Friday, May 25, 2012

TANGKAP SEGERA YANG BUAT ONAR….SIASAT APAKAH PENYOKONG UMNO!!!

Kerja gila siapa ini?

Pihak pasukan keselamatan khususnya polis perlu bertindak tegas dan segera ke atas insiden batu dan telur berterbangan lagi pada ceramah- ceramah Pakatan Rakyat.

Kejadian seorang warga emas cedera di kepalanya kerana batu dan telur berterbangan jangan dianggap kecil dan kes terpencil.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur.

Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 11 malam semalam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam sewajarnya di siasat.

Apakah orang UMNO yang melakukannya?

Atau ada pihak-pihak yang sengaja mahu buat onar agar parti politik bertelagah lebih besar.

Insiden seperti ini boleh menyebabkan kesan lebih besar dan lebih buruk jika ada balas membalas.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pula di ceramah-ceramah UMNO/Barisan Nasional!

1 comment:

  1. ada anasir luar yg sengaja nak cetuskan pergaduhan dan rusuhan dikedua-dua belah pihak.
    memandang rusuhan bersih3.0 lalu gagal, cubaan dgn cara baling batu/telur dari pihak bertentangan mula digerakkn. akhirnya bila balas dendam berlaku tanpa usul periksa, maka pergaduan tercetus. rusuhan mungkin merebak keseluruh negara. akhirnya cubaan menggulingkn kerjaan bejalan.
    pihak berkuasa kena bertindak segera!!!

    ReplyDelete