap masyarakat Rohingya.
Namun apa pelan tindakan sebenar bagi menghentikan
kegansan junta Myanmar itu?
Wisma Putra kelmarin turut mengeluarkan kenyataan
mengutuk keganasan di Rakhine, Myanmar dan akan memanggil duta Myanmar
bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap isu itu.
Kenyataan pada Jumaat (24 November 2016) itu mengecam kejadian keganasan yang semakin
berleluasa sejak beberapa bulan di utara Rakhine selain menggesa Yangoon mengambil tindakan kukuh bagi menangani isu
penghapusan etnik yang didakwa berlaku di utara Rakhine.
Sementara Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman akan bertemu Menteri
Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi secepat mungkin.
Namun semua itu hanya seruan dan kenyataan semata-mata.
Sebaliknya Myanmar mempunyai pilihan dan hak sendiri
sama ada untuk bertindak atau
sebaliknya. Dengan kata lain, suara-suara itu lebih bersifat seruan politik
semata-mata.
Myanmar yang kuasa pentadbiran dan politiknya dipegang
oleh junta bukan mudah untuk digertak atau didesak ‘mengikut selera kita’.
Mereka bertindak kerana yakin boleh pertahankan apa yang mereka rasakan betul.
Malah kenyataan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang
‘keras’ juga tidak akan membawa apa-apa kesan kerana ia pernyataan
politik semata-mata.
Presiden PAS itu menggesa kerajaan-kerajaan umat Islam,
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
campurtangan dalam isu Rohingya.
Kita memang tahu sejauh mana komitmen mereka, lagipun isu
ini bukan baharu. Kalau mereka mahu bertindak, sudah lama mereka bertindak.
Keganasan terhadap etnik Rohingya diketahui sejak awal
1990-an lagi, namun tiada apa langkah
berkesan yang sudah dilakukan.
Walaupun 1,000 kali Hadi beri amaran atau peringatan
kepada junta tentera di Myanmar mengenai kekejaman terhadap etnik Rohingya, ia
tidak akan berkesan.
Tanpa pelan tindakan, ia akan berlalu di bawa bayu Timur
Laut sahaja. Tak ada maknanya!
Malah kenyataan Hadi pada Selasa (24 November 2016) itu bahawa Rohingya ini
berada di celah hampir 400 hingga 500 juta orang umat Islam di rantau Asia
Tenggara sahaja 300 juta, di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Selatan
Filipina, termasuk di Kemboja termasuk di benua India, juga tidak ada apa-apa
kesan.
Malah kata-kata Hadi, “Di India hampir 200 juta, Pakistan 100
juta orang Islam. Di China pun hampir 40 juta orang Islam. Ini keliling orang
Islam……..kalau berlaku apa-apa orang Islam, sabarnya ada batas,” tidak akan
mendatangkan sebarang kebimbangan atau ketakutan kepada junta Yangoon.
Kenyataan pada 25 November itu tidak ke mana-mana. Hanya
sedap berkata dan sedap didengar.
Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin yang mengaitkan
bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian tegas
kerajaan terhadap isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.
Malah untuk membuktikan ‘ketegasan kerajaan’ Menteri
Belia dan Sukan menekankan bahawa kenyataan keras dari Wisma Putra hampir
melanggar dasar tidak campur tangan ASEAN.
Menurut Khairy, kerajaan membuat keputusan berikutan
ucapan Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu bahawa cara ASEAN dan dasar tidak campur
tangan tidak boleh lebih tinggi berbanding mencegah penghapusan bangsa
dan etnik di Myanmar.
Namun Khairy tidak
menyatakan langkah tindakan yang sewajarnya diambil.
Apapun, kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussien semalam (26 November 2016) berlainan sedikit dan
memberikan harapan ke atas melaksanakan sesuatu.
Menurut menteri berkenaan, ASEAN perlu mencari pendekatan
terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan dan bukan menyatakan bantahan
berhubung apa yang dipercayai berlaku semata-mata.
Menurut beliau, Menteri Pertahanan Myanmar sudah beliau ingatkan bahawa isu ini adalah bersifat serantau. Jika tidak ditangani dengan baik ia dibimbangi akan wujud 'hot spot' tertentu yang dilihat sebagai kawasan yang diperhati pengganas Daesh.
Menurut beliau, Menteri Pertahanan Myanmar sudah beliau ingatkan bahawa isu ini adalah bersifat serantau. Jika tidak ditangani dengan baik ia dibimbangi akan wujud 'hot spot' tertentu yang dilihat sebagai kawasan yang diperhati pengganas Daesh.
