Sunday, September 6, 2009

APABILA MALAYSIA MENJADI MALINGSIA

(Sembang Ahad)

MALAYSIA kini dipanggil MALINGSIA. Maling ialah pencuri dan Malingsia beerti pencuri besar.

Bukan nama negara sahaja di hina. Bendera UMNO dan Menara Petronas turut dipersenda. Apa mahu jadi dengan sebahagian rakyat Indonesia ini?

Hakikatnya apakah ada rakyat Malaysia yang membuat kacau di Indonesia seperti menduduki tanah haram kemudian membuat perkampungan, menipu identiti diri dengan memasuki negara berkenaan berkali-kali, menjadi pembunuh, penyamun dan perogol, menipu melalui sihir, menggunakan passport palsu, menyeludup rokok kretek, mengajar agama salah, memukau dan bermacam-macam lagi?

Apakah ada rakyat Malaysia di Indonesia yang berstatuskan pendatang tetapi menggunakan hospital kerajaan dengan jumlah bil berbilion ringgit, menggunakan kemudahan pendidikan, mendapat kebebasan ke sana ke mari untuk berkumpul setiap hujung minggu dan sebagainya dan sebagainya?

Yang banyak buat hal ialah rakyat Indonesia di Malaysia yang kebanyakannya asal pendatang tetapi kini menjadi warga negara dan ramai lagi yang berhajat sedemikian. Siapakah yang sebenarnya lebih membuat onar?

KAMI BUKAN CIPLAK KOK, CUMA MENCONTEK AJA !

Salam Kebangsaan Untuk Seluruh Pemuda-Pemudi Republik Indonesia dimanapun berada, baik yang sedang berada diantara Sabang Sampai Merauke atau yang sedang berada diManca Negara. Salam Persaudaraan, Jangan kita biarkan negara manapun untuk mengusik aset kebudayaan kita, karena bagaimanapun itu adalah milik negara kita yang harus kita pertahankan. Cinta Tanah Air Sebagian Dari Iman.... Satu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa Kita…

Inilah bunyi antara kempen anti-Malaysia di Indonesia. Pada ketika yang sama di Astro pula ada kempen supaya melawat Indonesia sempena Tahun Melawat Indonesia.

Ironinya kempen itu bagaikan mengajak rakyat Malaysia berbelanja dan berpesta di sana sempena kempen itu. Mana satu ni yang mahu diikut?

Eloklah…kepada yang suka ke Jakarta, Bandung dan sebagainya renungkanlah apa yang sedang diperkatakan oleh orang Indon terhadap kita.

Wang Malaysia mengalir ke Indonsia bukan hanya melalui pembantu rumah dan pekerja semata-mata tetapi juga melalui pelancong yang gemar ke Jakarta, Bandung, Bali, Medan, Padang, Surabaya dan banyak lagi.

Ini belum yang ada bini muda dan menanggung pelbagai kegiatan di sana seperti bisnes, pasantren dan sebagainya.

Yang sering ke Indonesia main golf kerana kedinya wanita genit dan montok tu fikirkanlah untuk bermain di lapang Malaysia. Biarpun tidak genit dan montok, kita berbelanja di sini.

Orang sudah benci kita. Buat apa hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?

Ikutkan hati mahu hantar saja balik pembantu rumah. Tetapi selepas beberapa tahun mendapat pertolongannya (gaji tidak pernah dibayar malah ada kalanya advance pun), saya kesian kerana dia merayu jangan dihantar pulang. Anaknya bersekolah dan ibu bapanya susah.

Apa perasaan anda apabila negara kita disifatkan sebagai tidak beretika.

Hakikatnya biarlah dia berbangga dengan seni dan budayanya. Selama mana pulakah kita mahu dijadikan ‘little Indonesia’ dan sebagainya.

Saya masih ingat bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendapat sanjungan daripada wartawan asing ketika Sidang Kemuncak NAM 1991 di Jakarta diberikan pengiktirafan sebagai “Sukarno Kecil”. Mereka tetap banggakan pemimpin mereka walaupun Dr Mahathir jauh lebih berpengaruh daripada Presiden Suharto pada persidangan itu.

Itulah orang Indonesia. Maaf keluarga saya bukan berasal dari Indon.

Kumpulan anti-Malaysia ini juga menyeru rakyatnya khususnya tenaga kerja supaya berbuat seperti berikut:






Malingsia Tidak Beretika

Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar

1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.

2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.

3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.

Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?

Bukan sekadar itu. Kini apakah membakar bendera Malaysia oleh pelajar Indonesia sebagai perbuatan biasa?

Selain itu, siapa ajar pelajar berkenaan untuk bertindak kurang ajar dengan menyerang Kedutaan Malaysia dengan telur busuk.

Jika benar Malaysia menciplak lagu Terang Bulan, kenapa sekarang baru bantah?

Kenapa ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia, isu bendera ini tidak ditimbulkan?

Pemerintah Indonesia jangan pandang ringan perbuatan seperti ini. Bagaimana pula kalau pelajar Malaysia bertindak balas.

