Saturday, February 13, 2010

JAWI DIGESA TINGKAT PENGUATKUASAAN SEMPENA VALENTINEJAWI DIGESA TINGKAT PENGUATKUASAAN SEMPENA VALENTINE

Jabatan Agama Islam negeri khususnya di Wilayah Persekutuan digesa meningkatkan usaha penguatkuasaan undang-undang kesalahan jenayah syariah terutama terhadap pasangan yang menyambut Hari Valentine 14 Februari ini (esok).

Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, usaha itu adalah perlu bagi menghalang perlakuan tidak sopan di khalayak ramai, berkhalwat, minum arak dan sebagainya yang jelas mencemar imej Islam.

"Kita sedia maklum, sempena budaya songsang Hari Valentine, remaja Islam dikempen untuk merayakan perayaan itu sungguhpun telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan peringkat negeri,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sehubungan itu, PUM meminta pihak berkuasa agama negeri agar terus meningkatkan penguatkuasaan bagi menghalang aktiviti yang bercanggah dan mencemarkan imej Islam.

No comments:

Post a Comment