Saturday, September 5, 2009

JANJI P'RAYA PAKATAN PUNCA MASALAH KUIL

Segala-galanya kerana janji pilihan raya.

Kalau tidak kerana janji dan menunaikan janji , ia tidak akan menghuruharakan Selangor.

Selepas menang, akibat berjanji – Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa memenuhi tuntutan kumpulan yang memang menjadikan kuil sebagai perjuangan mereka walaupun tahu isu ini sudang dibangkit dan dibincangkan.

Lebih merosakkan, ada pula dua tiga ADUN pakatan pembangkang Bergama Islam yang ‘bebal’ mengenai isu kuil ini memandai-mandai kononnya mahu membantu kumpulan berkenaan.

Kerana itulah, Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 menghantar memorandum bantahan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, supaya kuil itu tidak dibina di kawasan mereka.

Apalagi, kedudukan kuil itu hanya 160 meter dari kawasan penempatan, 50 meter dari taman permainan kanak-kanak dan 150 meter dari Surau Al-Jannah di taman perumahan itu.

Akhirnya daripada ‘tiada isu’ ia nmenjadi ‘isu panas’ yang memerlukan campur tangan Sultan Selangor, polis dan Kerajaan Pusat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah mengarahkan Menteri Besar Selangor mencari jalan terbaik menyelesaikan isu pemindahan kuil itu Rabu lalu.

Baginda mahu isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang mendapat bantahan penduduk Islam diselesaikan bagi mengelak perselisihan kaum di negeri ini.

Kerajaan negeri sebagai reaksi kepada arahan itu mengatakan kuil tetap dipindahkan di Seksyen 23 kecuali jika ada pihak lain termasuk menteri atau penduduk kawasan itu mampu menawarkan tapak lain yang lebih sesuai.

"Kalau boleh tunjuk keputusan yang lebih baik (tapak lain), sila tunjuk termasuklah kepada menteri yang bercakap mengenai pemindahan kuil ini. Sebagai pengurus negeri, kita bersikap profesional," kata Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.

Menteri Besar itu mengakui isu pemindahan kuil bukan baru sebaliknya berlanjutan sejak 26 tahun lalu. Tetapi kenapa tidak merujuk kepada langkah dan cadangan sebelum ini yang sudah dipersetujui oleh kerajaan negeri sebelum ini. Apakah cadangan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh BN sebelum ini tidak baik?

Melihat kepada panasnya isu ini yang kini berlarutan lebih seminggu, kerajaan negeri dijangka akan berdepan dengan bantahan semakin besar selepas ini.

Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah membelanjakan hampir RM1 juta untuk memindahkan tapak kuil Sri Maha Mariaman dari Seksyen 19 ke Seksyen 18 seperti yang dibincangkan dengan pihak pengurusan kuil sebelum ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menjelaskan, perbelanjaan tersebut melibatkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur meliputi jalan raya, lampu jalan serta kemudahan elektrik di atas tanah seluas 0.6 hektar di Pesiaran Raja Muda, Seksyen 18 yang merupakan lokasi asal untuk mengalihkan rumah ibadat itu dari Seksyen 19 yang didapati tidak sesuai.

Katanya, walaupun pembinaan infrastruktur telah pun siap pada tahun 2007 namun, pembinaan rumah ibadat di kawasan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketika itu ia masih lagi di peringkat perbincangan.

Bagaimanapun perbincangan itu terhenti selepas pilihan raya umum lalu sehinggalah kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang memerintah Selangor hari ini menukarkan tapak kuil tersebut ke Seksyen 23.

Dr Mohd Khir mendakwa, masalah kuil di Seksyen 19 itu berpunca daripada janji Pakatan Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji pilihanrayanya.

Sedangkan, dakwanya, kerajaan BN sebelum ini telahpun menyelesaikan masalah tersebut dengan menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di Seksyen 18 dan 22 - yang menurutnya merupakan tapak terbaik di Shah Alam.

"Masalahya sekarang, Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat, apabila mereka berjaya memerintah Selangor, mereka akan membina kuil di Seksyen 23. Ini sama juga dengan kes Kampung Buah Pala.

"Jadi, (ini semua) untuk menuntut janji yang telah mereka katakan, bukan kerana kesalahan kerajaan BN. Kita telah siapkan (tapak cadangan). Kalau tengok, tapaknya cukup strategik dan paling sesuai," katanya.

Bekas menteri besar Selangor berkata, kedua-dua tapak cadangan tersebut masing-masing berkeluasan 70,000 kaki persegi dan tapak di Seksyen 18 telah mempunyai infrstrukturnya termasuk jalan, lampu jalan dan bekalan elektrik".

Malah, katanya, kemudahan infrastruktur di Seksyen 18 itu sudah siap disediakan sejak tahun 2007 lagi.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN dahulu begitu prihatin dengan keperluan penduduk yang beragama Hindu di situ.

Bercakap di tapak di Seksyen 18 itu, Dr Mohd Khir meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut.

Beliau juga menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu dipindahkan - sebagai isu lama.

Menurutnya, ini kerana penduduk di situ memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka.

Ekoran itu, katanya, kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22.

Dr Mohd Khir juga membela tindakan sekumpulan yang membantah pemindahan kuil itu ke Seksyen 23, dengan mengadakan perarakan kepala lembu ke pejabat sekretariat kerajaan negeri, Jumaat 28 Ogos lalu.

Sekumpulan 50 orang mendakwa sebagai penduduk Seksyen 23 meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor dalam satu protes membantah pemindahan kuil itu.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyiasat insiden berkenaan.

Dr Mohd Khir menyifatkan perkara itu, bukan isu agama, tetapi kelapa lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran.

"Tapak telah disiapkan, kenapa tidak berfikir? Jadi hendak tunjukkan kerajaan hari ini buat keputusan yang bodoh. Itu sahaja, bukan ada isu agama," katanya.

Apa yang pasti, isu ini yang dilihat sebagai isu politik dan demokrasi oleh Menteri Besar Selangor, bukan sekadar itu semata-mata.

Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sudah menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana Seksyen 23 dihuni 75 peratus masyarakat Islam.

Amat jelas kerajaan Selangor tidak menghiraukan rintihan penduduk Islam di kawasan berkenaan yang mungkin akan mewujudkan suasana tegang di situ.

Hakikatnya bukan orang Islam di seksyen 23 sahaja marah kepada Khalid tetapi tindakan kerajaan negeri Selangor itu sebenarnya mencabar maruah Islam seluruhnya.

1 comment:

  1. Awal lagi Andak dah kata pada Khalid Ibrahim , menerajui sebuah badan koporat tidak sama dengan memerintah sebuah negeri macam Selangor . Rumusannya ialah Khalid Ibrahim telah gagal mentadbir Selangor . Dari isu moral Elizabeth , kutipan zakat , arak dan sekarang kuil menunjukkan ketidakupayaan Khalid mentadbir. Wajarlah dia meletak jawatan sebelum dia menimbulkan lebih banyak kecelaruan di Selangor. Mungkin Hassan Ali boleh diharapkan untuk menjaga maruah Islam .Dia pun dah habis kerjanya menjadikan semua Jawatankuasa Masjid dan Surau di monopoli oleh Pas.

    ReplyDelete