Friday, October 8, 2010

MARI KITA SOKONG UTUSAN MALAYSIA DENGAN - 1 UTUSAN 1 RUMAH!

The Unspinners, Friday, October 8, 2010
Kempen sokong Utusan Malaysia dengan setiap orang beli satu naskhah Utusan Malaysia. Memetik X-PKR menegur kekhilafan Tengku Adnan Tengku Mansor berikut:
3. Akhbar The Star secara jelas dikuasai oleh MCA! The Star telah berulangkali memainkan peranan yang boleh menyemarak api perkauman di negara ini. Betapa laporannya terang-terang menghina institusi raja atau menyokong pembangkang. Namun pernahkan kita dengar MCA menyatakan telah menegur atau memberi amaran kepada The Star?

4. Pemimpin UMNO tidak perlu terlalu 'apologetic' menangani isu ini. Utusan Malaysia yang dipunyai Utusan Melayu adalah benteng umat melayu islam di Malaysia. Tidak pernah akhbar lain seberani Utusan mempertahankan apa yang termaktub dalam perlembagaan. Utusan juga begitu teguh memperlihatkan mereka komited menyatakan kebenaran.

5. Serangan demi serangan ditujukan terhadap Utusan. AnWAR yang pernah 'menguasai' Utusan melalui Datuk Johan Jaafar kini menyerang Utusan apabila kehilangan 'kuasa' itu. PAS juga semakin mengikut rentak AnWAR. DAP tidak pernah seberani sekarang mempertikaikan Utusan, malahan mereka kini bersatu menganjur kempen memboikot Utusan.

6. Mereka ini marah kerana Utusan menyiarkan kebenaran tentang mereka. Bagi AnWAR, PKR, DAP dan PAS, kebenaran hanyalah untuk mereka sahaja, biarpun apa yang dilaporkan akhbar mereka itu tidak benar samasekali. Utusan menyiarkan berita dan gambar tentang perbicaraan kes liwat AnWAR mengikut transkrip perbicaraan mahkamah!

7. Apakah ini tidak betul? Utusan melaporkan agenda Malaysian Insider, Malaysiakini melanyak kepimpinan negara, apakah ini juga tidak benar? Jika tidak benar, ambillah tindakan undang-undang. Sebenarnya mereka marah apabila Utusan mendedahkan segala niat jahat mereka mahu menjahanamkan negara!

8. Utusan juga sering melaporkan kepincangan yang berlaku di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Penyelewengan Pos Malaysia, Sime Darby malahan kes salahlaku seorang menteri kanan juga dilaporkan di Utusan. Apakah ini tidak cukup adil bagi pembangkang? Seperti yang dikatakan tadi, pembangkang hanya marah kerana kebobrokan mereka didedahkan.

9. Bukannya mereka ikhlas menyatakan kebenaran. Dalam hal ini, Utusan Malaysia jauh lebih mulia dari pembangkang kerana telus dan bertanggungjawab serta tidak hipokrit. Utusan melaporkan kepincangan yang berlaku tanpa mengira status. Utusan juga sanggup menghadapi risiko undang-undang tentang apa yang telah mereka laporkan.

10. Maka itu, tidak perlulah kita semua terikut-ikut dengan rentak AnWAR. Biarlah PKR, DAP dan PAS sahaja yang menjadi 'pak turut' kepada ANWAR. Kita wajar mempertahankan Utusan bukan kerana ianya Utusan, tetapi kerana ia menyatakan kebenaran tentang musuh yang mahu menghancurkan dan sikap kita sendiri yang sering alpa.....

Baca juga X-PKR :

Demi survival akhbar Melayu, kita takyah beli The Star dan akhbar yang dah jadi haluan kiri. Online cukup.

Baca juga rencana Bigdogdotcom bertajuk Survival Akhbar Melayu. Ayuh hadiri Forum berikut pada pagi Sabtu:

Akhbar Melayu merupakan wadah penyebar maklumat paling penting yang membina minda dan pendapat orang Melayu. Ianya merupakan instrumen terpenting menjana dan membakar semangat nasionalism sehinggakan orang Melayu bersatu melalui 29 NGO dan menubuhkan UMNO pada 11 Mei 1946, dalam usaha menggagalkan Malayan Union.

Akhbar Melayu terus menjadi wadah mempertingkatkan orang Melayu sebagai bangsa yang makin bermaklumat.

Kini Fakulti Kommunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan satu
seminar khas memperbincangkan hala tuju dan survival akhbar Melayu, terutama dalam dunia yang dicabar globalisasi, maklumat tanpa sempadan dan demokrasi digital. Ini lebih penting lagi apabila Agenda Melayu dicalari, hak kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan orang Melayu dicabar secara lantang, dari semua sudut.

Seminar ini akan dianjurkan 9 Oktober ini Dewan Pusat Antarabangsa UiTM, bermula 830pagi. Sessi pagi akan dibarisi panelis Dato Seri Azman Ujang, Tan Sri Lee Lam Thye and Adi Satria Ahmad. Sessi petang pula oleh Tan Sri Dr Nordin Kardi, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Prof. Dr. Ahmad Murah Merican.

Semua dijemput hadir.

Selain itu, mari kita sokong Utusan Malaysia dengan 1 Utusan 1 Rumah!

4 comments:

  1. BAgi free aku ambil buat lap kaki....utusan membodohkan orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana menyokong, Tuan

    ReplyDelete
  3. salam,
    aku sokong utusan tapi aku ingat utusan kena present baru la, jadikan kecil sprti yg lain2 tu ataupun buat lebit kecil drpd yg lain2 tu supaya senang bawa, bye

    ReplyDelete
  4. airman, kalau kecil sangat jd mcm mastika.. penuh dngn crite hantu.. paling penting Utusan kena jaga standard penulisan, jngn terikut dngn rentak blogger.. bezakan antara penulisan profesional dan penulisan santai.

    ni aku tngok Mastika penuh dngn bahasa rojak, orang Melayu dah kurang pengaruh dalam bidang penulisan dngn jatuhnya kredibiliti penulisan dlm Mastika. Mastika pernah menjadi pejuang2 kemerdekaan tetapi gagal menjadi lambang yg mempertahankan kemerdekaan. Lepastu komplen pulak takde ruang wartawan bersuara


    Utusan jngan terikut2 rentak itu. Utusan benteng suara orang Melayu. tetapkan etika kewartawanan, jaga martabat bahasa, terus bela bangsa..

    ReplyDelete