Tuesday, September 20, 2011

MAT SABU DIDAKWA TETAPI APAKAH BELIAU AKAN DIHUKUM?

Kita semua boleh tenguk sejauh mana ‘kekebalan’ dan keupayaan peguam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) untuk mempertahankan beliau daripada di hukum.

Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu.

Petang tadi beliau ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mat Sabu tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Mat Sabu boleh dipenjara maksimun 2 tahun atas kesalahan dibawah Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang ramai.

Untuk ulasan menarik mengenai perkembangan peristiwa hingga Mat Sabu didakwa, baca artikel “Sokong Komunis: Mat Sabu Bintang 3 Akan Di Dakwa Besok

No comments:

Post a Comment