"Secara peribadi pada dua minggu lepas saya ada
minta diadakan mesyuarat bilateral sempena Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN
(ADMM) dengan Menteri Pertahanan Myanmar bagi membincangkan nasib dan kedudukan
masyarakat Rohingya di sana,” katanya.
Benar sekali apa yang dibimbangi Hishammuddin bahawa jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi kekejaman terhadap masyarakat Rohingya, mereka mungkin memilih menyertai kumpulan pengganas seperti Daesh.
Benar sekali apa yang dibimbangi Hishammuddin bahawa jika tiada tindakan diambil bagi mengatasi kekejaman terhadap masyarakat Rohingya, mereka mungkin memilih menyertai kumpulan pengganas seperti Daesh.
Malah yang bersimpati dengan masyarakat Rohingya juga
mungkin mengambil jalan sama.
Memang kita tidak menyokong Daesh tetapi sejauh mana kuasa dan kekuatan kita untuk menghalang dan
membendung mereka?
Pada ketika Malaysia memperhebatkan usaha dalam menangani kumpulan pengganas, kewujudkan ‘hot spot’ baru seperti itu bukan sahaja membahayakan Myanmar tetapi juga Malaysia.
Pada ketika Malaysia memperhebatkan usaha dalam menangani kumpulan pengganas, kewujudkan ‘hot spot’ baru seperti itu bukan sahaja membahayakan Myanmar tetapi juga Malaysia.
Malah tidak pelik jika ada yang sanggup mengangkat
senjata apabila Daesh mula mempengaruhi anak muda kita untuk ke Myanmar seperti
yang berlaku apabila ada belia kita sanggup ke Iraq.
Berbanding dengan Iraq, perjuangan terhadap rejim Myanmar
lebih jelas dan tindakan mereka juga mudah untuk difahami – antara orang Islam
dengan bukan Islam di Myanmar.
Ini sesuatu yang membahayakan dan berbahaya jika
dibiarkan.
Jika kejadian di Myanmar itu berterusan dan Yangoon tidak
melakukan langkah segera menghentikannya, cabaran bukan sahaja kepada rejim
berkenaan tetapi langkah Malaysia untuk mencegah pengaruh Daesh akan menjadi
lebih sulit.
Dengan kata lain, langkah-langkah tindak balas pemesejan,
mencegah perangkaian kewangan secara sulit, penyahradikalan suspek pelampau dan
memantau gerakan merekrut anggota yang berpotensi akan tercabar dan digugat.
Malaysia memang sudah mewujudkan pusat penyahradikalan
dalam usaha bertindak balas terhadap usaha dan ideologi yang menyokong keganasan
dan radikalisme dalam Islam.
Persoalannya jika isu Rohingya berterusan, apa jaminan bahawa
tidak akan wujud gerakan-gerakan militant Islam, kalaupun bukan Daesh, yang
akan menggugat rantau ini.
Ini perkara yang wajar difahamkan kepada rejim Myanmar.
Tindakan Hishamuddin memberitahu atau mengingatkan
Menteri Pertahanan Myanmar adalah langkah tepat dan penting.
Ini kerana ketidakstabilan ASEAN pastinya akan menggugat Myanmar dan dengan sendirinya akan
menggugat rantau ini.
Negara jiran Myanmar di ASEAN memang sukar memaksa junta Myanmar tunduk
kepada kehendak mereka tetapi jika pengaruh Daesh berkembang akibat dasar
Myanmar terhadap etnik Rohinga tidak berubah, mereka kenalah tanggung kesannya.
Sebelum ia menyulitkan rantau ini, termasuk Malaysia,
Yangoon perlu berubah segera dan jika masih degil, mungkin anggota Daesh yang
sudah tersingkir dari bumi Iraq dan beberapa kasawan lain di Asia Barat dan
Afrika mungkin akan berpindah ke rantau ini.
Malah tidak mengejutkan jika Daesh memilih kawasan utara
Rakhine sebagai wilayah baru memperkembangkan pengaruh mereka.
Mengapa Tuan Hambali tidak mengetuai tindakan menggembelingkan mujahidin Melayu dari Malaysia mengetuai serangan militari terhadap Kerajaan Myanmar? Tuan hambali pun sama beretorik dalam blog itu tak kena ini tak kena...ptuih
ReplyDelete