Sunday, October 10, 2010

SYED HUSIN SEBENARNYA YANG ‘GALAS BIAWAK HIDUP...’

Tengku Razaleigh Hamzah ingin berkhidmat untuk partinya. Untuk bangsanya dan agamnya. Kenapa dia dituduh sanggup ‘galas biawak hidup’?

Apakah keputusan dan kesediaan Tengku Razaleigh itu suatu kerja keji dan tidak berguna sehingga kesediaan veteran Umno yang menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN di DUN Galas disambut sinis oleh pemimpin pembangkang?

Apakah apabila menyokong dan menggalas kerja pembangkang sahaja menjadi kerja yang mulia dan perlu disanjungi?

Bukankah Tengku Razaleigh itu ahli dan pemimpin UMNO?

Bukankah dia menjadi Ahli Parlimen itu kerana bertanding atas tiket UMNO?

Mengejut dan menghairankan apabila timbalan presiden PKR Syed Husin Ali, menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu tidak ubah seperti "menggalas biawak hidup".

"Ku Li setuju galas beban sebagai pengarah PRK (pilihan raya kecil) Galas untuk UMNO. Tak ada pilihan lain? Harap dan doa Ku Li selamat dari menggalas biawak hidup," kata Syed Husin dalam laman Twiter.

Semalam, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang mengesahkan menerima pelantikan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang selepas pulang daripada bercuti di luar.

Tengku Razaleigh sudah menyatakan dengan jelas beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota parlimen kawasan berkenaan.

Cuma yang belum disahkan ialah keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya berkenaan kerana hanya akan diputuskan esok apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenapa Syed Husin bagaikan marah sedemikian rupa?

Apakah kerana gagal menggugat UMNO atau menyekat Tengku Razaleigh daripada bersetuju membantu UMNO?

Syed Husin mungkin tidak sedar dirinya sebenarnya yang mendukung biawak hidup. Hingga ke tahap beliau mengundurkan diri daripada partinya, beliau turut ‘berkudis’ kerana partinya semakin teruk ditimpa masalah.

Kesanggupannya untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai PKR membawa padah kerana parti itu semakin hilang sokongan pada ketika parti asal pimpinanannya lama berkubur!

Malah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipuja-puja oleh Syed Husin pula jelas semakin dihimpit masalah ‘membersihkan dirinya’daripada tuduhan liwat dan intim dengan puak Yahudi di luar negara!

Daripada mengatakan Tengku Razaleigh yang mendukung biawak hidup, elok Syed Husin melihat dirinya yang terpaksa ‘memikul Anwar’ dan partinya yang semakin berkudis dan bernanah dengan pelbagai penyakit.

Kerja menjamin kemenangan UMNO bukan kerja kotor dan jijik bagai mendukung biawak hidup tetapi kerja untuk parti yang mendokong Melayu dan Islam.

Memalu dan tidak wajar jika Syed Husin menuduh Tengku Razaleigh demikian!

Juga tidak wajar untuk Syed Husin bertanyakan sama ada Tengku Razaleigh ada pilihan lain selain UMNO.

Bagi Tengku Razaleigh sudah amat jelas baginya. Tiada yang lain, melainkan UMNO.

Hanya UMNO ada pada dirinya!

6 comments:

  1. bukan Nuar seorang, Syed Hussin jugta ialah biawak hidop..bertahun2 berjuang, tak masuk juga parlimen..& kini undur diri dgn sia2..

    lebih tepat
    Nuar=Syed Husin=Khairy=Niajis= Biawak Hidup Melayu yg meracau2 di malaysia..

