“There are growing tensions between the supporters of Deputy
Prime Minister Abdul Zahid Hamidi, who is also Umno's deputy president, and the
party's third-most senior leader, Mr Najib's cousin Hishamuddin Hussien, which
could undermine party unity and expose Umno to internal sabotage during the
polls.”
Mungkin ada mengatakan ia hanya pendapat seorang koresponden sebuah akhbar semata-mata, Ia bukan mencerminkan pendirian rasmi sebuah akhbar.
Namun pendapat penulis dalam satu perenggan dalam artikel bertajuk "Window of opportunity for Najib in early polls" yang disiarkan oleh The Straits Times, Singapura semalam
boleh mendatangkan berbagai kesan dan pertayaan.
Apa tujuan dimasukkan perenggan ini pada penulisan yang
memfokuskan peluang Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) menghadapi
pilihan raya umum ke-14 nanti (PRU14) akan datang?
Anehnya, perenggan itu dibiarkan tanpa ulasan dan tanpa sumber
yang menyatakan sedemikian.
Leslie Lopez...hubungan penyokong dua Naib Presiden UMNO tegang |
Apakah penulisnya Leslie Lopez sengaja melakukan
sedemikian sebagai suatu provokasi?
Disebut olehnya, hubungan antara penyokong Dr Ahmad Zahid
dan Hishammuddin semakin meruncing, yang ada petanda jelas menunjukkan PRU14 akan
diadakan selewat-lewatnya tahun depan.
Ketegangan di antara timbalan perdana menteri itu dengan
Hishammuddin, yang juga sepupu Datuk Seri Mohd Najib Razak, boleh menyebabkan
prestasi UMNO terjejas, mendedahkannya kepada sabotaj menjelang pilihan raya
umum.
Lantas perlu ada jawapan atau penjelasan sama ada
Putrajaya, Barisan Nasional (BN), UMNO atau Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sendiri bahawa keadaan itu tidak pernah
wujud.
Juga kena ada penjelasan bahawa UMNO tetap teguh dan
bersiap siaga menempuh PRU14 untuk kekal memerintah.
Pertanyaan yang sewajarnya diakukan kepada ST, khususnya
Leslie ialah:
Pertama, bagaiamana dia boleh mengatakan ada perselisihan
atau ketegangan hubungan antara penyokong dua Naib Presiden UMNO itu. (ketika
ini Dr Ahmad Zahid sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO);
Kedua, siapakah yang mendedahkan kononnya wujud
ketegangan berkenaan; dan
Ketiga, untuk apa diselitkan perenggan ini jika bukan
untuk menunjukkan bahawa UMNO khususnya sedang berdepan dengan
ketidak=ketentuan kepimpinan?
Kita amat maklum
bahawa ST sudah banyak menyiarkan berita mengenai Malaysia khususnya dalam isu
yang ada kaitan dengan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
berita-berita sensasi lain membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dan
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Apakah di sebalik mengatakan Perdana Menteri dan BN, di
sebalik keyakinan akan dapat menarik kembali sokongan orang Cina untuk
membolehkan BN menang PRU13 menggambarkan sesuatu yang tidak baik dalam parti
komponen utama BN, iaitu UMNO?
Kerana itu adalah baik sekiranya bantahan secara
mendapatkan maklumat sebenar bagaimana peranggan itu boleh ditulis dan
kebenarannya dilakukan oleh pihak yang terbabit.
Perlu diingat bahawa Dr Ahmad Zahid dan Hishamuddin bukan
sahaja ada kaitan dalam parti tetapi juga kerajaan.
kenapa penyokong kedua mereka menjadi tegang?
Apakah kerana masing-masing mahu menuntut hak bahawa
antara mereka lebih menyumbang dan berjasa kepada parti dan kerajaan?
Atau masing-masing mahu menunjukkan pengaruh dalam
keadaan siapa yang akan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini?
Sedangkan hakikatnya, cengkaman Najib ke atas UMNO
dilihat sangat membantunya kekal berkuasa sepanjang kemelut 1MDB.
Kata Leslie, menyelesaikan sebarang perbezaan sebelum PRU
akan menentukan berapa lama beliau kekal berkuasa.
Ini mungkin termasuk menyelesaikan isu ketegangan
penyokong Dr Ahmad Zahid dan Hishamuddin?
Kalaupun ada ia tidak memerlukan campurtangan Najib
kerana kedua-dua Naib Presiden itu tahu apa mahu dilakukan. Mereka tidak akan
sanggup membiarkan UMNO tumpas!
Apapun, menurut ST, Najib masih berpeluang memenangi PRU
ke-14 yang perlu diadakan sebelum 2018, tetapi dengan syarat ia diadakan lebih
awal dalam masa setahun.
Dengan adanya laporan ini jangan pula ada pihak di
Malaysia menganggap laporan sebegini juga diakibatkan oleh Yahudi yang mahu
memporak-perandakan Malaysia.
Ia hanya mungkin suatu provokasi penulis dan ST tetapi
jangan biarkan ia berulang di masa hadapan.
Pemimpin terbabit atau penyokong perlu menegas dan membuktikan kepada
rakyat, termasuk akhbar berkenaan bahawa keadaan ‘baik belaka di Malaysia’.
Malah UMNO tetap padu dan teguh dalam menghadapi PRU14.
No comments:
Post a Comment