Sunday, November 22, 2009

HUSAM MERAJUK, NIK AZIZ PUJUK?

(Sembang Ahad)

Sepatutnya berita Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan Kelantan saya baca dalam blog Mohd Sayuti Omar (MSO).

Ini kerana semua orang tahu Sayuti dan Husam ‘berperang besar’.

Tiba-tiba hari ini Mingguan Malaysia, menyiarkan di muka hadapan dengan tajuk “Husam Letak Jawatan?”

Apa juga penjelasan Husam atau keputusan yang dibuat oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dalam isu Husam mahu melepaskan jawatan , ia menggambarkan dengan jelas wujudnya satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Husam sebelum ini beberapa kali dikatakan menyatakan kesediaannya untuk berundur sekiranya beliau menjadi liabiliti kepada parti. Namun ada juga pihak yang mengatakan khidmat Husam masih diperlukan dalam membantu Nik Aziz mentadbir negeri ini.

Ada portal berita yang melaporkan Husam juga mendakwa wujud konspirasi untuk menyingkirkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri dengan mencetuskan perbalahan di antara beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah, khabar angin menyatakan bahawa Nik Aziz sedang menimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada barisan Exco Kelantan ekoran isu pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi yang lebih dikenali dengan laman blognya Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Yang menarik pada satu blog penyokong kuat Husam yang menyebabkan berlakunya ‘Perang PMBK”, Kickdefella mengatakan beliau akan terus mempertahankan Husam. Ini menunjukkan Kickdefella amat percaya dan sanggup ‘bergadai bergolok” untuk tuannya.

Bagi Kickdefella, beliau sanggup melanggar siapa sahaja, mungkin termasuk Nik Aziz jika Husam ‘dianianya’.

Kata Kickdefella, “Saya akan merasa amat gembira jika Dato’ Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan.

Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan. Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya…Saya akan pertahankan Husam.”

Mingguan Malaysia melaporkan, Husam dikatakan mahu melePASkan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan pada pertemuan empat matanya dengan Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.

Husam dikatakan menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK. Penjelasan Husam itu diterima Nik Aziz tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.

Sebaliknya Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Nik Aziz dikatakan mengumumkan Husam cuti selama lima hari bermula hari ini pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasminya, JKR 10 pagi semalam. Husam dilaporkan tidak hadir pada mesyuarat ini. Dalam tempoh cuti tersebut, Husam juga akan menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman yang diterajui Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman. Abdul Ariffahmi yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan menantu Nik Abdul Aziz.

PAS Kelantan melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Zaki Ibrahim sebaliknya berkata, perkara itu hanya khabar angin dan mereka tidak mahu mencampuri isu yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena dengan politik.

Mohd. Zaki menafikan perkara tersebut dan menyifatkannya sebagai khabar angin. Katanya, PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Nik Abdul Aziz kerana menyifatkan ia tidak ada kena-mengena soal politik.

“Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini). Kita tidak pernah membincangkan soal ini, sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar,” katanya.

Mohd Zaki boleh menafikan apa sahaja namun, yang nyata pergolakan dalam kerajaan Kelantan dan PAS Kelantan




3 comments:

  1. kesian PAS, makin haru biru.. Oh ye saya nampak dalam hal ini barangkali Kickdefella menjadi barua Anwar untuk melagakan Nik Aziz dan Husam agar PAS bawah Hj Hadi makin tenggelam ?

    Kickdefella barua peringkat rendah kepada Anwar dan Husam barua yang tinggi pangkatnya..

    semua adalah barua kepada barua segala barua.

    boleh terima ke ayat saya ni tuan ?

    ReplyDelete
  2. Semua itu wayang saja. Dah dapat dibaca skripnya.

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    Sudah agak banyak petanda dari Allah yang ditunjukkan perihal Nik Aziz ni. Betapa seorang yang digelar Tok Guru oleh pengikutnya telah melakukan rasuah .
    Bumi Mekah tidak membenarkan kaki Nik Aziz memijakknya.
    Inilah hasilnya apabila orang seperti Nik Aziz ini mengkudakan agama Islam untuk kepentingan parti PAS.

    ReplyDelete