Thursday, August 4, 2011

PUTERI UMNO BUKAN UNTUK ‘GEDIK’, CARI PROJEK ATAU PASANG BADAN...

Sepuluh tahun Puteri UMNO. Tahniah.

Namun, apakah Puteri UMNO bergerak seperti ketika mula-mula ditubuhkan?

Apakah semangat perjuangan Puteri UMNO sekarang berkobar-kobar seperti awal tahun 2000?

Apakah ia cergas seperti ketika di bawah Azalina Othman Said?

Atau apakah ia kini hanya mencukupkan jumlah perwakilan ke mesyuarat Bahagian atau Perhimpunan Agung UMNO semata-mata.

Kemalapan perjuangan Puteri UMNO amat jelas di bawah kepimpinan Noraini Ahmad dan kini terpaksa dipulihkan oleh Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Mahu tidak mahu Puteri perlu bergerak segera memperkukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mereka perlu menerima apa sahaja arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi pada bila-bila masa dan bekerja kuat memenangkan UMNO.

Ramai sudah lupa kenapa Puteri UMNO ditubuhkan. Ia bertujuan membantu Wanita UMNO dan mempengaruhi minda wanita muda, profesional dan atas pagar untuk mendekati UMNO.

Puteri UMNO ditubuhan bukan untuk pasang badan, ‘gedik’. Cari projek atau menunjuk-nunjuk kecantikan pada mesyuarat, forum, perhimpunan atau ‘mencari pasangan dan jodoh’.

Pejuangan Puteri UMNO lebih daripada itu. Ia untuk menguatkan UMNO, membantu barisan kepimpinan, menang pilihan raya dan contoh wanita muda yang progresif.

Kerana itu benar sekali apa yang dikatakan oleh Datuk Rosnah semalam bahawa ahli Pergerakan Puteri UMNO perlu memastikan rentak perjuangan pergerakan itu tidak terkeluar daripada matlamat utamanya untuk menjadi sayap muda terkuat dalam UMNO.

Hakikat yang perlu diterima oleh ahli dan pemimpin Puteri UMNO ialah cabaran yang menunggu kini lebih besar daripada cabaran yang pernah dihadapi 10 tahun lepas.

"Adakalanya kita tersungkur, ada masanya kita pantas berlari, saya percaya semua itu mengajar Puteri menjadi lebih dewasa dan matang berhadapan dengan cabaran semasa,” katanya Rosnah sempena ulang tahun ke-10 pergerakan itu di Kuala Lumpur semalam.

Tempoh 10 tahun berjuang bersama parti memang masih terlalu singkat bagi Puteri UMNO untuk berpuas hati dengan segala seumbangan untuk parti dan rakyat.

Yang penting, kini setiap anggota juga perlu bangun merapatkan barisan perjuangan mereka.

Berikan sepenuh tenaga dalam menjayakan semua matlamat dan perjuangan parti dan paling penting MEMENANGKAN UMNO dan BARISAN NASIONAL pada pilihan raya umum nanti.

Teruskan Berjuang!

No comments:

Post a Comment