    ReplyDelete
  2. syed husin orang lama dalam politik.
    kalau beliau nak hidup senang dah lama beliau masuk umno.
    tapi prinsip perjuangan dalam diri beliau yang membuat beliau berjuangan dibarisan pembangkang.
    itu hak dia..
    cuma satu kesilapan besar syed husin ialah bila beliau melibatkan diri dengan anwar.
    Parti Rakyat Malaya(kemudian Malaysia) sudah lama wujud,sebelum dap,gerakan,ppp dan pkr.
    asas perjuangan PRM adalah untuk keadilan dan kesamarataan berfahaman sosialisma.
    rakyat sangsi dengan PRM kerana dalam parti tersebut ramai pemimpin2 nya terdiri dari bukan melayu dan bekas2 ahli parti buruh dan propaganda dari UMNO sendiri..
    tentang syed husin berjaya keparlimen atau tidak bukan ukuran dan matlamat seorang pejuang dalam politik yang benar2 ikhlas.
    contohnya ahli UMNO sendiri semasa diawal kemerdekaan,berapa yang menolak untuk dicalonkan untuk menjadi calon pilihanraya.
    mereka2 ini sanggup berjuang dan memberi sokongan tanpa rasa penat dan berbelah bagi.
    bukan macam sekarang,semua nak jadi calon sehingga sanggup sabotaj parti.
    apakah semua ahli parlimen di malaysia sekarang ini jujur,ikhlas dan bersih?.
    setahu aku..syed husin hidupnya sederhana,belum pernah dengar orang memperkata tentang keburukan beliau.cuma kesilapan terbesar dalam dirinya kerana membubarkan PRM dan bercampor dengan anwar.
    baliklah ke perjuangan yang sebenar wahai pak syed..
    harapan dari seorang anak yang bapanya pernah berjuang bersama pak syed.
    dulu bapa aku berpesan...kalau nak hidup mewah dalam politik..masuk UMNO.
    untuk keadilan masuk pembangkang.
    itu dulu...sekarang pembangkang lagi teruk. dari ratu bogel,pengamal sex bebas,perasuah,penyamun,perompak rakyat.
    perogol,peliwat,penzina dengan bini orang,pencuri balak,ahli parlimen yang terbaru sekarang terdiri dari anggota kongsi gelap atau gangters.
    ada peguam putar alam dan golongan gay.
    sahabat syaitan serta ulama' songsang dan pengkafir sesama islam pun ada.
    ramai ahli2 parlimen sekarang terdiri dari makhlok2 ini.

    ReplyDelete
  3. memang benar..pak syed menggalas biawak hidup...yang jadi biawak adalah anwar ibrahim.
    berentilah pak syed dari membawa beban yang busuk dan hanyir tersebut.
    elok pak syed tumpukan kepada kerja2 kebajikan untuk rakyat bersama NGO2 dinegara ini.
    pak syed akan lebih dihormati dan dikenang olih rakyat malaysia.
    tempat pak syed bukan dalam PKR.
    mari kita kutip sampah dijalanan dan masukan kedalam tong yang disediakan MPPJ.
    KERJA INI LEBIH MULIA DARI MENANGGUNG BIAWAK YANG MAKAN BANGKAI

    ReplyDelete
  4. saya lebih suka kenyataan datuk zaid ibrahim.. apapun perkara atau tuduhan harus disiasat. Semua pembaca atau rakyat jgn terima bulat tapi harus siasat. barulah nampak kredibilii sebagai pemimpin tapi lawanya terus hentam kata ini satu proparganda untuk jatuhkan Anwar... so pada pembangkang.. sila kemukan bukti kalo ada.

    ReplyDelete
  5. Siapa syed Husin nak tegur Ku Li tiada kena mengena dengan hal rumah tangga PKR yg dah nak roboh Ku Li ada lah ahli umno jiwa nya umno.Begini lah cara pkr berpolitik untung saja mau rugi tak mau cap kepala lembu dah lama mampos kalau pak syed tak masuk PKR parti apa pula dia nak tubuh parti kepala biawa gabok kut akhir sekali dengan horamt nya sendiri yg letak jawatan kerana dah tak laku buat perabis duit pkr je macam mana Anuar bolih ambik biawa gabok jadi T/Presdent pkr dalam cap kepala lembu pun tak jalan kerja baru padan muka hang oi pak syed org dah tak mau bawa lah diri tu ya.

    ReplyDelete
  6. SEMUA GALAS BIAWAK HIDUP. ORANG MELAYU YANG LAIN JUGA MENGGALAS BIAWAK HIDUP...APABILA DS NAJIB BERKATA...CINA DAN INDIA BUKAN LAGI PENDATANG....APA PULA KATA MELAYU LAIN. BERGADUH LA SAMA SENDIRI...NANTI KITA SAMA2 MAKAN BIAWAK...

    ReplyDelete