Sunday, April 15, 2012

PAS BEGITU ANGKUH, TAMAK - JADIKAN PKR TERENGGANU 'PENGEMIS'

Petikan daripada blog Teganuku hari ini.
Sikap tamak PAS dan tindakannya yang membelakangkan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang terserlah hebat khususnya di Terengganu.

PAS ternyata dalam kerjasamanya meletakkan kategori bagi Parti Keadilan Rakyat, iaitu tonggak Pakatan Rakyat mengikut kepentingan kekuatannya dan ini jelas diperkatakan oleh pemimpinnya.

Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata semalam kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana.

Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.

Kerana itulah di Terengganu,hanya tujuh kerusi membabitkan lima kerusi Dun dan dua kerusi Parlimenakan diperuntukkan kepada PKR Terengganu.

“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di Kuala Terengganu.

Ini memberikan tamparan hebat kepada PKR Terengganu yang mahukan berbanding di 14 kerusi seperti diumumkan sebelum ini.

Sebuah blog, teganuku, hari ini menyebut PAS meletakkan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) begitu rendah martabatnya dalam soal pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya (PRU) Umum ke 13.

Menurut blog berkenaan, sikap angkuh PAS ditunjukkan melalui cakap-cakap dan kenyataan pemimpin mereka mengenai hasrat PKR untuk mendapat lebih banyak kerusi, bukan rahsia lagi.

Malah pemimpin PAS memperlekehkan PKR di hadapan wartawan dan sewajarnya jika pemimpin PKR begitu merasa terhina dengan keangkuhan PAS yang nyata tidak mahu berganjak dalam isu pembahagian kerusi ini.


Kenyataan Abu Bakar Chik disiarkan Teganuku Jumaat lalu.

Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik kelmarin menunjukkan sikap yang ‘kurang enak’ apabila memperkatakan mengenai hasrat PKR itu.

Kalangan wartawan yang menghadiri sidang media beliau cukup mengerti dan faham dengan body language yang ditunjukkan Abu Bakar dan kalaupun tidak bersetuju atau tidak mahu memberikan ruang kepada PKR lebih banyak kerusi, simpan-simpanlah keegoaan dan sikap memandang rendah kepada PKR.

Inilah hakikatnya persahabatan sebenar pakatan pembangkang. Mereka sama-sama mahu ke Putrajaya atau merebut Terengganu, namun mereka tidak pernah sekata dan ‘mampu berpakat dengan baik’.

Berbeza dengan semangat Barisan Nasional yang memahami aspirasi komponennya seperti MCA, Gerakan dan MIC, mereka tidak menunjukkan sikap atau cakap-cakap angkuh seperti PAS.

Biarpun tahu pengundi Melayu lebih ramai, namun UMNO sebagai tunjang BN, tetap member peluang untuk parti komponen memiliki kerusi untuk bertanding dengan harapan menang.

Tetapi PAS jika melepaskan kawasan DUN atau Parlimen untuk PKR dengan sebab-sebab tersendiri – sama ada sedar kerusi itu akan kalah atau sengaja biarkan PKR lemas dalam pertandingan melawan BN.

Selepas menerima penghinaan begitu ‘memalukan’, kepimpinan PKR semalam menyatakan mereka terpaksa atau hanya mampu menerima keputusan PAS yang  memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada PRU13.

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

“Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan oleh yang secara terbuka mengakui PAS negeri Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi
Amat jelas cita-cita PKR Terengganu untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan Terengganu tidak akan kesampaian.

Ternyata kini, selain  tidak mahu memenuhi permintaan PKR, PAS bukan sahaja menolak dengan sinis tetapi turut menjadikan PKR bagai ‘pengemis’ di negeri sendiri!

1 comment:

  1. pkr nk sebelas kerusi? oi...tolong sikit ye. dulu boleh la, masa tu pkr nmpak kuat keras mencancang. le ni, layu nk mampoh. patutnya semua kerusi pas kena bertanding. pkr boleh blah. memang pkr adalah pengemis. hati2 dgn pengemis, silap2 pijak kepala. walaupun aku bukan selalu sokong pas, tp antara pas & pkr, biar pkr mampos....

    ReplyDelete