Friday, February 17, 2012

ALFATIHAH, BADRUL HISHAM KEMBALI KE RAHMATULLAH

Alfatihah!

Bekas ahli parlimen Hulu Langat yang juga bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Badrul Hisham Abdul Aziz yang saya kenali sejak 1984, meninggal dunia di Hospital Serdang pada lebih kurang jam 3.30 petang tadi.

Beliau yang berkhidmat selama dua penggal mewakili Barisan Nasional (BN) adalah juga bekas ahli jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Langat.

Allahyarham yang berkelulusan ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyertai akhbar Kumpulan Utusan sebagai wartawan kadet pada 15 Februari 1984.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ketika di Utusan ialah sebagai penolong pengarang berita.

Pada tahun 1995, ketika masih berkhidmat di meja penyunting Utusan Malaysia, Badrul telah dicalonkan mewakili BN dalam pilihan raya umum tahun itu.

Beliau sekali lagi bertanding mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum 1999 dan menang.

Selepas menamatkan perkhidmatan selama dua penggal sebagai ahli Dewan Rakyat, Badrul bersara dari politik selepas parlimen dibubarkan pada tahun 2004 dan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2007 kembali menyertai dunia kewartawanan bersama portal berita Agenda Daily sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Beliau mempunyai sebuah kolum dalam portal berita tersebut dan kali terakhir mengemaskini kolumnya itu ialah pada Selasa lepas.

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat

2 comments:

  1. Al fatihah.

    Arwah pernah berkongsi wad dengan ayah saya pada tahun lepas di hospital serdang.

    Memang peramah dan baik orangnya.

    Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

    ReplyDelete
  2. alFatihah untuk rohnya, semoga dicucuri rahmat dari Allah SWT.

    Jiran saya semasa mula menetap di Bandar Baru Bangi. Dia memang baik dan peramah. Saya masih mengingati dia dengan baik.

    ReplyDelete