Friday, October 15, 2010

ROSMAH BERLAGAK MENTERI?

"Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," - Zuraida Kamaruddin

Bukan saya kata. Tolong!

Ini Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang kata.

Beliau membidas cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin ditubuhkan.

Menurut Suara Keadiloan yang dipetik Malaysiakini yang memetik Zuraida (kanan), sebagai berkata, tindakan Rosmah itu dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan rasmi beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latar belakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," kata Zuraida.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat tidak menjalankan tugasnya sebagai anggota jemaah menteri.

"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," sindir beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat itu ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG itu telah dibidas Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (kanan) yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala berkenaan.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini.

14 comments:

  1. Inilah dia puak2 tolol.. cuma pandai bercakap... tapi idea habuk pun tarak...

    ReplyDelete
  2. bab ni kawe sokong zuraida..rosmah pun nak jadi kitol no 2 slps KJ jgk ke???

    ReplyDelete
  3. Orang PAS ni kalau gi check kat hospital bahagia boleh pas ke? aku tgk makin byk yg sewel...

    ReplyDelete
  4. Ini kalau dalam bahasa Inggeris - `bithcy' . PAkar2 bahasa melayu tolong terjemahkan .

    ReplyDelete
  5. Apa salah pulak si Rosmah tu dia tolong bagi idea yang baik bukan macam Si Zuraida dia cuba naklaga laga kan Manusia,ingat batu api ni adalah dosa besar. Hang takdak keja lain ka haram Jadah punya betina

    ReplyDelete
  6. Ish bagi "cadangan" dan "idea" kepada kementerian pun salah ke puan zuraida... konon ahli politik yang memperjuangkan kebebasan bersuara, bila org lain bersuara di kutuk pulak.
    Patutlah selama ni org bagi cadangan kat geng geng PKR ni dia buat pekak jer...
    Bila memerintah dah tak boleh nak dengar idea org lain rupanya...

    ReplyDelete
  7. rosmah nie buat benda jahat ker...zuraida nie pembela rakyat atu pencelaka rakyat..benda untuk kebaikan rakyat dipikir yang bukan2.mcm nie ker bakal pemimpin yang kita nak pilih.

    ReplyDelete
  8. Itulah manusia.. bila dah tak suka pada seseorang.. benda baik pun nampak tak baik.. Sebaliknya pula bila dah taksub.. benda salah pun jadi betul..

    Inilah kelemahan manusia.. sangat mudah dipermainkan..

    Malaysian Malay..

    ReplyDelete
  9. pelik gak...
    bagi cadangan pun salah...
    bukannya mengARAHkan..
    dan dia tidak pun membuat fitnah terhadap orang lain...
    cuma ingin membantu...

    ReplyDelete
  10. Puan Zuraidah ni sebenarnya kompom dah putus haid ... cara cakap pun guna lutut.... dah lah muka tak cantik ... perangai lak buruk ....

    ReplyDelete
  11. Dalam perkara ini walaupun saya benci pembangkang, tetapi ada kebenarannya. Sebenarnya ada 2 orang bini menteri yang berlagak dan sentiasa nak ikut laki yang sedang menjalan tugas dalam negeri mahupun luar negara. Yang pertama Rosma bini PM kedua Maznah bini Menteri KPKK. Di negara ini sudah nampak terikut-ikut cara zaman penjajah British dimana pegawai-pegawai British sentiasa membawa bini bini mereka kemana sahaja semasa bertugas kecuali dalam hutan mengejar komunis. Apa faedahnya bini bini menteri ni ikut, tiada apa mungkin takut laki laki koner tempat lain. Pembelanjaan kerajaan meningkat kerana menanggung biawak biawak hidup ni utk melancung dan bergaya dengan laki laki mereka. Semasa zaman Tunku, Tun Razak, Hussien dan Dr Mahathir jarang benar kita lihat dan dengar isteri mereka dipertikai dan dipersoalkan, mungkin kerana mereka faham adab dan tertib menjadi seorang isteri, bukan lebih kuah dari sudu.

    ReplyDelete
  12. Byk komen. Yg sokong BN akan sokong dan pertahankan Rosmah. Yg sokong Pembangkang akan mempertikaikan tindakan Rosmah. Sebagai realiti nya, mmg Rosmah tidak patut mencadangkan perkara ini secara terbuka. Jika Rosmah ikhlas ingin membantu kerajaan dan masyarakat dalam mengatasi masaalah ini, maka Rosmah boleh memanggil Sharizat dan memamklumkan perkara tersebut untuk di ambil tindakan selanjutnya. Sambil itu Rosmah bolah memainkan peranan nya sebagai isteri PM dirumah untuk mempengaruhi PM bagi cadangan tersebut. Masaalah nya Rosmah sendiri beriya-iya inginkan populariti dengan mencadangkan perkara ini melalui "press" hingga mengakibatkan masyarakat dan rakyat naik benci dan meluat dan membuka laluan fitnah. Sebagai isteri PM, Rosmah harus mempelajari sikap dan sifat2 isteri2 PM terdahulu sebelum nya.

    ReplyDelete
  13. Yang sebenarnya burit zuraida ni dah kecut sangat dah, yer la orang monopos la katakan, nak jilat pun hancing, berkedut,, tetek lagi la lanjut,kecut, mengelebeh. lain la rosmah,, mantopppppppp

    ReplyDelete
  14. 5 orang yang saya tutup TV bila ada klipnya:
    1. Anuar Ibrahim
    2. Rosmah Mansor
    3. Lim Guan Eng
    4. Sammy Vellu
    5. Hishamudin Keris

    ReplyDelete