Beliau yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di Chennai Khamis lalu setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih.
Sebelum ini, pada Ogos lalu, polis India mengatakan untuk menangkap Soosai adalah tidak munasabah sama sekali.
Soosai juga menjadi buruan Interpol sejak 2007 yang dipercayai melarikan diri ke India.
Laporan Bernama semalam menyebut, Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C Sylendra Babu, berkata satu unit khas jenayah siber memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan yang dia sedang naiki.
Laporan Bernama semalam menyebut, Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C Sylendra Babu, berkata satu unit khas jenayah siber memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan yang dia sedang naiki.
"Dia tidak menyedari kami sedang menjejakinya. Dia terkejut apabila kami menahannya di hotel tersebut. Dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia berada di Nepal, Bhopal dan Goa," katanya.
Polis turut menahan isteri dan tiga orang anaknya dan merampas satu kilogram emas, dua komputer riba dan beberapa buah telefon bimbit dalam operasi mengesan selama tiga bulan.
Soosai bersembunyi daripada polis Malaysia hampir 10 tahun lalu. Dia dikehendaki kerana beberapa siri penipuan yang membabitkan hampir RM1 juta serta satu pembunuhan di selatan India.
Dia didakwa membunuh seorang rakyat Malaysia, N Subramaniam di Cheyyur, daerah Kancipuram pada 2002.
Soosai, 47, pernah memalsukan kematiannya sendiri di Malaysia dan kemudian menghilang diri dari polis untuk beberpa tahun, namun terus mencabar polis Malaysia untuk menahannya.
Menurut polis India, Soosai berpangkalan di negeri Andra Pradesh, selatan India dan menyelinap masuk untuk untuk melakukan di negeri lain dengan berpura-pura menjanjikan kerja lumayan di luar India kepada mangsanya.
"Dia tinggal di hotel mewah dari mengelak daripada pihak polis dan sering memujuk pelanggannya dengan menjanjikan mereka pekerjaan di luar negara tetapi kemudiannya hilang bersama wang mereka.
"Selepas selesai menjalankan tugasnya, dia akan membuang sim kad telefon bimbitnya dan kembali semula ke Andra Pradesh," kata Sylendra mengenai modus operandi Soosai.
Polis India merancang untuk menghantar cap jari suspek yang ditahan itu kepada polis Bukit Aman bagi memastikan sama ada suspek tersebut adalah Soosai.
Dua anak Soosai iaitu dua anak lelaki berumur 7 dan 3 tahun dan seorang anak perempuan berumur 15 tahun sedang ditahan di sebuah pusat tahanan remaja di Coimbatore.
No comments:
Post a Comment