Friday, February 26, 2010

TAHNIAH MAHMOOD ZUHDI

Ahli akademik Islam yang saya hormati, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan 2010 masehi / 1431 Hijrah.

Tahniah dan tepat pemilihan itu.

Beliau yang begitu terbuka dalam membincangkan isu-isu dan bercakap secara berani dalam perkara-perkara menyentuh isu perpecahan umat Islam, sangat wajar dianugerahi sebagai Tokoh Maulidur Rasul.

Kami pernah bersama-sama di tv1 sekitar tahun 2000-2002 dalam segmen BICARA ISLAM apabila ia mula diperkenal dan seterusnya mendapat sambutan hinggalah Datuk Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan ketika itu memberhentikan segmen itu atas alasan memperkemaskan Selamat Pagi Malaysia.

Apapun, banyak ilmu yang saya timba ketika bersama-sama beliau, khususnya dalam isu semasa, ekonomi Islam dan menangangi perpecahan umat Islam selepas krisis politik 1998.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamdunan Islam Antarabangsa (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menerima anugerah daripada Timbalan Yang diPertuan Agong yang menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra di Putrajaya pagi ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing.

Turut serta beberapa menteri kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut menerima anugerah, Presiden Malaysian Relief Agency, Datuk Dr Abdul Razak Kechik; pelajar cemerlang, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel; Pengarah Urusan Faiza Sdn Bhd, Faiza Bayumi Syed Ahmad; Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz; Pegawai Penyelidik Mardi, Dr Tamm Swee Lian dan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof Dr Yaakob Che Man.

No comments:

Post a Comment