Wednesday, March 3, 2010

TIADA JAMINAN WAKIL RAKYAT PKR TERUS SETIA





Apa jaminan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat tidak akan meninggalkan parti itu selepas ini?
Apakah PKR akan benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat selain mampu menangani isu-isu yang membabitkan pendirian parti berkenaan.

Kenapa dua MP iaitu MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng meninggalkan parti? Dan terbaru – hari ini - Mohsin Fadzli Samsuri, iaitu MP Bagan Serai pula bertindak keluar parti.

Beliau menjadi wakil rakyat Bebas.

Apakah PKR merasakan Mohsin juga liabiliti kepadanya?

Mohsin dengan jelas mengatakan beliau tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah. Katanya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Selain tiga MP berkenaan, turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Pada sidang media pagi ini di Ampang, Mohsin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Mengenai isu Allah, Salehudin berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Pada ketika Mohsin membuat keputusan drastik itu, 12 ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Sebaliknya mereka berikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar. Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP. DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Yang berikrar setia dengan PKR ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.

Dua lagi ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju) dan Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu).

Mohsin tidak menandatangani kenyataan tersebut dan telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini.
Salehuddin menegaskan, beliau tetap dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar daripada parti itu. Jumlah itu masih boleh dicapai walaupun kira-kira 10 wakil rakyat PKR telah mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menyatakan akan kekal dengan parti itu.

“PKR mempunyai ramai wakil rakyat dan jumlah yang saya sebutkan itu hanya satu pertiga daripada bilangan keseluruhannya,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, sebab utama wakil rakyat berkenaan keluar parti adalah kerana tidak berpuas hati dengan sikap kepimpinan parti itu yang tidak mahu melayan pelbagai keluhan rakyat yang diadu oleh mereka, sebaliknya lebih tertumpu untuk menyerang peribadi orang lain.

2 comments:

  1. Setia atau tidak Pemimpin PKR terletak kepada Keimanan masing2, Jika Pemimpin PKR memikirkan jalan untuk mencari kekayaan semata mata, mereka akan keluar. Jika masih ada yang tinggal, mereka la yang akan di panggil Pemimpin berjuang untuk Rakyat, yang keluar dari PKR Rakyat akan gelar, Pemimpin MATA DUITAN.

    Kepada Pemimpin PKR yang keluar Parti, anda tunggu la, Rakyat akan menghukum anda semua dalam PRU ke 13, selain itu Allah akan menghukum anda semua Ke PRU ke AKHIRAT. Wallahuallam

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Sdr Suara Rakyat Kunak rasanya telah jauh terkeliru dgn perjuangan sebenar parti PKR .Mana ada iman dlm hati pemimpin PKR yg bukan Islam itu ! Mereka secara kebetulan saja berada dlm PKR untuk PRU 12 yg lalu dan tiba-tiba menang pula. Ramai di antara mereka tak tau apa politik itu pun . Masuk akal ke anak muda yang mentah dlam politik yg ditugaskan ayahnya untuk ambil gambar melalui web cam secara sulit peguam Linggam dipilih oleh rakyat untuk jadi ahli parlimen Kelana Jaya ?

    ReplyDelete