Monday, February 15, 2010

MUSANG BERBULU AYAM DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Sebuah blog Jumaat 12 Februari, 2010 berkata sepatutnya, YB Zulkifli Nordin tidak mendedahkan aib dalam pakatan pembangkang.

Sebagai Wakil Rakyat yang telah dilantik oleh rakyat atas tiket PKR maka sudah mestinya lah beliau berjuang untuk menegakkan segala yang berlaku di dalam pakatan itu.

“Walau seburuk mana sekali DAP dalam pakatan pembangkang, maka beliau sepatutnya mempertahankan dan tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh memecahkan pakatan berkenaan.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli telah diambil peluang oleh orang lain untuk melemahkan pakatan.

Blog berkenaan menyebut, Penasihat pakatan sepatutnya memberi amaran kepada Zulkifli supaya tidak merosakkan hubungan di antara parti di dalam pakatan berkenaan.

Namun Ahli Parlimen Bandar Kulim Baharu, Zulkifli Nordin itu tetap mempertahankan kenyataannya yang menyatakan DAP duri dalam daging dalam PR,tidak konsisten kepada PAS dan PKR kerana terlalu terlalu ingin menjadi jaguh dalam PR yang rata - rata tahu bahawa PKR adalah tulang belakang kepada pakatan.

Ternyata pemimpin tertinggi PR tidak mampu menahan tindakan Zulkifli, ini kerana Anwar sendiri pada masa ini sedang bergelut dengan kes liwat yang tiada hentinya.

Manakala Lim Guan Eng sedang berhadapan undi tidak percaya di Pulau Piang kerana tindakan beliau yang terlalu anti Melayu di Pulau Pinang, Bagi Karpal Singh pula sibuk turun naik ke mahkamah untuk membela peliwat di Mahkamah Persekutuan.

Ramai lagi pemimpin PR tidak berdaya untuk berbuat apa -apa kerana tiada isyarat yang dibuat untuk mengenakan YB.Zulkifli.

Terbaru melalui tajuk ‘MUSANG BERBULU AYAM!’ (semalam) Zulkifli mengutuk
dan mengecam keras cubaan kerajaan YAB Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidurrosul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini.

Bagi Zulkifli, ini jelas membuktikan apa yang telah beliau sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

“Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah 'Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan. Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan ini; dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri!” kaa Zulkifli.

Melalui blognya, Zulkifli menulis: “Benarlah kata Rasulullah saw, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja. Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa..kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka; dan mereka takut kematian dan hilang semua ni'mat duniawai itu.”

Bagaimanapun beliau memberi amaran kepada rejim chauvinis YAB Lim Guan Eng : “...jangan ingat kerana kamu dikelilingi oleh Melayu dangkal yang dayus dan penakut itu serta sanggup bersekongkol dengan kamu, maka umat Islam yang lain akan tunduk diam. Yakin dan percayalah diluar sana masih ada umat yang tegas dan berani, yang akan tetap mempertahankan aqidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda. Kerana kami yakin akhirnya nanti kami umat Islam tetap akan menang, kerana kami mengasihi ALLAH lebih daripada segala-galanya.”

Zulkifli berpesan: “Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim chauvinis ini. Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa itu maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan. Bangkitlah, jadikanlah diri kita sebagai antara yang akan dihitung oleh ALLAH sebagai pembela agamanya dizaman penuh mehnah dan fitnah ini. Jadikanlah kisah keberanian Saidina Bilal bin Rabbah sebagai panduan, ambillah contoh pengorbanan keluarga Assyahid Sumaiyyah dan Yaasir sebagai ikutan.”

Beliau tetap berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat.

“Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong!” katanya.

Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat.

Kerana itu menurutnya, depan Pakatan Pembangkang, dan demi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara, maka Pakatan Pembangkang perlu mengkaji semula kedudukan DAP didalam pakatan ini.

Beliau kemudian mengulangi seruan supaya PAS, PKR dan UMNO duduk semeja berbincang untuk mencari jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan umat dan negara.

“Tidak ada salahnya kita membuang yang keruh, mengambil yang jernih demi untuk kepentingan umat dan rakyat negara ini,” katanya melalu blognya.

No comments:

Post a Comment