Monday, December 12, 2011
PAPAGOMO MEMANG HEBAT, PENTING UNTUK UMNO, BN
Ada rakan blogger dan wartawan bertanyakan bagaimana blogger hebat, Papagomo dibenarkan menaiki kapal selam KD Tun Razak di Langkawi Jumaat lalu.
Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang rahsia keselamatan diketahui Papagomo.
Apakah Papagomo manusia seperti Anwar yang sering keluar negara dan bertemu dengan pelbagai pihak, termasuk kumpulan Yahudi dan sebagainya yang mungkin menjadi musuh negara?
Soalan blogger dan wartawan itu sebenarnya sukar dijawab.
Apa jawapan yang saya ada? Siapa saya? Kalau saya diberikan peluang saya pun mahu seperti saya mencuba memandu kereta Proton Saga ketika mula-mula dikeluarkan jika tidak silap sekitar 1985 dulu.
Ketika itu ada tiga buah sahaja kereta Proton Saga dikeluarkan iaitu satu diserahkan kepada akhbar New Straits Times, satu untuk Berita Harian dan satu lagi saya sudah lupa.
Saya menguji pemanduan Proton Saga edisi pengenalan itu melalui Jalan Travers, Jalan Parlimen dan kembali ke Bangsar melalui Jalan Duta. Rasa macam VIP penting ketika itu!
Sayang sekali kerana saya tidak ada gambar dan tidaklah ada bukti dan orang boleh tuduh saya bohong.
Mungkin Papagomo serupa. Kalau tidak tak kanlah beliau post cerita itu sampai dua hari dengan gambar ekslusif olehnya.
Yang pasti bagi saya mungkin Perdana Menteri, Menteri Pertahanan atau orang penting di Kementerian Pertahanan melihat Papagomo sebagai BLOGGER PENTING yang mampu menyumbangkan tenaga dan pemikiran untuk kestabilan politik dan keselamatan negara.
Papagomo kalau dibandingkan dengan blogger lain, termasuk saya jauh beza dan tarafnya. Dia istimewa dan dengan dirinya seorang sahaja mampu menyumbang tenaga untuk UMNO, Kerajaan Barisan Nasional dan tokoh-tokoh tertentu.
Yang lain, ramai pun tidak ada sumbangan besar dan berkemampuan seperti Papagomo. Jadi tidak pelik beliau dijemput menaiki KD Tun Razak itu.
Yang lain juga tidak payah persoalkan kenapa dan mengapa Papagomo berada di dalam kapal selam itu.
Mungkin juga kehadiran Papagomo dan pengaruhnya mampu meyakinkan rakyat negara ini bahawa pihak pembangkang akhirnya terpaksa akur dengan kemampuan kapal selam negara menyelam di dasar laut selepas diberi peluang menaiki KD Tun Razak di Pulau Langkawi itu.
Seperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin, pembangkang telah menyaksikan kehebatan dan kemampuan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dalam mempertahankan negara.
Papagomo menyaksikan sendiri bagaimana KD Tun Razak menyelam dan timbul di perairan Langkawi itu.
Berucap merasmikan Ekspo Permata 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur kelmarin, Najib berkata:"(Dahulu) mereka kata kapal selam ini tidak boleh menyelam, tetapi mereka akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa kapal selam ini boleh menyelam.Malah (mereka juga) menyaksikan betapa hebatnya kemampuan kapal selam ini. "
Kelmarin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua Timbalannya, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Datuk Dr. Mansor Othman berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak atas jemputan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011.
Selepas merasai sendiri pengalaman menaiki kapal selam itu, Guan Eng akhirnya mengakui aset tersebut amat diperlukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan kedaulatan tanah air.
Guan Eng pada sidang akhbarnya berkata, kapal selam TLDM boleh menyelam dan kenyataannya itu bercanggah dengan dakwaan pembangkang di Dewan Rakyat sebelum ini.
Persetujuan mengenai perolehan dua kapal selam milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak ditandatangani antara Malaysia dan Perancis pada 2002 dengan harga RM2.5 bilion termasuk pakej pemindahan teknologi.
Penganalisis pertahanan sebelum ini menyifatkan proses dan harga itu sebagai adil serta berbaloi.
Jadi amatlah benar dan saya tumpang gembira dan mengucapkan syabas kepada Papagomo kerana beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".
Papagomo melalui blognya, mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan.
Jadi kenapa Anwar, jangan kerana pemimpin pembangkang seperti Guan Eng mengakui kehebatan KD Tun Razak, beliau menuduh Papagomo mengetahui rahsia negara.
Selain itu jangan kerana kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan ia menjadi isu penting bagi pihak pembangkang kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.
Papagomo ialah blogger setia kepada UMNO, Kerajaan Barisan Nasional dan pemimpinnya.
Anwar tidak perlu khuatir kepada Papagomo sebaliknya khuatirlah kepada sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke 13 kerana banyak pembohongan pembangkang sebelum ini semakin terpercik ke muka pemimpin mereka sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, terima kasih atas artikel ini bro. kawan hadir dan belayar mewakili seluruh angkatan media baru yang ada. kalau boleh semua naik dah tentu ramai lagi yang akan pergi namun itu adalah keputusan pihak TLDM.
ReplyDeleteapa pun kebenarannya pembangkang sudah malu alah dengan kehebatan kapal selam yang kita miliki.
salam perjuangan bro...