Nasib baik pelajar Malaysia tidak ‘gila’ dan tidak siuman seperti pelajar Indonesia berkenaan.
Selepas serangan penggodam besar-besaran ke atas lebih 120 laman web Malaysia, berpuluh pelajar menyerbu Kedutaan Malaysia di sini semalam dan melemparnya dengan telur busuk dan cuba menaikkan bendera Indonesia.

Perhimpunan di luar kedutaan di Jalan Rasuna Said, Jakarta Selatan dikawal ketat polis, namun tiada penunjuk perasaan dihalang atau ditahan.

Bagaimanapun, polis campur tangan apabila seorang pelajar cuba memanjat pagar kedutaan untuk memasang bendera Indonesia.

Polis dan pelajar terbabit dalam adegan tarik menarik cuba untuk mendapatkan bendera itu, namun polis akhirnya berlembut dan pelajar berjaya memasang bendera di pagar kedutaan.

Seorang penunjuk perasaan memberitahu Metro TV bahawa perhimpunan itu adalah tindakan membantah kontroversi terbaru membabitkan penggunaan tarian tradisi Bali dalam promosi pelancongan Malaysia.

Hubungan panas sedia ada antara negara jiran itu mencapai ketegangan baru minggu lalu selepas dakwaan bahawa lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku, ditiru daripada lagu Indonesia, Terang Bulan.

Dakwaan bahawa tarian Bali digunakan untuk mempromosi satu rancangan televisyen mengenai Malaysia walaupun sudah dijelaskan tidak membabitkan agensi kerajaan Malaysia, sebaliknya pihak ketiga masih menjadi modal untuk memarahi Malaysia.

Akan berakhir atau semakin panaskah gerakan anti-Malaysia dan membenci Malaysia ini?

11 comments:

  1. Tarian Kuda Kepang, Barongan, Kemplengan, Kompang Jidur, Wayang Kulit Purvo di Johor adalah kebudayaan orang Jawa yang dibawa oleh orang-orang Jawa semasa datang ke Tanah Melayu dahulu. Perpindahan mereka bukan seperti pendatang Cina dan India. Perpindahan mereka adalah perpindahan dalam satu alam Melayu atau Nusantara. Ini bukan satu ciplakan atau meniru tetapi memang di pertahankan oleh orang-Orang Jawa yang sudah menjadi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Salam, sekiranya mereka beretika, masakan membiarkan negara sendiri dikuasai oleh orang lain dari segi ekonomi negara, peribumi merempat mencari rezeki, sehinggakan ada dari kalangan peribumi sendiri menjual peribumi lain untuk dijadikan hamba sex kepada orang luar.....

    Inikah erti warga beretika ?

    ReplyDelete
  3. Salam, ini wajib di baca oleh warga malaysia

    http://ardiz.blogspot.com/2009/09/malaysia-malingsia-of-nation-terror-for.html

    http://ardiz.blogspot.com/2009/09/kejahatan-malaysia-malingsia-terhadap.html

    http://ardiz.blogspot.com/2009/08/malaysia-malingsia-pencuri-seni-dan.html

    Mohon analisa secara detil artikel di atas...

    Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
  4. selama negara Anda selalu mengklaim kekayaan dan budaya Indonesia, maka negara Anda akan selalu kami panggil MALINGSIA

    selama negara dan rakyat Anda memanggil kami indon maka Anda tetap kami panggil MALINGSIA

    selama negara Anda melecehkan harga diri Bangsa Indonesia maka kami tidak akan pernah DIAM dan akan selalu mewujudkan rasa nasionalisme yang tinggi terhadap bangsa kami

    Jangan remehkan kami hanya karna TKI...

    Jangan klaim budaya kami

    janganlah jadi negara pencuri, katakan kepada pemimpin negara Anda

    jadilah negara islam yang tidak mencuri dari negara tetangga

    dapatkah negara dan rakyat Anda lakukan hal ini ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sya mahu perbetulkan,malaysia tak pernah lecehkan negara tetangga,indonesia dan malaysia adalah negara serumpun cuma yg membezakannya adalah kolonial penjajah jadi budaya dan adat mesti ada persamaan,salam

      Delete
    2. Itu indon ada la jugak dlm nama asal dia,ni maling malaing apa bodoh,bukannya kitaonrg panggil ind*g pun fikir ah

      Delete
  5. Entah bila semua ni nak berakhir.Selagi mereka tak ubah mentaliti mereka macam ni la.Kita ni serumpun ada jawa,bugis,minang dan sebagainya tetapi kenapa pemikiran kita tak sama dengan mereka.Tertanya-tanya juga.

    ReplyDelete
  6. http://www.youtube.com/watch?v=vMi4jEc30vY&feature=player_embeddedhttp://www.youtube.com/watch?v=vMi4jEc30vY&feature=player_embedded

    ReplyDelete
  7. sangat menarik pembahasan tentang politik negara

    ReplyDelete
  8. artikel menarik, komentar juga ya ke blog saya www.belajarbahasaasing.com

    ReplyDelete
  9. Kebanyakan org yg buat protes ni tidak berpeljaran tinggi,mereka tak faham maksud serumpun dan sejarah nusantara,tentang perkongsian adat dan budaya

    ReplyDelete