Wednesday, September 7, 2011

TAHNIAH SHAHANIM KERANA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR

Teruja sangat apabila Pergerakan Puteri UMNO semalam membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuat laporan palsu berhubung isu video seks pada Mac lalu.

Bukan soal isu laporan palsu itu sahaja tetapi Anwar juga tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar.

Kenapa Anwar tidak membuat laporan? Tidakkah itu menggambarkan Anwar penakut untuk mencabar Eskay?

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof wajar dipuji kerana tindakan beraninya membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Tiada niat lain laporan itu selain mahukan polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi pada 22 Mac.

"Kita memandang serius laporan palsu yang dilakukan di IPD Dang Wangi pada Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar,” katanya.

Hmm...kita lihatlah apa reaksi Anwar dengan laporan polis dan dakwaan bahawa Anwar tidak pernah mengemukakan dakwaan fitnah terhadap Eskay.

Berikutan itu seperti ditegaskan Shahanim, Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar.

Polis pula wajar berbuat sesuatu dengan tindakan Anwar itu.

No comments:

Post a Comment