Friday, February 5, 2010

LAPORAN HOSPITAL PUSRAWI MEMANG TIDAK WUJUD ?

AIDCNews

Berdasarkan keterangan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan kelmarin, ramai yang mula mempertikaikan kewujudan laporan Pusrawi yang pernah digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Saiful menjelaskan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas beliau didakwa diliwat oleh Anwar, beliau telah pergi ke tiga buah hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Bekas pembantu Anwar itu berkata dia pada mulanya pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang, untuk membuat pemeriksaan doktor, tetapi penyambut tetamu telah memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.

Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.

Mohd Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.

"Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan," jelas Mohd Saiful.

Mohd Saiful berkata Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar semula.

Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.

"Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL. Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang," katanya.

Persoalannya jika Dr Mohd Osman dari Hospital Pusrawi tidak melakukan pemeriksaan lanjut ke atas Saiful dan mencadangkan saksi itu ke hospital kerajaan, kenapakah pihak Anwar menggunakan hujah 'wujudnya dokumen hospital Pusrawi' untuk mempertahankan hujah mereka bahawa tiada berlaku penetrasi.

No comments:

Post a Comment