"Serta-merta selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'....Dan kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata, 'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya."
Berita
terbaru ini menarik. Sudah pasti cerita akhir tahun ini amat ditungu-tunggu.
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu merakamkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan wang
RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum akhir tahun ini .
Malah, siasatan
terhadap derma kontroversi itu juga mesti dimuktamadkan sebelum tempoh itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata beliau sudah mengarahkan agensi anti rasuah itu melengkapkan siasatannya terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International dan derma RM2.6 bilion itu sebelum akhir tahun ini.
Kita lega dan berharap siasatan ini akan memuktamadkan sesuatu. Bukan untuk menyalah atau menuding jari kepada sesiapa.
Namun kes ini jika dapat didedahkan fakta sebenar akan melegakan rakyat.
Memanglah kes yang
melibatkan pergerakan wang dari satu syarikat ke syarikat lain
mengambil
masa. Ini kerana ia melibatkan pencarian dokumen serta menjejak dan menemubual
individu terlibat, yang biasanya senarainya akan bertambah panjang dari masa ke
semasa.
Contohnya
kes bekas majikan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia Eng Hock, yang akhirnya
didakwa melesapkan wang RM76.4 juta pada 2005 selepas
"bertahun-tahun" siasatan dijalankan.
Apandi memberitahu The Malaysian Insider, beliau membuat arahan itu kerana beliau mengambil serius kebimbangan orang ramai.
Pengkritik
menuduh pihak berkuasa sengaja melengah-lengahkan siasatan, manakala Majlis
Raja-raja bulan lalu menggesa kerajaan melengkapkan siasatan berkaitan dengan
1MDB dengan seberapa segera yang mungkin.
Apandi
berkata, beliau menyedari kenyataan Raja-raja Melayu itu dan juga kebimbangan
orang ramai.
"Serta-merta
selepas kenyataan Majlis Raja-raja, pada malam itu sendiri, saya menghantar
mesej kepada SPRM, 'Hello, lebih baik anda cepat'.
"Dan
kemudian, untuk memastikan mereka mempercepatkan (proses), saya kata,
'selesaikan siasatan pada hujung Oktober'. Itu arahan saya," katanya.
Apandi
berkata, SPRM perlu menyerahkan fail itu kepada beliau pada masa itu,
"dengan apa cara sekalipun", kerana beliau sudah memberi mereka masa
yang cukup.
Walaupun
begitu, Apandi berkata, beliau merasakan siasatan SPRM ke atas kes itu berjalan
pada "kadar yang munasabah".
The Wall
Street Journal (WSJ) pada 2 Julai menyiarkan artikel memetik "penyiasat
yang tidak dinamakan" mengatakan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion)
didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebelum Pilihan Raya Umum ke-13
pada 2013.
1MDB
menafikan dakwaan itu, manakala Najib menyangkal ada mengambil sebarang dana
negara untuk kepentingan peribadi.
Apandi mengesahkan
SPRM ada kemajuan, dan pegawai sudah mengambil keterangan daripada Pengarah
Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan pengarah Datuk Suboh Mohd
Yassin.
Pada
Julai, Jabatan Imigresen mengeluarkan larangan perjalanan ke atas Nik Faisal
manakala Suboh dilaporkan tidak dapat dikesan.
Bagaimanapun,
Apandi berkata, ahli perniagaan Low Taek Jho belum disoal kerana "dia
belum lagi masuk dalam cerita ini".
"Jika
mana-mana antara mereka mula menyebut nama Jho Low, maka mereka (SPRM) akan
memanggil Jho Low," katanya.
Sebelum
ini, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata
SPRM tetap akan memanggil Najib untuk menyoal beliau berhubung isu wang derma
RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya apabila tiba masanya.
Kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, ketika ini Najib belum dipanggil sambil
mengesahkan SPRM masih sedang menyiasat isu tersebut walaupun sebelum ini
mengesahkan ia datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
Pada 5Ogos, SPRM berkata ia akan menyoal Najib berhubung sumbangan derma itu, yang
disahkannya datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
SPRM juga
berkata, mereka sudah mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal
dari Timur Tengah. Pihak berkaitan mengesahkan sumbangan derma berkenaan.
"Sumbangan
derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM
SPRM
berkata, seperti pernah dinyatakan beberapa kali ebelum ini, siasatan badan
penguatkuasa itu tiada kaitan dengan 1MDB, sebaliknya isu itu ditangani oleh
polis.
SPRM juga tidak boleh mendedahkan identiti pihak
penderma dana RM2.6 bilion Najib.
Kenyataan Paul Low ini dibuat dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat dan
sudah pasti akan menjadi rujukan penting kepada rakyat dari segi siasatan SPRM
terhadap Najib.
Ogos lalu
The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion)
dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan
1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Najib
menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi politik pihak lawan
termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan
siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.
SPRM sebelum ini mengumumkan akan memanggil Najib untuk memberi
kenyataan mengenai pendedahan tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini belum
ada keterangan direkodkan.
Soal siasatan ini sudah dimaklumkan kepada Najib dan Perdana Menteri sudah
bersetuju beliau perlu disoal.
Rakyat menunggu hasil siasatan dan mungkin ada pencerahan dalam isu
derma RM2.6 bilion yang turut dijadikan sasaran menyerang kerajaan oleh
pelbagai pihak termasuk pembangkang dan ahli UMNO sendiri.
No comments:
Post a Comment